Tuesday, January 31, 2012

Sosej Goreng Merah

Lauk anak2, yang telah diubah main ingredientnya iaitu ayam to sosej ayam..Asik makan ayam aje, so sekali2 gantikan dengan sosej ayam pula..well sebab stok ayam kat rumah dah habis sebenarnya..heheh..tengok dalam freezer ini aje yang tinggal..so just proceed ajelah..


Sosej Goreng Merah
Adapted from Ayam Goreng Merah@trymasak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 batang sosej ayam dipotong ikut suka
kunyit & garam
(Gaul bahan2 atas dan perap sekejap)

3 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji bawang besar- dihirs bulat
1-2 hiris halia
6 sudu besar sos cili-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 sudu besar sos tomato-(Ayu tambah)
1 biji lada merah
1 biji lada hijau-(Ayu tambah)
garam secukup rasa  kalau perlu

Cara:-
Goreng sosej yang diperap tadi dan ketepikan ditepi kuali. Tumis bawang putih kisar dan halia hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga layu. Masukkan hirisan cili dan sos cili. Boleh tambah sedikit air kalau kering.  Rasa apa yang kurang bolehditambah, kacau sebati dan siap untuk dihidang.

No comments: