Tuesday, January 31, 2012

Ikan Sepat Sambal Cili Padi

 Lauk ikan sepat masin ni adalah side dish for ayam lemak padi kat bawah ni...Suka lauk kampung macam ni..memang berselara betullah kalau makan tengah2 hari..Asal recipe ada letak teruk limbang(terung pipit), tapi kat rumah tak ada stok terung ni so kita just masak without itlah....pun sedapp..

Ikan Sepat Sambal Cili Padi
Adapted from Ikan Sepat Sambal Cili Padi Terung Limbang
Sources:-From majalah Rasa Julai 2010
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 ekor ikan sepat masin
100g terung limbang-(Ayu tak letak ni)
1 biji bawang holland-dipotong bulat -(Ayu guna bawang besar biasa aje)
3 ulas bawang putih -dihiris
15-20 biji cili padi-ditumbuk kasar
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara:-
Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin yang direndam seketika dan ditoskan sehingga garing. Angkat toskan dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan sepat masin tadi, panaskan minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ikan sepat masin dan terung limbang. Kacau  rata. Akhir sekali perasakan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

6 comments:

Nuridah said...

Wah Ayu ini nampak syok lah...pasti kak Nur mkn bertambah2...habis nasi 1 periuk...haha.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..lama betul saya tak makan ikan sepat..goreng garing2 sedap ni...

Shereen said...

Ayu,this lauk sure very the nice one kan.Ikan sepat masin ni is my jiwa tau.My favourite lauk is the masak lemak ikan sepat masin with nanas.Makan tak ingat dunia.I have 2 ikan sepat masin left and so berbelah-bagi nak make this recipe or the masak lemak!I bought 2 kilos of sepat masin from Sibu recently but so sedih sebab kena confiscate kat kastam.Reason being it's freshwater fish..ngada-ngada betul kastam NZ ni..haih!

Ayu said...

nuridah - hahaha..syok kak makan dengan lauk2 kampung ..memnag confirm kena masak nasi lagik..heheh

sue - walkslm, betul tu sue.selalunya akak goreng garing2 aje..makan dengan sambal belacan uish kecurr ni!!

shereen - yes shereen side dish yang best..oh kalau sepat masin masak lemak dengan nenas tu i tak berapa pulaklah shereen sebab apa tau kalau terkena certain part of the fish macam rasa tanah gitu..kalau digoreng boleh diterima pulak...hehe.

alamak kena confiscate?..then how caome you masih ada 2 ekor lagi?..u mean they confiscate and give back some to you?..but if its freshwater fish its already dead what , why still need to confiscate?..so NZ sam macam Australia juga ya..susah nak bawa masuk makanan...

Melly Octaviana said...

hmm sedap nya ikan masin sepat ini, di makan dengan nasi hangat memang best.
btw..salam kenal dari Melly, dah lama jadi pengikut dan silent reader di blog nya Kak Ayu tapi masa itu belum punya blog lagi.. :D

Ayu said...

melly - salam kenal juga buat melly..oh ya ke akak tak perasan melly dah jadi follower blog akak lama dah..sorry ya..akak tak tahu..mugkin akak ada click tapi tak ada link, maklum ler, akak ni tak berapa sangat faham huhu..

wah sekarang dah ada blog bolehlah akak terjah blog melly pula kan..heheh thanks melly sudi tinggalkan jejak ..selalu2lah bersuara ya..hehe