Thursday, January 19, 2012

Prosperity Beef Burger

Prosperity burger ni selalunya muncul bila time sibuk nak Chinese New Year..so, macam biasa, anak2 pasti suka order ni dari McD tukan..ini pun termasuk anak bujang kita si Hasif ..the other day, he requested to order this, then kita terfikir that I've seen this recipe somewhere  & was quite sure ramai yang dah cuba..nak keep track balik aduh nak kena cari satu2..then type balik namanya it leads me to myresipi...

As I said earlier, ramai yang dah mencuba recipe prosperity burger ni..tapi kita pun kurang pasti  dari mana asal recipe ni..sebab kebanyakkan yang kita tengok recipenya lebih kurang sama yang macam ni..setiap yang telah mencuba, mendapat dari differnt sources, hingga lost track empuya recipe ni dari mana..kita pula dapat dari myresipi....wallawaalamlah, puan/tuan punya recipe ni minta izin dikongsi kan recipenya disini pula ya..

Prosperity Beef Burger
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 2 cawan stok ayam (boleh guna kiub pati ayam dan air)-(Ayu gunakan 1/2 cube ayam + air)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar (atau lebih) lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji Bawang besar - potong dadu (untuk menumis)
  • 1/2 biji yellow onion - hiris memanjang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam/ gula mengikut tahap kesihatan masing-masing
  • Daging burger (ayam atau beef)

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan susu segar dan seterusnya lada hitam, kicap manis, sos tiram, marjerin
  4. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diingini (yang macam kat mcdonalds punya tu.)
  5. Garam dan gula mengikut tahap kesihatan masing-masing.
  6. Asingkan kuah lada hitam yang telah siap dan ambil kuantiti untuk digunakan sahaja.
  7. Masak daging burger, celupkan ke dalam kuah lada hitam tsebut dan letakkan di atas roti burger.
  8. Hiaskan dengan hirisan yellow onion.
  9. Prosperity burger siap untuk ditelan

14 comments:

quinnie said...

saya pun suka prosperity burger ni..hari ni masak burger jugak tapi burger biasa je..bawang taruk lebih..hihihi

Ayu said...

quinnie - heheh..wah makan burger diam2 ya Q..tak pelawa akak pun..my boys suka makan prosperity burger ni..tapi their tak suka letak bawang just plain aje..yang dalm gambar tu akak punya..hehe

Nuridah said...

Nice prosperity burger, now u can beat macdonald...haha, do you do delivery during this holidays?Hehe

Ayu said...

Nuridah - hahaha...yes i think i can beat mcdonald, now i become mcbabe..free delivery around 1 km..
so can i take your order mem?..wakakaka

cik cek said...

Tak yah susah2 nak p beli kat Mc D kan...leh buat seniri je kat rumah...lagiu best...puas makan...:)

Ribbon and Circus said...

Salam kak Ayu,

Soalan cepu emas- sama x rasa dia cam McDonald nyer? Sy nak buat tp byk sgt resepi lam google hihi

Ayu said...

ribbon clown - walkslm, hahaha..kalau kata sama memang bankrup ler McD tu RB..haha..sebab akak pun dah boleh buka cawangan ni..pada akak kan almost there lah..if you said exactly that i cant guarantee tapi almost there is what i can say..haha..memang pun soalan cepumas ni..kahkah..

Ayu said...

cik cek - haha..betul tu kak cek, lagi2 kalau ramai anak or ramai rakyat jelata memang muai buat & murah..heheh..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..Prosperity burger..kegemaran ni...Dah tahu buat sendiri, bolehlah nikmatinya double ar triple dengan jimatnya....

Ayu said...

sue -betul tu sue, dah tahu buat bila2 pun boleh buat tak payah tunggu cny boleh buat ber ripple2 ..hahaha

Ribbon and Circus said...

Hahaha.. bukak branch baru eh? haha

dah buat dah semalam..sedap..sama cam mekdi.. sah boleh bukak branch baru hehe

Ayu said...

ribbon clown - wakakaka..ok ok dah buat eh..sama macam mcdi ya..heheh..
oklah akak nak buka cawangan mcbabe..hheehe..thanks sudi cuba ya rb..:)

Ann @ DN said...

Nice...tabik spring la Ayu...baru ingat nk bli stok kat McD utk setahun @ 12 set ...hehehe sebulan makan satu...utk anak dara akk ni laa...sibuk asal tanya nk mkn ape...PB la sbb nnt habis...now I can make it myself wth ur recipe...TQ so much Ayu for sharing

Ayu said...

Ann - hehe wah sampai 12 set kak..heheh..memang PB punya fan ya anak dara akak tu..hahah..ah dah ada recipe ni tak payah lah beli sampai 12 setkan....tapi kak, try buatlah sikit dulu..takut juga kalau tak kena pada selera akak & anak dara tu..hehe..kalau dah ngam bolehlah buat lagi & lagi kan..