Friday, September 30, 2011

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

 Lepas2 raya ni..mee selalu menjadi menu kat rumah kita..malas nak masak pun ya..haha..buat mee siapa nak makan baru masak..basically kalau masak mee, tak adalah balance2 lauk tukan..so dapur pun clear aje..udang or sayur yang tak habis tu boleh masuk fridge balik dan can use for next dish..
Kalau masak mee, pasti laku punya..tapi kena standby nasi sikit sebab my dad mesti cari nasi..hehe kalau tak ada lauk kan dia boleh letak nasi tu dalam mee!! kuah mee tu jadi lauk dialah..memang peminat tegar nasi betul kan..haha..my mum selalu ngomel, biasalah old couple nikan..asik nak argue aje...kadang2 cucu2 tukang ketawa melihat keletah atok nenek dia orang..hehe..

Ok back to food..mee udang ni pada kita sangat senang nak prepare dan sangat sedap ditekak..ada ala2 mee bandung pun ada..kita pernah  terbaca di salah satu blog teman, tidak lama dulu kalau tak silap, Deeja, & sekeluarga pernah pergi ke satu tempat ni diKuala Sepetang (Perak) untuk makan mee udangnya disana, katanya tempat tu memang famous dengan mee udangnya..terkecur pulak kita tengok gambar yang diambil pada waktu tu..nak cari balik tak jumpa pulak...so here is the recipe yang kita cuba walau tak sampai lagi ke Kuala Sepetang tapi kita dah dapat rasa mee udangnya disini..Terimakasih puan punya recipe for sharing ..sedapp.!


Mee Udang Banjir Kuala Sepetang
Sources:- From misha66@myresipi.com
Bahan2 untuk seorang makan
  • Mee kuning(agak2 utk seorgnye mkn)
  • Udang bersaiz XL 6 ekr(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)-(Ayu gunakan udang sederhana besar aje dan buang kulit sebab senang anak2 nak makan)
  • Bwg putih 1 ulas~d tumbuk halus 
  • 2 biji bawang merah dihiris-(Ayu tambah)
  • Lada kisar 2sb
  • Sos tomato 4sb 
  • 1 biji telur -(Ayu tambah)
  • Garam
  • 1sb gula-(Ayu gunakan 1 sudu kecil aje)
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok d ptg 1inci & 2sb bwg goreng
  • Sedikit kobis d ptg memanjang & air msk 2cawan
  • #UTK HIASAN# Daun sup & bwg goreng

Cara-cara

  1. Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskn(bawang hiris) & bwg pth hingga naik bau.
  2. Masukkn lada kisar n d gaul rata.
  3. Masukkan air msk,sos tomato biarkn hingga mendidih.
  4. masukkan udang,daun sup n bwg goreng~ biarkn sampai udang msk.
  5. Angkat udang dahulu kemudian mskkn mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
  6. Angkat mee td n blh lah d hias dgn meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.

Gajus Goreng Pedas Daun Kari

Gajus Goreng Pedas Daun Kari recipe dari Diana ni adalah menu aka recipe terakhir untuk raya tahun ni.. kebetulan, memang ngam2 500g  gajus balance dari masak apalah dulu as time beli gajus ni nak gunakannya sikit tapi tak ada jual yang packet kecil so terpaksa kena beli yang packet besar ..mahal pulak tu kacang ni..pernah beli dulu terlupa nak masukkan dalam botol just ikat dengan getah ..sekejap aje dah ber'teman'..sayang betul..so this time kita letakkan dalam botol jadi still can be used..
Semasa kita menggoreng kacang ni, kita sebenarnya banyak berkhayal..maklum ler time puasa..hehe...otak kemana, mata kemana, bascially seluruh anggota semua tak liase with each other..goreng dah ler api terbesar so by the time kita realise ada yang dah terhangus sikit..then bila mengadunkan bahan2 kita tak gaul telur dengan gajusnya dulu kita terus lebur aje dalam mangkuk..itu yang nampak macam tak sekata aje salutan tepungnya tu..ada tak kena ada yang kena..huhu..tapi walau bagaimana pun, kalau teman2 nak buat pastikan jangan ikut macam kita ya....heheh ..Terimaksih Diana for sharing this recipe ya..akak minta izin diletakkan didapur akak ni untuk rujukan masa akan datang making sure tak berkhayal lagi..hehe..


Gajus Goreng Pedas Daun Kari
Sources:-From Diana@skyblue
Bhn²

500 gm gajus _ d cuci dan toskan

1 biji telur d pukul ringan

Minyak untuk menggoreng



Bhn² A ( D campurkan bersama )

1 cawan tepung beras

3 tangkai daun kari _ d cincang halus

2 tbsp serbuk cili ( boleh d tambah jika suka pedas )

3 tbsp gula

1 tsp garam atau secukup rasa



Cara²


  1. Gajus d gaul sebati bersama telur.. Kemudian masukkan bhn² A dan gaul sehingga bahan bersalut pada gajus.  
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng gajus sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Siap...


The Versatile Blogger Award From Kjee



First nak ucapkan terimakasih buat Kjee for the thoughts by awarding me this..
As Kjee cakap she dont think she deserves this, 
ooo..lagilah kita ni who is just
a blogger masakan biasa2 aje..
but then I accepted this with my open heart...
Thanks Kak, really appreciate so much..

Updated, 
kita pun dapat award ni dari Amie
yang memberi tugasan yang sama, so I just updated kat sini ajelah ya Amie,
Terimakasih banyak2 for the thoughts untuk kita
kita hargai so much..thanks again dears..

As the syarat no 3 & 4 are  a bit berat...kita skip that ajelah ya..as for most of the blogger friends deserve this award too..so sudi2lah kiranya angkut ya..

There are rules to this award...
1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself on the post.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.

1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima)
1 Siap!

2. a) Orang Melayu - darah Cina campur Melayu sebab ayah kita Melayu..hehe.
    b) Satu2nya anak perempuan dalam keluarga kita sebab kita dua beradik aje..hehe
    c) rajin memasak tapi tak suka menjahit
    d)suka makan makanan yang ada banyak cili padi..hehe
    e) takut nak talipon orang
    f)tak suka  argue
    g)lebih suka beli perkakas kuih dari beli baju..hehe

3. Waduh..Tak larat nak buat ni..sorry ya..
4.Dipersilakan siapa yang sudi ambil..

Monday, September 26, 2011

Orange Macan Roll

Banyak2 swissroll, recipe ni lah yang so far kita gulung dia tak pecah & kulitnya tak melekat ..heheh itu yang suka buat kek ni tambah lagi, keknya pun rasa sedap pada kita & anak2...dan bancuh & bakar kuih swiss roll actually senang, tapi bila part nak gulungnya tu ada sikit kering darah makcik..hehe...
pernah dulu  buat disini..yang tu pada kita dah perfectlah..tapi kali ni ada sikit terkehel kulitnya tu..tak berapa smooth ada macam kerepot sikit maklumlah macam puan tanah juga dah  kerepot..

For the filing tu boleh digunakan filing ikut sukalah ya..tapi pada kita filling coklat paling ngamlah..boleh gunakan nutella or any chocolate buttercream..

Orange Macan Rolls
Sources:-From Yochana's Cake Delight
Ingredients:-
120g melted butter-(120g mentega cair)
8 nos. egg yolks-(8 kuning telur)
4 nos. egg white-(4 putih telur)
80g fine sugar-(80g gula halus)
75g plain flour-(75g tepung gandum)
30g milk powder-(30g tepung susu)
1 tsp ovalette-(1 sudu kecil ovalette)
1/2 tsp chocolate emulco-(1/2 sudu kecil chocolate emulco)
1/2 tsp coffee oil (I added coffee emulco)-(1/2 sudu kecil minyak coffee- Ayu gunakan coffee emulco)
1/2 tsp orange emulco-(1/2 sudu teh orange emulco)
a drop of orange colouring(optional)- I added a few-(setitik pewarna oren- Ayu masukkan beberapa titik)
1/2 tsp baking powder(not in recipe but I added myself)-(Ayu tambah 1/2 sudu kecil serbuk penaik)



Method:-
Beat egg yolks, egg whites, sugar, flour, ovalette and milk powder together until thick and fluffy.
Pour in melted butter and mix till thoroughly mixed.
Scoop out 2 ladle spoonful of batter into a bowl. Add in chocolate paste and coffee oil and stir till well mixed. Place into a piping bag. Add in orange emulco and orange colouring into the balance batter and divide into 2 portions. Pour into 2 nos. 10" x10" square trays.
Pipe patterns onto the orange batter, write the letter 'C' on top. Bake at 190C for about 12 minutes. (My oven I used 175C for 12 minutes.) Leave to cool. Spread butter cream(I used chocolate butter cream) or jam on top and roll tightly. Leave it in the fridge to set and then slice.-( Pukul telur kuning, putih, gula halus, tepung, ovalette & tepung susu hingga pekat & gebu. Tuang mentega cair dan gaulkan hingga rata. Ceduk 2 senduk adunan kedalam bekas yang lain.Masukkan chooclate paste & minyak coffee gaul hingga sebati. Masukkan kedalm piping bag. Masukkan orange emulco, pewarna oren kedalam adunan  lagi satu dan bagikan kepada 2 bahagian. Tuankan kedalam loyang 10" x10" loyang leper. Pipekan adunan chocolate ketasa adunan oren tadi, dan lukiskan bentuk 'C' diatas. Bakar selama 12 minit at 190c(Oven kita 175c untuk 12minit). Biarkan sejuk sebentar. Sapukan cream-(Ayu gunakan chocolate buttercream) atau boleh juga gunakan jem keatas kek dan gulung hingga padat. 
(Lepas keluarkan dari oven, Ayu biarkan sejuk dalam 2 minit aje cepat2 sapukan cream dan cepat2 gulung)....Masukkan kedalm petias untuk set kan dia dan lepas tu bolehlah potong.)

Updated 28/9/2011
Chocolate Butter Cream Kak Intan
Sources:-From  My Sister In Law- Kak Intan
Ingrdients:-
500g butter
350g icing sugar (sifted)
5 tbsp cocoa powder(sifted)
5 tbsp milk powder
2 tbsp ready to use chocolate cream( can use  milk chocolate double boiled it first)

Method:-
Beat butter & sugar at high speed for 4-5 minutes or till creamy & fluffy, add cocoa powder, milk powder & chocolate cream(melted chocolate). Beat till incorporated and ready to use., for fillings.


Dulce De Leche Marble Cake

Ini adalah salah satu kek yang kita buat lepas raya tapi sebelum open house hari tu..Ada 2 tin Dulce De Leche ni dari yang kemarin yang duduk dalam petiais..so kita pun cubalah buat kek ni dan gunakan 1 tin aje.. pada kita kek ni ada sedikit mampat & kering..mungkin teknik kita yang tak betul tak tahulahkan walhal kita dah pukul sampai betul2 kembang or mungkin DDL kita tu ...sebab diletak dalam petiais, jadi dia dah slightly pekat & slightly kering dan sebelum  it was at room temperature  kita dah masukkankan dalam adunan....tapi pernah dulu kita cuba buat kek yang telurnya dimasukkan last, end up the cake pun macam mampat juga (tak masuk blog sebab kek tu tak jadi..hehe)eh tapi another cake yang kita gunakan teknik ni  begini for Dulce De Leche Pound Cake & Condense Milk Pound Cake ok pulak, ..ermm entah la ya apa sebabnya ...haishh..maybe next time, kita nak masukkan telur sebelum masukkan tepung nak tengok macam mana..Apa2 pun terimakasih Kak fida for sharing this recipe, bolehlah juga kita perhabiskan DDL kita  tukan..for those yang nak cuba buat DDL menggunakan cara Kak fida tu bolehlah tengok dibawah atau klik ke nama kak fida tu ya..

Dulce De Leche Marble Cake
Sources:-From Kakfida@myresipi.com
Bahan(loyang 9')
  • 1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
  • 1/3 cawan padat gula perang-(Lain kali nak gunakan 1/4 cawan aje)
  • 1 cawan dulce de leche
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 4 biji telur besar - dipukul ringan
  • 100 g coklat masakan - cair

Cara-cara

  1. Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
  2. Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
  4. Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
  5. Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
  6. Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.
  7. Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
  8. Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
  9. Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2. Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu.
  10. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering.
  11. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.

Rendang Daging II

Ingin mencuba other recipes on rendang daging  so bekenan dengan yang ni .. sebelum ni ada juga beberapa recipe on rendang daging tapi saja aje nak tukar selera & experiment dengan recipe yang baru..sedap sangat pada kita..rendang daging nilah yang kita buat on my open house hari tu..kita menggunakan 4 kg daging batang pinang for this and it went very fast puan rumah terpaksa ambil(sembunyi) sedikit untuk sendiri makan..hehe...bukan nak puji diri sendiri ya..tapi nak puji recipe ni..ramai yang comment very nice for this rendang..mostly Mr Hubby's Chinese colleague yang suka..lain kali boleh gunakan recipe ni untuk rendang biasa tu..Thank you puan punya recipe..memang sedap rendang daging kali ni....


Rendang Daging
Sources:-From tulips@myresipi.com
Bahan2-(untuk 20 orang makan)
  • 800g - 1kg daging lembu
  • 200g kerisik
  • 1 liter santan pekat
  • daun kunyit di rincik halus
  • garam secukup rasa 
  • * Bahan-bahan kisar *
  • 2 labu bawang besar
  • 8 ulas bawang kecik
  • 5 ulas bawang putih
  • 50g halia
  • 30g kunyit hidup
  • 30g lengkuas
  • 6 btg serai
  • 30g cili kering + beberapa cili padi(Ayu tambah)
  • 1 st rempah kari
  • 1st jintan putih
  • 1st jintan manis
  • 30g gula merah ( boleh lebihkan jika nak manis)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak dengan api sederhana hingga santan hampir kering.
  3. Masukkan sekeping asam keping dan garam. Bila dan hampir masak masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau rata dan masak hingga kuahnya betul2 kering.

Open House 2011


Assalam raya tahun ni pintu rumah kita terbuka luas pada minggu kedua raya iaitu pada hari Sabtu 10th Sept yang lalu...macam biasa, mostly yang datang adalah teman2 Mr Hubby dan adik beradik nya..Kita ada juga jemput teman2 dari ex office kita dulu, jiran2 yang sama blok dan  my cousins yang tak sempat berkunjung pada hari pertama raya kemarin..and buat julung2 kalinya seorang silent reader or guest yang kita kenali dialam maya ini pun ada datang bersama keluarganya!! Suka sangat..you know who u are dear..hehe..
Basically tahun ni menu yang kita masak  kita rasa ada sedikit 'mundane' sebab I have to cook, those menu yang normally hari raya pertama kita masak dan jumpa....
Ini adalah request dari Mr Hubby and his Chinese friends yang suka sangat makan rendang daging dan lontong..dah beberapa tahun kita buat open house kita selalu sediakan menu yang bukan menu raya..hehehe..mungkin this time Mr Hubby put down his 'request' as firm as possible  nak RENDANG & LONTONG as top of the list menu..
Well nak buat macam mana ikutkan ajelah 'Managing Director' dah suruh..
so 'Operations Manager' kenalah buatkan..heheh

Oh yes, nak cakap pasal chaffing dish yang baru kita dapat(beli) tu...
Buffet set kita yang lama  tu kita dah gantikan dengan yang kat atas tu..reasons was because,  1st was mangkuknya kecil and of cos quantity makan yang diletak pun sikitlah  dan 2nd was makanan yang diletak selalunya terhangus bila lilin dipasang kat bawah mangkuk kaca tu....dan disebabkan quantity yang sikit aje  makanan yang dapat masuk dalam mangkuk tu terpaksalah kita kena top up banyak kali bila makanan dah surut..ini memakan waktu dan tenaga especically bila kita sibuk nak melayan tetamu yang datang sibuk pulak nak top up apa yang dah surut(sebab kita tak cukup manpower ler yang boleh tolong top upkan, bascially my mum & me aje )..so kita pun  request juga dengan Mr Hubby untuk beli chafing dish yang ini..the most yang kita kena top up 2-3 kali aje kalau yang dulu adalah dalam 8-10 kali(jenuh weh) ..so productivity, money, space & taste wise memang berbaloi sebab yang ni dia tak mungkin hangus sebab dibawahnya ada lagi satu mangkuk yang diisi air, dan chaffing dish ni boleh dilipat selepas digunakan..as for yang lama tu masih boleh juga digunakan tapi untuk jemputan yang kecil  or for other side dishes..
On top of rendang & Lontong, kita juga masak  menu2 yang ada dibawah ni..cuma  menu Mee goreng Kicap kita tak sempat ambik sebab dah sibuk as kita goreng 1kg at a time which overall kita goreng 3kg..
Tahun ni lupa pulak nak suruh Hasif ambil gambar para tetamu sebab, his job this year tukang jaga air kalau dah surut, tukang informer kalau dishes dah surut dan buang sampah kalau dah penuh..so gambar2 menu ajelah nampaknya yang ada..

This was the menu on that day
Nasi Lobak Merah,
yang kita parut carrot sampai I see 'carrot sticks'.hehe
Acar Nenas
my mum's
Acar Timun 
 my mum's juga...so basically,
Nasi, Nasi impit & Mee Goreng are the main menu plus lauk2 sampingan

Good remarks from guest for 
yang digandingkan
Nasi Lobak Merah and 5 star for
Rendang Daging II
(will post the recipe later)
Udang Wangi,
a last minute decisions, when tengok menu macam sikit aje..hehe

Not in picture
Mee Goreng Kicap
yang kita goreng 3 kali 1kg each, tak sempat nak ambil gambar..
Cendawan Goreng 
yang dah siap bahan2 tapi tak sempat digoreng sebab kurang tangan as ramai tetamu  datang serentak at certain times..itu pun
Ayam Goreng Simple
my mum sempat gorengkan awal2 sikit..ingat nak goreng batches by batches tapi kita fikir mesti tak ada tangan so terpaksa goreng ayam awal2, of cos kalau dapat fresh baru goreng lagi baiklah..
yang dimakan dengan nasi impit plus, serunding & sambal tumis biasa aje..
& chocolate tidbits for the kids

These are my cake raya yang sempat kita buat dan ambik gambar
..on top of another   
Dulce DeLeche Marble Cake
&
Orange Macan Rolls
which I will post later..

Indonesia Walnut Butter Cake

Logistic wise for next future planning for 80 people - I cooked, 
5kg Nasi Lobak Merah - include packet back for siblings & some friends
4kg Beef Rendang - next time 5kg
5 packet nasi impit Adabi
7 ekor Ayam Masak Palembang- include packet back for sblings & some friends
2 kg Udang Wangi
3 packet 2kg chicken wings  Ayam Goreng Simple
3kg Mee Goreng Kicap

Monday, September 19, 2011

Sambal Goreng Pengantin

Sambal Goreng Pengantin, another 'a must do'  menu tiap2 raya..below was my version ya..pernah buat sebelum ni tapi yang tu kita hiris cili merah & cili hijau..kali ni kita tak letak pun just tambah aje cili kering & cili kisarnya aje..ada pedas2 sikit, dan kita suka sambal goreng pengantin kita basah2 lembab sebab suka colek dengan ketupat sambalnya tu....hehe
So this year, menu ayam & yang lain tu  biasalah..so tak payah lah kita letak kat blog for this round ..kita letak sambal goreng pengantin & kuah kacang daging aje...

Sambal Goreng Pengantin
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
200g daging direbus, potong dadu, goreng ketepikan(ambil airnya dalam satu mangkuk)-( beef, boiled, diced, fried and put side- take 1 bowl of beef stock)
200g hati lembu direbus, pototng dadu, goreng ketepikan-(beef liver, boiled, diced, fried and put aside)
300g paru direbus, potong dadu, goreng ketepikan-(beef lungs, boiled, diced  fried and put aside)
15 keping empedal rebus, hiris dan goreng-( 15 chicken gizzards boiled, sliced and fried put aside)
2 tauhu potong dadu goreng ketepikan-( beancurd diced, fried and put aside)
2 tempe potong dadu goreng ketepikan-(fermented soya beans diced, fried and put aside)
200g udang goreng ketepikan (terpulang nak kopik kulit atau tidak)-(prawns shelled or deshelled fried and put aside)

3 cili merah dihiris(Optional)-(red chillies sliced)
3 cili hijau dihiris(Optional)-(green chillies sliced)
15-20 cili kering direndam dan gunting serong nipis2-(dried chillies soaked and snip thinly w/ scissors)
1 biji bawang besar dihiris nipis-(1 large onion sliced thinly)
2 serai dititik-(lemon grass bruised)

1 sudu besar bawang kisar-(1 tbsp minced onion)
1 sudu kecil bawang putih kisar-(1 tsp minced garlics)
1 sudu besar lengkuas-(1 tbsp minced galangal)
1 sudu besar halia kisar-(1 tbsp minced ginger)
10 sudu besar cili kisar kalau nak  lagi pedas boleh tambah-(10 tbsp cili paste, if prefer hotter can adjust more)
1/2 - 1 cawan santan pekat-(1/2 - 1 cup coconut milk)
2 cawan bawang goreng-(2 cups fried shallots)
3 sudu kecil gula atau secup rasa-(3 tsp sugar or to taste)
air secukupnya-(water to estimate)
garam & amp; serbuk peras secukupnya-( salt and msg to taste)

*1 inci belacan-(*1 inch shrimp paste)
*asam jawa sebesar 1/2 biji telur kecil-(*tamarind pulp size of 1/2 small egg)
*3/4 cawan air -(*3/4 cup water)
(*ramas dan tapis)-(* mix them and strained)

Method:-
Tumis bawang besar hiris hingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar - cili kisar, lengkuas, bawang putih, halia dan serai. Tumis hingga garing. Masukkan air rebusan daging, air asam yang telah diramas dengan belacan tadi, air dan santan. Masukkan gula, garam & serbuk perasa. Kalau nak sambal gorengnya basah  tambah air sikit lagi. Kacau, dan masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Rasa apa yang kurang. Masukkan cili hiris, cili kering yang digunting dan bawang goreng. Gaul lagi hingga sekata. Siap.-(Saute sliced onions till fragrant. Add in blended ingredients - chili paste, galangal, garlics, ginger and bruised lemon grass and cooked till oil rises up the surface. Add in beef stock, tamarind juice, some water and coconut milk. Add in salt, sugar and msg to taste. If preferred the sambal a bit wet, add a bit more water. Stir well. Add in fried ingredients and stir well. Taste what is needed. Add in sliced chillies, dried sliced chillies and fried shallots. Stir again till incorporated. Ready)

Kuah Kacang Daging

Tahun ni kita nak cuba buat kuah kacang yang berdaging..my mum kata ini macam kuah satay daging which normally kalau dia buat dia akan goreng dulu dagingnya..tapi kita nak cuba recipe dari nazua ni..selalu or in fact almost every year kita buat kuah kacang plain aje..so this year  ada sedikit kelainanlah.. to me not badlah kuah kacang daging ni, sedap juga cuma kita tambah apa2 yang kita nak tambah..haha..to me sedapp..kalau nak cuba ikutlah selera masing2 ya..Terimaksih buat puan punya recipe minta izin diletak disini pula ya..

Kuah Kacang Daging
Sources:-From nazua@myresipi.com
Bahan:-
  • 300 g daging-(Ayu gunakan 500g)
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)-(Ayu gunakan 350g)
  • 5 sudu gula merah/ gula melaka-(Ayu gunakan 100g gula melaka)
  • 2/3 cawan gula putih-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
  • garam + serbuk perasa
  • 1 cawan air asam jawa + 2-3 cawan air/stok daging-(Ayu tambah- terpulang nak pekat or cair mana)
  • ½ cawan santan pekat -(Ayu gunakan 4 sudu besar)
  • Bahan-bahan tumis :-
  • 2 batang serai-(Ayu titik)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak 
  • Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering-(Ayu gunakan 11/2 cawan cili kisar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah 
  • sehiris nipis lengkuas-(Ayu tambah)
  • 6 biji buah keras-(Ayu gunakan 4 biji aje)
  • 1 cm belacan-(Ayu gunakan 2cm)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar 
  • 1 sudu besar udang kering-(Ayu tambah)
  • 1 batang serai-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
  2. Daging direbus sehingga lembut(Ayu tambah sedikit halia kisar). Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
  3. Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  4. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
  6. Tambah gula merah, gula putih dan garam.Biar mendidih seketika
  7. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.(Ayu masak hingga kuah sedikit  pekat)
  8. Siap untuk dihidang...

Honey Cornflakes

Honey cornflakes yang a must do juga every year..nak buat pun senang selalu ini yang habis dulu, then kena buat lagi sampai 2-3 kali..ini adalah biskut yang terakhir tahun ni yang sempat kita buat...bila kita tabur manik2 tu si Hasif cakap alamak ma, macam girl lah..tak nak makan lah..nasib baik kita tak tabur semua dengan manik so for him kita tak tabur apa2 pun just plain aje..hahaha..biskut pun ada macam girl ke??? Banyak betul mengada2 kau anak..

Honey Cornflakes
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com  
Bahan A
100 gram cornflakes
100 gram bubble rice(Ayu gantikan dengan 100g cornflakes lagi)
100 gram badam/ kacang (dicincang dan dibakar sedikit)-(Ayu gunakan almond stripes + manik untuk taburan)

Bahan B
110 gram mentega
90 gram gula halus
5-6 sudu besar sirap kencana/madu

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan B dan masak diatas api yang kecil selama beberapa minit.
2. Masukkan gula, mentega, sirap kencana/ madu dan gaul rata.
3. Setelah bergaul rata masukkan Bahan A dan gaul sebati.
4. Masukkan sesudu adunan kedalam paper cup.
5. Panaskan ketuahr pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.

Biskut M & M

Assalam, teman2..lama rasanya tak bersiaran..nak dikatakan ini lah paling lama kita senyapkan diri so far, kalau dulu pergi holidays adalah macam ni juga durationnya, but this time, kita tak kemana punn..ada tercongok kat sini tapi mood nak update macam tak ada..banyak sebab actually..tapi kita tak nak lah meluahkan perasaan kat sini kan..telan ajelah ..
Anyway, hanya time & space ajelah yang menentukan sama ada  kita akan terus berblogging ke tidak..memandangkan commitment yang lebih utama yang harus ditumpukan :(  (macamlah ada orang bother eh..hehe)

Cookies ini adalah cookies yang kita buat selepas beberapa hari raya yang lalu sebab some cookies dah habis..pernah buat disini. Anak2 suka sangat dengan cookies ni..itu yang kita buat lagi tahun ni..besides the honey cornflakes yang a must every year..

Biskut M&M
Sources:-From Resipi Ceria Keluarga
Sources II:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 egg-(1 biji telur)
200g butter-(200g mentega)
150g corn flour-(150g tepung jagung)
50g almond minced-(50g badam serbuk)
150g powder/icing sugar-(150g gula icing)
200g plain flour-(200g tepung gandum)
80g optima flour-(80g optima flour/sponge cake mix flour)
chocolate chips and M&M to estimate-(chocolate chips & chocolate M&M secukupnya)
a bit of chopped almond-(sedikit badam cincang)

Method:-
Add butter, egg and sugar and mix well. Add in plain flour, optima flour, corn flour, minced & chopped almond till Incorporated. Roll small balls with hands (when rolling the balls don't make too big or too small as the mixture will rise when baked)(Ayu weighed 10g each). Top with M&M and chocolate chips around the balls. Preheat and bake in oven at 170 degrees Celsius till cook or in a medium heat so as not to melt the chocolates. Let it cool in wire rack before storing in container.-(Pukul mentega, telur & gula hingga rata & kembang. Masukkan tepung gandum, tepung optima, tepung jagung, badam serbuk & cincang gaul hingga rata. Ambil doh sedikit dan bulat2kan. Jangan buat terlalu besar atau kecil kerana doh akan mengembang bila dibakar.(Ayu timbang 10g each). Selitkan M&M ditengah dan dikelilingi dengan chocolate chips.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan disuhu 170C dan bakar hingga masak menggunakan api sederhana supaya chocoalte tidak cair. Biarkan biskut sejuk diatas redai sebelum dimasukkan kedalam bekas.)

Sunday, September 04, 2011

Himpunan Kad Raya AidilFitri 2011 dari Teman2

Kad Raya dari Curlybabesatisfaction.blogspot.com yang baru siap lepas seminggu beraya..heheh..Printer ink tak cukup itu sebab kena postpone lepas raya baru siap..
Dibawah himpunan Kad Raya 2011, dari teman2 GMM yang sempat kita ambik dari dapur masing2 yang sudi kedapur kita ni..
Thank you dear all for the cards ..


Dari AlongRoz
Dari Cikgu Zanariah

Dari Kak Ummi Kuantan Pahang            
Dari Kak Ros
Dari Cheq Sue
Dari Mashitah
Dari Quinnie         
Dari Kak Wattie
 Dari Amie  
 Dari Kak Nuridah   
 Dari Cik Manggis
    Dari IzahDaut
Dari Juwita 
Dari Ady
Dari Noorsha