Monday, December 19, 2016

Brokoli Goreng Chap Chye

Brokoli pula this time..goreng  chap chye..tambah telur burung, tauhu jepun & hirisan lada benggala..sedap juga kalau nak lawankan dengan nasi ayam..tapi kita makan gitu aje..makan ni sepinggan dah kenyang..nasi sesenduk aje...

Brokoli Goreng Chap Chye
Tried & Tested:-Ayu@curlyabbesatisfaction
Bahan:-
2-3 tongkol brokoli dipotong ikut suka

2 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris 
10 biji telur burung
21/2 biji lada merah benggala
6-10 ekor udang
2-3 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil tepung jagung + air  (bancuh)
2 batang tofu jepun dihiris dan goreng ketepikan
11/2 sudu besar bawang putih kisar
garam + perasas secukupnya

Cara:-
Potong brokoli & rendam dalam air garam sebentar(untuk bunuh bacteria dalam sayur)
Panaskan minyak, tumis bawang bawang besar hiris & bawang putih kisar hingga naik bau. Masukkan oso tiram & udang. Masukkan brokoli yang telah dibilas dan toskan tadi. Gaul rata, tambah sedikit air. Masukkan lada benggala, telur burung & tofu jepun tadi. Gaul hingga sekata. Masukkan bancuhan air tepung jagung, garam & perasa. Gaul lagi hingga sebati. Matikan api siap untuk dihidang.


No comments: