Thursday, December 15, 2016

Daging Goreng Halia II

Macam biasa, kalau hujung minggu, mulalah bingung nak masak apa, sebab semua rakyat jelata ada kat rumah..first akan tanya Mr Hubbylah..tanya dia nak masak apa, supaya kasi idea sikit..so macam biasa juga masak DAGING lah  modal dia..hahaha..but this time round nak Daging goreng halia..dah lama juga tak masak daging macam ni...so decided to google recipe dan terbekenan dengan recipe dari Nor Terengganu ni... kita adjusted ikut selera & cara2 membuatnya to my convenience...tambah apa2 yang patut & apa ada dalam fridge..
Alhamdullilah semua kata sedapp..habis tak ada balance pun..Terimakasih Nor..for the recipe..

Daging Goreng Halia II
Sources From : Nor Terengganu
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging dihiris
5 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar halia kisar
(Bahan diperap)

1 labu bawang putih diketuk
1/2 biji lada benggala merah dihiris
1 ikat daun bawang dipotong 1 inici panjang
2 biji bawang besar dipotong baji
2 inci  halia dihirs nipis
1 biji tomato dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar lada hitam kasar
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Perap daging dengan bahan2 perapan. Rebus hingga empuk. Panaskan minyak goreng daging hingga bertukar warna dan garing sedikit. Ketepikan ditepi kuali. Tambah minyak kalau kurang. Tumis halia bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirian tomato, sos tiram, lada hitam kasar serbuk lada hitam. Tambah sedikit air kalau kering. Perasakan garam secukup rasa. Gaul rata. Masukkan lada benggala, kacau rata hingga layu. Akhir sekali masukkan daun bawang, gaul rata & matikan api.Siap untuk dihidang.

4 comments:

Phong Hong said...

Ayu, this is so yummy! So far PH kalau masak daging it is only curry or stew. Stir fried dah try sekali but the daging is tough. Maybe I bought the wrong cut or did not cook properly.

Nooriah Abdullah said...

Alahaiii Ayu daging ni diratah pun sodap ni
Bedt daging dimasak mcm ni lebih terasa manis nya daging tu kan Ayu

Ayu said...

Phong Hong
kalau kat spore ni I kalau beli daging..I will ask the butcher for 'daging goreng' daging yang lembut dan tak banyak urat or lemak.. kalau you nak goreng daging you kena rebus dulu kasi dia empuk then boleh goreng..kalau tidak daging akan jadi liat or keras..kalau nak terus goreng, kena guna 'daging batang pinang'..kalau nak masak kari then you can ask for daging untuk masak kari...:)

Ayu said...

Nooriah
aah kak noor memang betul daging goreng macam gini kadang2 tak jadi lauk..buat ratah2 aje..hehe...:)