Thursday, January 19, 2012

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit

Lauk sayur sebagai lauk sampingan, dah lama rasanya tak masukkan recipe sayur kat dapur kita ni..so here it is....sekali2 ubah goreng kacang buncis sebegini rupa pun sedap juga ni..

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 10 biji cili padi
  • 1 packet kacang buncis (potong serong2)
  • 5-6 ekor udang basah 
  • 1-2 batang  tauhu telur (ptg bulat2, goreng sampai kuning, ketepikan) 
  • 1 sudu kecil kunyit
  • garam+ perasa
  • 5 sudu besar air asam jawa

Cara-cara


  1. Goreng tauhu telur sampai nampak kuning2.Toskan dan asingkan.
  2. Tumis bwg merah, putih dan hirisan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan udang, kunyit serbuk dan air asam jawa.
  4. Masukkan kacang buncis , garam dan perasa. Akhir masukkan tauhu telur yang sudah digoreng tadi dan gaul rata,agak2 ya jangan sampai hancur.

6 comments:

lena said...

this is a new way of cooking french beans, the serbuk kunyit and the asam jawa sounds good to me here!

Ayu said...

lena - cubalah lena, for me i buat ratah2(snacking) aje..when my rice dah habis tu..

Jayanthy Kumaran said...

looks so tasty n yumm
Tasty Appetite

Ayu said...

jay - thanks jay..u should try it too..

Anonymous said...

Sdappppp baru try msak arini enak!!!

Ayu said...

Anon - terimaksih kerana sudi mencuba..siapakah gerangan disana, so that i can address you better..:)