Friday, June 03, 2011

Ayam Masak Lemak Serai

Lauk yang tak pedaslah pada kita..tapi sesuai untuk anak2...maklum ler, my Iqram kan suka makan lauk ayam lemak padi..kalau boleh hari2 nak ayam lemak padi..kalau kat luar makan nasi padang mesti nak lauk ayam lemak padi juga...sampai boring kalau tanya nak makan lauk apa, dia mesti cakap lauk lemak padi atau pun minta roti prata... pergi restaurant pun tanya roti prata...itu yang kita cuba recipe ni..ayam lemak serai, tapi tetap gunakan santan cuma cilinya ditukar ke cili kering...boleh lah kan..pelbagaikan masak lemak ni...


Ayam Masak Lemak Serai
Sources:-From mas@mesra.net
Bahan2nya-(Untuk 5 orang)
1 ekor ayam (sederhana besar)
2 batang serai
2 helai daun limau purut
3 sudu besar cili kering (diblender)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
 1 kiub ayam 

3 biji kentang (dibelah empat)
santan (1 biji kelapa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara2nya:-
Tumiskan bawang putih hingga garing dan naik bau.  Masukkan cili kering (diblender)dan kacau hingga sedikit garing.
 Masukkan santan cair dan tunggu hingga mendidih.  Kemudian masukkan kentang dan ayam yang telah dipotong sederhana. Masukkan serai dan daun limau purut. Apabila kentang sudah empuk, masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.  Akhir sekali masukkan bawang besar.
(Masakan yang simple untuk surirumah yang sibuk dan takde masa).

4 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Sedapnya ayu...Jemput la kak ros makan

Wattie said...

Salam Ayu,
Ishhhh....laju sungguh, masa bila Ayu masak semua ni...berderet2 ni ha...tak tau mana satu nak cuba dulu, semua best2.....

ijayuji said...

waaaaa... yg ni pun sedap! mak ayu ni kan sekali dia nak update haaaaa.. berderet deret! naik juling mata tak tahu nak cuba yg mana sume sedap2!! ada bilik kosong tak mak ayu dekat2 ngan bilik akak tuu?? wakakaka... kalau ada nak pindah sebelah umah :D

Ayu said...

puan ros - silakn kak ros..ada bawa nasi sendiri tak ni?..hahaha..

wattie - walsklm, hahah..janagn tak tahu kak, kalau ada mood, kita masak memang 2-3 lauk..sebab lauk anak2 dgn lauk org tua kadang2 lain, sebab takut pedas or budak2 tak makan..heheh ..

ijayuji - hahahha..apa tidaknya sekali dapat cop pc, akak tak nak lepas ler..hahah budak2 asik tanya bila boleh gunakan..akak cakap mama nak update jgn kacau..heheh
nak pindah bilik dekat2 dah dekat dgn bilik pakwe !!!! hoi...jgn main2..hahah..pindah sebelah rumah ok..hahah..