Ayam Goreng Berempah Mamak Penang
Ayam goreng yang sangat sedapp..between last year to this year..I think kita dah buat lebih dari 10 kali..tapi baru ni ada kesampaian nak masuk kan dalam blog..goreng ayam guna recipe ni waktu open house tahun lepas ..tetamu yang datang semuanya tanya & minta recipenya..sehinggalah tetamu yang sama datang tahun ni kita masih tak sempat nak kasi lagi sebab mostly yang tanya tu are Mr Hubby & my Chinese friends..hehe..I told them recipe dalam bahasa Melayu nak kena convert to English belum ada time lagi ..hehe...ah ni dah masuk blog boleh kasi dia orang linknya then suruh google translate kan for them..:)
Rasa2nya ramai juga yang dah cuba recipe ni..tapi kita baru nak masukkan dalam blog.. tak apalah kan..better late than never ....Terimakasih Tuan for this this recipe..kita panjang2kan disini pula..:)
Ayam Goreng Berempah Mamak Penang.
Sources:- Balan
Nambiar
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi
Kandar).
· 4 Sudu
besar Tepung Ubi Kayu.
· 2 Sudu
besar Tepung beras.
· 1 Sudu
besar Tepung jagung.
· 1 Sudu
kecil serbuk lada putih.
· 1 Sudu
kecil Serbuk kunyit.
· 2 Sudu
besar Serbuk Kari Daging.
· 1 Sudu
besar *cili kering yang dikisar halus.
· 3 Sudu
besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″
(inci).
· 3 Tangkai
daun kari dipotong halus.
· 1 Kg.
Minyak untuk goreng.
· Garam
Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan
dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam
bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan
ayam didalam bekas. .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan
halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan
di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk
kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan
T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan
serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat
boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat
perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari
ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan
agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal
ketulan ayam.Peram20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan
ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan
goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan
jangan terlalu banyak dan sedikit. .Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25
minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula
terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil
masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah
dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan
mula terapong.
6 comments:
Looks good, Ayu! I love this type of ayam goreng yang ada rempah. Bookmarked to try! Thanks for sharing :)
enak ini kak... boleh deh kapan2 saya coba ya kak... semakin banyak resep baru semakin ingin dicoba semua ha ha ha... jadi antri dulu resepnya
sedapnyer...
Phong Hong
Thank you PH, yes should try this...:)
Monica
ya Monica, memang harus dicuba ni..sedapp..akak dajh cuba banayak kali tau..
suka dengan recipe ini..hehe:)
adda
thank you adda
Post a Comment