Masak ni, sebab nak cepat masak untuk dinner....sebab dah petang..lunch kita tak masak sebab lebihan lauk sehari sebelumnya masih ada ..so clearkan lauk tu dulu...masak pun sikit aje untuk Mr Hubby & my dad..so inilah hasilnya..walaupun simple aje masakkan ni..kita nak post juga dalam blog ini..:)

Ikan Kembung Masak Pindang
Sources:-Rasa
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ikan kembung
  • 4 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • Beberapa biji cili api
  • 1 batang serai | dititik
  • sedikit kunyit serbuk -(Ayu tambah)
  • 2 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, asam keping, cili api, kunyit serbuk dan air ke dalam periuk.
2. Kemudian, masak sehingga mendidih.
3. Selepas itu, masukkan ikan kembung dan perlahan api.
4. Setelah ikan masak, masukkan garam, kacau dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.