Thursday, July 08, 2010

Popiah Kentang

Sempat made this for the break fast too.., and the kids afternoon snacks....SEDAP!!..lagi2 kalau makan panas2..tak cukup ni..kena buat lagi nanti...Got the recipe from Rinnchan's fotopages.., printed long ago, but only this time managed to do...cubalah, pasti tak menyesal...

Bahan Untuk inti:-
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
secubit serbuk lada hitam kasar
5 sudu besar daging cincang
1/2 cawan bawang goreng
sepokok daun saderi, dicincang
sepokok daun bawang, dicincang
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

kulit popia secukupnya
minyak untuk menggoreng

Method:-
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaulkan rata semua dan tutup api. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau diciah bersama sos cili pilihan.
Sources:-From Rinnchan fotopages, original from Mummy Jam

3 comments:

mummyseri said...

ai kak ayu..
aah bestlah menu ni ..seri nak try lah kak..slalu buat tuk budak2 ni isikan dgn isi ketam aje..tq kak share..

MamaFaMi said...

Mesti krap krup je bila makan. Don't forget to alas piring masa makan tu, kalau tak sah sahlah bersepah nanti crumbs nya tu... hehe

Ayu said...

mummyseri - aah seri, k ayu letak serbuk perasa sikit, berlumba2 nak cekup lepas goreng tu..hehe

Mamafami - aah betul tu ma, memang berterabur, haha..budak2 tu makan..tapi orang tua makan pun sama jugak..hehe