Sunday, October 17, 2010

Bingka Roti Berlauk

 Another auto publish,hehe..kalau masuk this post it will be Sunday morning..hehehe..wah best juga pakai auto publish ni ya..since Saturday, Sunday tak boleh duduk depan pc, lebih baik siapkan post siang2 and just do it this way..boleh kan.. this one another type of bingka, recipe from Kak Ummi Kuantan, before that recipe from CMG, originally Kak Hanieliza.Thanks semuanya for the recipe.. I letakkkan disini pula ya..
Made this on Thursday...layan dulu ya..sedap ni..

BINGKA ROTI BERLAUK (utk separuh adunan, akak guna loyang 7x7x3 in)
Bahan Bingka Roti:-
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-)
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!
  4. Sources:-From ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com  or tiffinbiru.blogspot.com 

    5 comments:

    Mas said...

    kak ayu, sana sini ada bingka roti berlauk ni...nanti mas pun nak buat juga.....sedap sangat nampaknya...

    fara dean said...

    salam..
    binga ni mcm talam berlauk juga ye..

    Nuridah said...

    Ayu cayang,

    sedapnya nampak bingka roti tu...pagi2 dtg sini knur dah terliur ni...nanti knur nak sarapan kat sini...hehehe

    Zoe said...

    uh oh...i'm drooling

    Ayu said...

    mas - cubalah mas, tapikan jangan potong bila baru masak, tunggu dia sejuk betul2 ..hari tu akak, panas2 dah potong sebab nak kasi orang makan, lembik ler..hehe

    faradean - walkslm, aah fara ala ala gitu lah..

    nuridah - alahai knur, bingka ni hari jumaat hari tu dah habis...tak apalah, knur rasalah apa yg tinggal kat sini ajelah ya..hehe

    zoe - wow, zoe, i am quite suprise u can take this spicy stuff ya?..hehe..