Monday, May 06, 2013

Bingka Tapai Ubi

Kuih bingka yang dah lama kita buat tak salah bila kita click balik kat gambar tu bulan July tahun lepas!!..huhu..nak masuk blog asiklah tertangguh... Buat 1/2 adunan aje sebab tapai ubi itu aje yang ada..My mum suka bingka ni..sedap katanya..Mr Hubby pun suka..kita bakar dalam acuan nordicware yang bunga2..Suka dengan kejadiannya sebab dalam lembut luarnya garing2 gitu..Terimaksih pada Kak Fida for sharing..lain kali boleh buat lagi..:)

Again..all of today's entries are  scheduled postings.Nampak gaya kita sekarang berblogging kena buat scheduled entries...kalau tak buat macam ni memang susahlah kita nak update blog..sebab time pagi2 lah kita sibuk nak uruskan anak2 dan memasak didapur  :(

Bingka Tapai Ubi
Sources:-From Kak Fida@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- loyang 11"-(Ayu buat 1/2 adunan aje)
  • 360 g gula halus- 180g -(Ayu gunakan 140g)
  • 5 biji telur-(Ayu gunakan 3 biji)
  • 900 ml santan pekat (akak guna 400 ml santan KARA + 500 ml air)- 450g-(Ayu gunakan 170g santan pekat + 55g air)
  • 360 g tepung gandum*-(Ayu  guna 180g)
  • 1 sk baking powder*-(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil)
  • 300 g tapai ubi - dilecek-(Ayu gunakan 160g)
  • 1 sk garam halus
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk pewarna kuning 

Cara:-
  1. Ayak tepung dan baking powder.Di dalam sebuah mangkuk,pukul telur dan gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan campuran tepung dan kacau sambil dituangkan santan dan terus kacau.
  3. Masukkan tapai lecek,garam,esen dan pewarna kacau lagi hingga sebati.(Ayu gunakan blender aje semua)
  4. Perap adunan selama 4 jam atau boleh juga terus di tuang ke dalam loyang yang disapu mentega/minyak sekeliling barulah diperap.
  5. Panaskan oven dahulu dan bakar selama 30-40 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.Jika ingin permukaan kuih garing,bakar sebentar dengan menggunakan api grill.
  6. Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang barulah boleh dipotong dan di hidangkan.

Bubur Lambuk

Hajat dihati nak masak bubur lambuk Terengganu style..tapi bila tengok bahan2 daunnya tu semua confirm kat sini tak jumpa dan tak ada..plus kita tak kenal..heheh..then tengok juga beberapa recipe kat internet ni..dan mostly gunakan rempah..in fact my mum punya style pun gunakan rempah..entah macam mana kita  terpaut pulak nak gunakan recipe dari dapur mina kat bawah ni..first mungkin ia ada dedaun yang boleh didapati kat sini dan mungkin juga ada sikit macam bubur lambuk Terengganu ..then kita tengok cara2nya senang dan ringkas..so terhasil lah bubur lambuk versi yang ini..

Masak ni dah petang juga...bila my dad sound dari dapur ..'tak ada kisah nak masak ke???' hari dah petang.. heheh maklum ler..hari tu kita goreng nasi aje for lunch..so confirm malam kena masak apa2lah kan...So dek kerana kena pressure dengan my dad suruh masak cepat (sebab time tu tengah berfacebooking heheh.)..kita terus ambil beras dan basuh dan terus jerang atas dapur..then half way kita perasan, when baca seterusnya recipe ni rupa2nya kena tumis bahan2 kisar dan beras tu actually kena basuh dan toskan dulu...Lah!! kita dah termasak berasnya....tapi masih tunjuk cool kat depan mak kita..haha..
Terus idea pun datangggg..kita tumis darat ler bahan2 kisar tu dan segala bahan yang harus dimasukkan dalam bahan tumisan dan lepas semuanya layu kita tuang bahan2 tumisan kedalam beras/nasi yang telah mendidih tadi..SELAMAT!!! dalam hati makcik berkata..heheh

Alhamdullilah bubur lambuk pun jadilah..sedappp ..Terimakasih buat Mina kerana berkongsi recipe bubur lambuk  yang simple yet sedap ni ya..Minta izin dipanjang2kan disini pula .. 

Bubur Lambuk
Sources:-From Dari Dapur Mina
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan :
2 pot beras-(Ayu masak 3 cawan) terover sukat actually...dahlah jadi banyak..:(
1/2 kg daging
1/2 kg udang basah
1 biji karot
50 sen daun kesum-(Ayu agak2 aje)
50 sen daun selasih-(Ayu agak2 aje)
2 helai daun kunyit-(Ayu gunakan 3 helai)
RM 1 santan-(Ayu gunakan 2 kotak santan pekat)
50 sen daun bawang
50 sen daun sup
bawang goreng
2 biji telur ayam
lada hitam
garam + serbuk perasa 
1 cube ayam -(Ayu tambah)
minyak untuk menumis.

Bahan-Bahan Kisar : 

1/2 inci halia
2 biji bawang putih -(Ayu gunakan 4 biji)
1 labu bawang besar.-(Ayu gunaka 2 biji)
Beras perlu dibersihkan dan ditos, daging perlu dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk.(Ayu rebus dengan sedikit halia kisar) Air daging akan dimasukkan ke dalam masakan bubur nanti. Udang perlu dibuang kulit semuanya dan dicuci lalu ditoskan. Daun kunyit perlu dihiris halus. Daun kesum dan daun selasih perlu dicabut sehelai-sehelai, karot perlu dipotong dadu. Lada hitam perlu ditumbuk. Telur perlu digoreng dadar nipis dan dipotong nipis. Daun bawang dan daun sup perlu dimayang halus.


Kaedah Memasak : 

Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga berbau. Masukkan udang dan kacau sebentar. Masukkan pula air. Masukkan beras yang telah ditos tadi. Masukkan daging yang sudah empuk bersama airnya sekali. Masukkan daun kesum, daun selasih, daun kunyit dan karot. Masukkan santan dan jika kurang air, sila tambahkan air lagi. Masukkan garam dan serbuk perasa. Jangan lupa taburkan lada hitam yang telah di tumbuk tadi. Kaedah memasak Bubur Lambuk ini Mina namakan  'melebur' atau 'mencampak'. Tunggu hingga nasi menjadi bubur. Kemudian sila rasa tahap kemasinan dan kesedapannya. Jika semuanya sudah tip top, bolehlah dipadamkan api dapur tersebut.

Cara Menghidang :

Masukkan Bubur Lambuk ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Kemudian, taburkan pula hirisan telur dadar. (Ayu tambah hirisan cili merah + kacang tanah goreng)Taraaaaaaa...Hidangan Bubur Lambuk anda telah pun siap. Selamat Mencuba!!

Chocolate Almond Crunchies

Nampak recipe ni dishare difacebook, macam bekenan, sebab bahan2 semuanya ada dirumah..nak buat pun macam senang aje..So tanpa berlengah kita buat ni during last last weekend and here it is..sedapp, rangup dan yang pasti anak2 kita suka makan..walaupun ada almond kat dalamnya tu dia orang tetap suka sebab bercoklat, basically dia orang tak perasan kot ada kekacang dalam cookies ni..hehe...Terimakasih buat puan/tuan punya recipe..minta izin dipanjang2kan disini pula ya...

Chocolate Almond Crunchies
Sources:-From World of Baby Cakes
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
220gm butter
160gm brown sugar
220gm cake flour
 
240gm rolled oat
1tsp baking powder
100gm choc chip

80gm chopped almond

Melt butter & brown sugar dlm piuk direct atas api.
Campurkan sume dry ingredients. bila butter n brown sugar dh melted tuang ke dlm dry ingredients. kacau pakai senduk yaa...coz panas.
Selepas tu buat bulat2  dan bakar.(Ayu gunakan ice cream scoop yang paling kecil) temp 150C around 30mins.

*Tips utk kukis ni...bila biar lama sket doh akan dry....so renjis air sket2 kat doh sampai leh bulat2 kan.

Ayam Goreng Bumbu Kuning

Bila tengok dalam freezer, ada ayam lebih dari ikan..asik dimasak berkuah aje..so this time, kita nak goreng ayamlah..tapi tak nak yang selalu kita buat..hehe..nak tukar selera dan nak cuba recipe baru pulak..hehe..itulah yang selalu kita ambil risiko bila memasak recipe baru ni..kadang2 kalau nasib baik oklah lauk yang dicuba tapi kandang2 nasib tak baik..siaplah kena bombard..hehe..sabor ajelah kan..
As for this, alhamdullilah..cuma this time round kena ada extra step sikit..kena rebus dulu baru digoreng..Rasanya ayam ni macam ayam kalasan yang pernah kita buat dulu sebelum ada blog..kena rebus dengan rempah2nya hingga airnya kering barulah diangkat dan digoreng..
Overall sedapp pada kita dan suka dengan kerak2nya tu..Terimakasih pada puan punya recipe for this..


Ayam Goreng Bumbu Kuning
Sources:-From Aprilisa's Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:

1 whole chicken, cut into 8 pieces-(Ayu washed and added lime juice)
1 piece of lemongrass, take only the white part, and crush it.-(serai diketuk)
2 salam leaves (indonesian bay leaves)-(daun salam)
salt + msg -(Ayu added)
1 cup of water
oil for deep frying

Grounded spices:
6 garlics
5 candle nuts-(Ayu used 3 only)
1 tsp coriander seeds-(Ayu used 11/2 tsp)-(ketumbar)
2 inches fresh turmeric (1/2 tsp turmeric powder)
3 inches galangal-(lengkuas)
2 inches ginger
1 tsp white pepper-(Ayu used 1 tbsp)-(lada putih/sulah)
4-5 shallots-(Ayu added this)
1 tbsp chili paste or powder-(Ayu added this)-(cili kisar atau serbuk)

Marinate the chicken pieces in the pasted-spices for about 1 hour. In a pot, boil the chicken along with the spice paste with low heat. Add salt, lemon grass, salam leaves and water. Cook with a lid until all the water has gone in low heat.
Remove from stove and let it cool.


Heat enough cooking oil in a pan. Deep fried the cooked chicken pieces until golden yellow. Remove from oil, and drain it with kitchen towel.



Udang Masak Nenas

 Dah lama tak masak udang..especially udang yang size besar macam kat atas ni..Then surf cari recipe udang yang tak pernah kita cuba buat..ternampak yang ni..dan kebetulan ada nenas satu biji kecil..so decided nak cuba ..Alhamdullilah macam sweet sour rasanya..Nak masak pun simple dimple..sekejap aje dah siap..terimakasih Princessharyati for sharing ya..dah lama tak dengar khabar..

Udang Masak Nenas
Sources:-From Princessharyati 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan-bahan ( 4-5 orang )


  • 12 ekor udang besar-(Ayu gunakan 18 ekor size XL)
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)-(Ayu gunakan nenas fresh satu biji kecil)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili sos)
  • Daun bawang
  • Gula dan garam

Cara-cara


  1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
  2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
  3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

Telur Burung Masak Palembang


Lauk yang dah ramai mencuba dan memuji2 kesedapan rasanya..kita baru nak mencuba, bila nampak kat dapur teman2..aduh ghairah betul nak cuba..tapi bila tengok sukatan kicap manis dalamnya tu macam tak confiden gitu..sebab kita ni kurang sikit kalau lauk yang manis2..then tanya dengan Nor Terengganu ..she suggested kicap tu dicampur dengan kicap masin..tulah ingat kita nak buat macam tu juga..so kita pun cubalah..nak cuba kat daging or ayam, kebetulan hari2 sebelum tu dah makan daging dan ayam, then nampak Yatie ada cuba buat gunakan telur..so ikut Yatie ajelah..tapi kita gunakan telur burung..Oklah juga rasanya..mungkin kalau gunakan daging dan ayam lagi sedap sebab gunakan telur pun dah sedap...

Yang dah cuba recipe ni yang kita ingat dan nampaklah ya..kalau tak silap, Madiha, Sabar, Wana, Mas dan lain2 yang tak sure siapa lagi..boleh update kita ya siapa2 yang dah cuba tu..
Terimakasih buat semua dari puan punya recipe hingga ke Amie yang memperkenalkan lauk ni, buat Yatie yang creative yang telah ubahkan ke telur dan semua semua yang telah mewar2kan menu ni ya.. berbanyak terimakasih..kini giliran kita untuk update ke dapur maya ku ini..

Telur Burung Masak Palembang
Adapted from Daging Masak Palembang & Telur Masak Palembang
Sources Adapted from:- Maria Hakem via Amie
Sources:-From Yatie@Sinar Kehidupan ku
Tried & Tested:-Ayu@Curlybabesatisfaction


Bahan-Bahan:

  • 10 biji telur ayam- di rebus-(Ayu gunakan 30 biji telur burung)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis -(Ayu gunakan 3 sudu besar kicap manis + 5 sudu besar kicap masin)
  • minyak utk menumis

Bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 1 cawan cili kisar-(Ayu gunakan 4 sudu besar cili kisar)

Bahan Tumis

  • 3 cm kulit kayu manis-(Ayu gunakan sedikit aje)
  • 1 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 3 kelopak aje)
  • 2 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 1 biji aje)
  • 2 biji buah pelaga-(Ayu gunaka 1 biji aje)
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah-(Ayu gunakan 1 biji aje)

Cara Memasak

  1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.  
  2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
  4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra.
  5. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.  
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.


Burger Banjo Lada Hitam

Burger Telur atau Egg Banjo macam ni..selalunya my mum yang suka makan..yalah kalau burger yang ada daging atau ayam tu cuba pelawa kat dia..dari jauh aje dah cebik muka tak nak..heheh..
Yang ni kita buat untuk kita...buat untuk sahur hari tu..hehe...jadilah makan ni dah kenyang sebab penuh dengan sayur dan cheese serta fries..Walaupun recipe simple, tapi nak letak juga..sebab mana tahu bila kita tak ada anak2 bolehlah rujuk recipenya kat blog mamanya ya tak?...Terimakasih puan punya recipe ya..:)

Banjo Lada Hitam
Sources:-From fiverul@myresipi 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 1 Biji )
  • 1 biji roti burger (apa2 jenama pun boleh)
  • 1 biji telur ayam
  • Majerin
  • Sekeping keju (optional)
  • Kacang pangang Yeo's (optional)-(Ayu tak buat ni)
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Sos cili Thai
  • Sos perasa Maggie (seasoning)
  • Hirisan tomato, timun, bawang besar dan lobak merah
  • Daun salad

Cara-cara

  1. Panaskan kuali (non-stick pan) dengan beberapa titis minyak masak.
  2. Sapu majerin pada bahagian dalam egg ring (acuan telur) dan letakkan dalam kuali.
  3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam egg ring. Titiskan beberapa titik sos perasa dan serbuk lada hitam.
  4. Tunggu hingga telur mengeras dan keluarkan dari egg ring. Terbalikkan telur seketika, kemudian bolehlah diangkat.
  5. Sapukan mentega pada roti yang telah dibelah dua dan bakar seketika atas kuali.
  6. Angkat roti tersebut dan susun dengan elok daun salad, hirisan tomato, timun, bawang besar, lobak merah dan keju. Tuangkan sos cili thai dan kemudian letakkan telur di atasnya.
  7. Letakkan sedikit kacang panggang di atas telur dan tuangkan mayonis serta sos cili thai. Kemudian boleh lah di letakkan bahagian atas roti di atasnya.
  8. Untuk hasil yang lebih kemas, saya lebih suka balutkan seketika benjo dengan kertas pembungkus burger untuk memadatkan kandungan bahan dalam benjo tersebut. Lagi mudah untuk di makan, lebih sedap untuk di nikmati.. :)

Nasi Goreng USA & Daging Masak Merah II


Nasi Goreng USA, dah lama dengar..tapi baru nilah nak cuba..Kebanyakkan yang buat nasi goreng ni..selalunya kita tengok dia orang gandingkan dengan lauk daging masak merah..Kebetulan bila kita masak ni..kita memang dah buntu dan malas betulll nak masak..dan lauk dalam fridge tinggal daging alat2..so tercetus terus nak masak ni..Orang goreng telur cantik aje..kita goreng telur tak pass lagi..heheh..Walaupun ramai yang dah cuba masak ..tapi kita nak letak juga recipenya disini sebab untuk buat rujukan sendiri dan masa akan datang..Terimakasih Raidah for the recipe yang sedap ni, minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Nasi Goreng USA
Sources:-From Resepi Raidah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)

1/2 cube ayam-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.


Daging masak merah yang ni kita rebus dengan pewarna merah..compared to the last Daging Masak Merah which I did not add pewarna..This time, bila kita add warna merah..my mum cakap 'takut aku nak makan merah sangat'..adeh sabor ajelah kan..hahah tapi anak2 kita suka sangat combination of Nasi Goreng USA kat atas tu memang ngam betul..Terimakasih puan punya recipe ya..sedapp..:)

Daging Masak Merah II
Sources:-From Dyna@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan (2-4 orang)

  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau-(Ayu gantikan lada hijau aje)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  •  2 s/b sos tomato 
  •  2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...-(Ayu letak kacang panjang)

Cara-cara


  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

Nasi Komok Burung Puyuh & Kerabu Mangga


Ermm nasi komok again???..Well, this dah jadi favourite my family dah..including Mr Hubby...Kali ni masak nasi komok digandingkan dengan burung puyuh..dan using upgraded version yang telah dikongsikan oleh Azian..If were to compare ayam dengan burung..honestly we prefer burung dari ayam for this nasi....Tengok tu, 20 ekor burung puyuh..just for 7 of us..yalah burung kan kecil..so 1 orang 1 ekor memang tak cukup..haha..so kena at least 2 ekorlah kan..
Oh ya kalau teman2 yang diSingapura ni nak tahu mana kita dapatkan burung puyuh ni..You guys boleh pergi ke Farmart ya..cari kedai 'Uncle William'..kedai ni ada jual burung puyuh halal ya..so siapa2 yang nak beli tu bolehlah check it out ..

Nasi Komok Burung Puyuh- Upgraded Version
Sources:-From Azian Collections
Tried & Tested:- From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam -(Ayu gunakan 20 ekor burung puyuh)
3 sudu besar rempah Komok
4 cawan beras basmathi -(Ayu gunakan 6 cawan beras)
6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air -(Ayu gunakan 9 cawan air -61/2 cawan + *1 cawan susu.untuk masak nasi then - 3 cawan untuk blender sos cili)
1/2 tin susu cair -(Ayu gunakan *1 cawan dari sukatan cawan untuk beras)
Rempah Penumis
(1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih)-(Ayu gunakan 1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih)

6 ulas bawang merah*
(2 ulas di mayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
3 ulas bawang putih*
(1 ulas dimayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
1 1/2 inci halia
(1/2 inci dimayang halus)-(Ayu hiris nipis semuanya)
2 sudu minyak sapi
2 sudu marjerine-(Ayu gunakan butter)
2 sudu minyak masak
1 cube stok ayam-(Ayu tambah)

BAHAN UNTUK SOS
-(Ayu gunakan 3 cawan air dari merebus ayam/burung tadi)
 8-10 ulas cili padi-(Ayu gunakan segenggam)
2-3 biji cili merah-(Ayu tak gunakan ini)
3 biji bawang putih -(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
5 tangkai daun ketumbar
2 sudu cuka-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
garam dan gula secukup rasa -(Ayu gunakan 1 sudu besar gula + garam)


CARA PENYEDIAAN:-
1. Potong ayam(selalunya saya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda *-(Ayu hiris nipis).
3. Panaskan minyak sapi, marjerine. dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah di mayang halus masak sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula rempah komok yang telah di bancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air(9 cawan air tadi).
5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar  serta sedikit daun ketumbar)
6. Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini saya lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)-(Ayu lumurkan dengan bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar, cili kisar, kunyit serbuk, garam + perasa +1 sudu besar rempah komok)
7. Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering.
8. Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos. 
9. Masukkan beras kedalam periuk nasi dan curahkan kesemua bahan dan air rebusan ayam tadi.
10. Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.
11. Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang di ketepikan tadi. 
12. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga kuah agak pekat.
13. Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.

# Enak juga dimakan bersama kerabu mangga.
Penggunaan marjerine melembutkan lagi nasi.


This time, kita gandingkan juga dengan kerabu mangga..wah memang complete set lah kiranya ni...kerabu mangga ni kita adjust ikut selera tekak kita ya..so kalau teman2 nak cuba..adjustlah mana yang patut dan juga ikut selera masing2..

Kerabu Mangga versi Ayu

Tried & Tested: Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
2 biji mangga muda yang mengkal dibuang kulitnya dan shredded
*2 biji bawang putih ditumbuk halus
*3 sudu besar udang kering direndam dan tumbuk halus
segenggam cili padi atau ikut kepedasan ditumbuk kasar atau  dihiris
beberapa bawang merah(kecil) dihiris nipis
ikan bilis digoreng ikut suka berapa banyak
kacang goreng ikut suka berapa banyak
2 biji jus limau sambal
4 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula

Gaulkan semua bahan hingga rata..Rasa apa yang patut dan hidang secepat mungkin. Kalau dah lama takut nanti mangga jadi lembik dan tak rangup lagi..
 

Monday, April 15, 2013

Chocolate Tiramisu Cake

Alahai kalau nak dibandingkan kek2 yang kita buat semuanya still not up to standard lagi..maklum ler..masih struggling lagi ni...Nak ikutkan memang segan nak tayang..especially kalau nak dibandingkan dengan teman2 blogger yang dah tentu sifu2 dan teratin aje buatan kek2 yang dipamerkan diblog masing2...Tapi tak apalah, kita  nak letak juga..hehehe..sebab nak buat kenangan dan rujukan untuk masa akan datang..Kek ni was for my birthday on the 10th April yang lalu..kali ni kita nak cuba kek yang belum pernah kita cuba buat..dan kita kurang pasti anak2 atau the rest of the penghuni will makan or not..Basically kita gamble ajelah buat kek ni...
Yalah since its my birthday I decide what what for myself untuk keknya tu..

Pernah satu ketika dulu kita buat Tiramisu for dessert..yang tu ada sedikit masam sebab gunakan yogurt dan menggunakan swiss roll yang ready made. This time, recipe sebenarnya, adalah kek sponge badam..tapi bila kita study bahan2nya macam strange pulak sebab tak gunakan minyak atau butter..So kita tak mau ambil risiko part itu, kita goggle another recipe tapi masih menggunakan recipe coklat cream & expresso syrupnya.. This cake, kita buat tambah lagi 1/2 adunan dari recipe asal, so dapatlah tinggi sikit keknya tu..Kejadian kek ni ada sedikit mampat dan setelah disapu sirap kopi tu ia menjadikan kek itu lembut dan goes well with the coklat filling..
Shukur alhamdullilah..kek ku anak2 dan yang lain makan kau!!..hehehe.. Quite surprising Iqram did asked for a plate on the cake cutting day and the following day..and the next following day..
Begitu for Marsya balik sekolah dia makan kek lah juga.. 

Krim coklat tu bila dah dibancuh..it yields quite a lot..Kita managed to bake another small 8' cake(1 adunan) for my friend yang sambut birthday nya juga the day before me..So for the krim, agak2lah banyak mana nak buat ya..Kalau buat 1/2 adunan then pandai2lah juga bagi2kan filling dan frosting kat luar tu, bearing in my mind kalau nak buat deco sikit2..

That Chocolate Cake
Sources Adapted From:- Tastespotting.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ayu used 11/2 amout for this.
Ingredients:-
2 cups granulated sugar-(Ayu used 13/4 cups ~ 395g)
1¾ cups all-purpose flour-(Ayu used 294g)
¾ cup unsweetened natural cocoa powder-(Ayu used127g)
1 teaspoon salt-(Ayu used 11/2 tsp)
1½ teaspoons baking powder-(Ayu used21/4 tsp)
½ teaspoons baking soda-(Ayu used 3/4 tsp)
2 large eggs, lightly beaten-(Ayu used 3 eggs)
½ cup canola oil-(Ayu used 172g melted butter)
1 cup whole milk-(Ayu used 11/2 cup)
1 cup boiling water-(Ayu used 11/2 cup)



Method:-
Position a rack in the center of the oven and preheat the oven to 350 degrees F. Lightly butter the bottom of two 9-inch round cake pans. Line the bottom with parchment paper, then butter and flour the parchment and the sides of the pans.
In the bowl of a stand mixer fitted with the paddle attachment, combine the sugar, flour, cocoa, salt, baking powder, and baking soda, mixing on low speed. Mix in the eggs, oil, and milk.
Increase the speed to medium and beat for 2 minutes. Reduce the speed to low and mix in the water. The batter will be soupy.
Divide the batter evenly between the cake pans. Bake for 30 to 35 minutes, or until a skewer inserted in the center comes out clean.
Remove from the oven and cool on a cooling rack for 5 minutes, then turn the layers out onto the rack and cool completely.


 

Expresso Syrup:-(Lain kali I just wanna use 1/2 of this)
Sources  From:-Pastry Chef Hisham Atan 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
30g serbuk Nescafe
*100ml air
*100g gula castor
*(Didihkan kemudian masukkan serbuk nescafe)

Krim Coklat Mascoporne:-(Lain kali use 1/2 or 3/4 of this)
250g gula caster-(Ayu gunakan 200g aje)
70ml air
150g kuning telur-(Ayu gunakan anggaran 8 biji telur besar, buang sedikit)
500g keju mascoporne
30g serbuk gelatine digaul dengan 3 sudu makan air dan dilembutkan dengan kaedah 'double boiler'
200g dark chocolate couverture
100g milk chocolate couverture
500g whipped cream

Cara Membuat Krim Coklat Mascoporne:-
Didihkan gula dan air. Kuning telur dipukul. Tuangkan sirap yang mendidih kedalam kuning telur dan pukul lagi dengan kelajuan nombor '2'(Ayu gunakan medium speed) sehingga ia benar benar sejuk. Masukkan keju mascorpone beserta gelatine lembut dan pukul lagi. Cairkan kedua dua jenis coklat berasingan, kemudian tuangkan kedalam adunan keju. Pukul whipped cream dan gaulkan dengan adunan keju/coklat.

Cara Menyusun Kek:-
Letakkan satu lapis kek didalam kek ring. Basahkan dengan sirap kopi. Ratakan diatasnya dengan krim coklat/mascoporne. Lapiskan diatasnya sekeping lagi kek dan ulangi apa yang dibuat tadi. dengan lebihan kek dan krim coklat/mascoporne tadi. Ratakan dengab permukaannya. Kemudian bekukan didalam peti sejuk. Keluarkan dari acuan, tabur diatasnya serbuk koko dan hias ikut cita rasa sendiri.