Tuesday, June 14, 2011

Gulai Jantung Pisang

Assalam dipagi Selasa yang mendung ni.. rasa rindu betul kat dapur kita ni..dah berapa hari tak update rasa macam alienated gitu..hehe....banyak recipe2 yang kita ketinggalan..diwaktu kita tak melangok depan pc lah... pada hari Sabtu & Ahad lepas buat pertama kalinya kita ambik order buat kuih + kek....macam pecah record gitu..sekali buat 4 loyang kuih , 1 kek gula hangus + 1 kek pertunangan..ha ambik kau..lepas tu kita terbongkang tidur pengsan..heheh..uish betul2 menguji tahap physical & mental ..maklum ler orang baru pertama kali buat benda2 gini....Thank you to Lin, my neighbour, for trusting in me!!!..

Ok, lauk gulai jantung pisang ni dah lamaaaaaaaa kita masak..kalau tak silap tahun lepas ler..hahaha..sabor ajelah kan..dah jadi baja dah pun kalau tanam pokok yang gunakan baja ni..dah berbuah pun kot?..wakakaka..Macam biasa lauk2 kampung ni kita suka cuba dari dapur CheMat..Thank you Mat, macam biasa juga akak letakkan recipenya disini pula ya..

Gulai Jantung Pisang
Sources:-From MatGebu@tiffinbiru.blogspot.com
Bahan-Bahannya :-)
1 biji jantung pisang nipah-(Ayu tak tahu jantung pisang apa yang digunakan main beli aje..heheh)
10 - 15 ekor udang sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak (optional)
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1 cawan pati santan
1 genggam cili padi (boleh kurangkan)*
2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga lumat)
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 6 dan celur 3 minit, toskan. Bersihkan udang, lumur garam dan biar 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam belanga, masukkan udang, bahan2 tumbuk, tempoyak dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  3. Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan masak sekejap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat..

9 comments:

fynn said...

ayu...hari neh kita berdua masak menu dr blog cikmat...

lama x mkn gulai jantung pisang...masuk list neh...

Sizuka said...

ayu, i love jantung pisang! masak apa pun sedap! especially kalau buat gulai kawah, and letak jantung pisang :D

izahdaut said...

kak ayu pun masak jntung pisang ye. tadi nmpk kt ruumah kal madihaa.. ishh semua menggoda nih

noorsafone said...

ramai pulak kawan2 yg masak jantung pisang...lauk kampung yg memang menepati selera Kak Noor...

K.Nor said...

tahun lepas??? hahahaha

apapun mmg menyelerakan jer lauk tu ayu.. :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ayu...
Sedap betul dpt mkn jantung pisang ..lama betul tak mkn jantung pisang..mama suka rebus jer lps tuh cicah ngan sambal asam..fuh buat ngences jer ....

ilahjy said...

sedapnyeee jantung hati kusss..hikhik.. kak suka mkn..buat cicah air asam... tapi pernah demam mkn ..sbb anak masih baby lagi.. kak tak tahan sejuk...

Ayu said...

mak qis - tulah mak qis, normally kita got the same tastelah kan..heheh..

sizuka - me semenjak ada blog nilah baru tahu makan jantung pisang kalau tak sebelum ni memang lah kita jakun..heheh..
izahdaut - aah izah..itu yang teringat akak punya post yang dah lama menanti queue heheh..baru masukkan hari ni..

noorsafone - hahah..lauk kmapung macam mana pun kita tak tolak kak..memang best punya..

Nor - hahaha..tahun lepas tak salah lepas raya..wakakaka..thanks nor, lauk kampung kita suka..heheh

mamahawa - walkslm, mama, 2-3 hari ni kita tengok kat seng siong banayak pulak jantung pisang ma, nak cuba pulak buat recipe yang lain nanti..hehe jantung pisang cicah air asam tu kita dah buat pun masih tunggu queue juga ni ma..hahah

ilahjy - oh jantung pisang ni sejuk eh kak?..kita baru tahu..dulu2 tak pernah makan so tak tahu ..hahah

Nur haura afeeya said...

*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*