Friday, January 13, 2012

Ayam Goreng Lemon Mamak Style


Lauk anak2 disamping side dish for the adults..Ayam goreng  Lemon Mamak Style ni, pun boleh tahan sedap juga.. Ayam goreng ni dapat terasa kemasamannya..itu pun kita dah kurangkan sukatan yogurt, tapi sedap kerak2nya pun sedap..alah kalau dah kata ayam goreng, tak kiralah kan digoreng style apa, pasti sedapp..
Recipe diambil dari dapur Kak wattie via myr..Banyak recipe ayam yang sedap2 didapur Kak Wattie ni tau..senang2 bolehlah explore ya..Terimakasih puan punya recipe dan Kak wattie, kerana mencetuskan idea goreng ayam ni , sebab kalau tak kerana Kak wattie, kita pun tak tahu wujudnya recipe seperti ini...so sudah pasti kena creditkan dengan the 2nd owner yang kasi idea tu..betulkan...kan...kan...hehehe


Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan-bahan (Seisi keluarga)
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)-(Ayu gunakan 2 sudu besar aje)
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)

Cara-cara

  1.  Blendkan bawang putih dan halia.
  2. Gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. Goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

9 comments:

Amie said...

mamak style dah pakai lemon pulak ye Ayu, memang sedap2 resepi dari dapur Wattie tu,Amie dah pernah cuba beberapa resepinya.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cakkkk.....rindu le.Lama tak berkomen-komen kan ayu...Kak Ros agak sibuk...curi2 masa intai blog.Ada lagi resepi lepas ni????

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Look's yummy

Ayu said...

amie - betul tu amie, memang sedap2..recipe ayam dari dapur kak wattie tu..

puan ros - cakkk balik kak ros..haha..kita pun rindu lah dgn kak ros..ada kat atas tuuu..hehehe

paty - thanks kak..ayam goreng menajdi kesuakkan rakyat jelata..hehe

izahdaut said...

Teringat satu resepi ayam chef wan kat dapo kak wattie ni. Nampak mmg best. Mmg kena xplore. Ala belog akak ayu pun apa kurangnya. Mcm2 lauk ada. Smua nampak best kak

Anonymous said...

Wah Ayu berderet2 masok post sampai nak kena kejar...Ayam goreng ini nampak sedap n garing ini kalau panas2 makan sedapnya...betul tak?KakSal.....

Ayu said...

izahdaut - hahaha..izah, marilah sama2 kita explore..uish malu akak ah.lauk .biasa2 ajetu izah..blog izah pun semakin dikenali ramai tu..tabik juga kat izah tau..:)

kak sal - hahha..kak sal, biasa lah tu..kalau ada time, memang berderet, kalau tak ada time, hapak satu pun tak ada..hahah..memang ayam goreng, kita tak kira digoreg macam mana, semua sedap pada kita heheh..

Wattie said...

Salam Ayu dan selamat tahun baru,
Alahai kita terlambat jengah dapur Ayu sbb sibuk menguruskan anak bongsu ke sekolah. Apa apa pun, kkasih sbb sudi mencuba resepi Iris tu, hehehe, sedapkan.

Alaaa...malu pula kita dibuatnya sebab resepi kat dapur akakpun semuanya cilok2 belaka hahaha...

Ayu said...

wattie - walkslm, selamt tahun baru juga buat kak wattie & family..uish tahun baru cina ke kak?..hehe biasalah tu kak, sibuk kita ni menguruskan rumah tangga dan anak2..sedap kak recipe ayam ni..terimaksih lah berkongsi recipe ya..
uish apa yang malunya memang betul lah kak macam2 recipe ayam kat dapur akak tu..walau cilok2 tapi sedap2 bu..heheh