Friday, October 22, 2010

Cendawan Goreng Kunyit Cili Api

Salam petang Jumaat...since hari tu ada banyak borong cendawan tiram dari JB, these are few menu yang berasakan cendawan ..heheh...semalam dah tayang nasi goreng cendawan hari ni nak tayang cendawan goreng kunyit cili api pulak...Recipe from dayangjack nampak juga kat rumah Mas, memang first time dayang tayang hari tu dah masuk list sebab kita memang suka cendawan tiram ni..cuma stok cendawan belum ada itu sebab tangguh dulu...Ha yang ini, memang I buat pedas2 sikit sebab untuk I sorang.. sodap ler!!.....nak lawankan dengan lauk yang tak pedas ...
Anyhow, thanks ya dayang akak tayangkan kat sini pulak recipenya k..

Bahan-bahan :
  • 200 g cendawan tiram putih - dibersihkan dan dihiris
  •  10 - 15 biji cili api hijau  / merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram- (Ayu tak letak)
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.Salam
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
Sources:-From dayangjack.blogspot.com

No comments: