Friday, November 12, 2010

Kari Ayam Kering Ala Rendang

 Masih lagi lauk hari Isnin yang lalu...sedap kari ni, my dad puji dan bertambah2 dia makan..tapi I masak cair sikit sebab nak berkuah dan makan dengan nasi putih aje..recipe dari CMG,yang gandingkan lauk ni dengan nasi dagang... kebetulan hari tu nampak juga dirumah Yatie  pun masak lauk ni...kari ni sedap juga dicicah dengan roti, dan sewaktu dengan nya..Thank you CheMat, akak letak recipe nya juga disini ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.-(Ayu hidangkan dengan nasi putih biasa aje)
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

Asparagus Goreng Belacan

Salam, asparagus ni telah dimasak pada hari Isnin lalu, disebabkan beli sayur ni sebelum pergi holiday, kita cepat2 masak sebelum dia jadi rosak..Mr Hubby yang letak sayur ni dalam my groceries basket sebab dia teringin nak makan, katanya good for the kidney..betul ke?..apa2 pun sayur omputih ni, kita goreng dengan belacan, jadikan dia sayur melayu..hehehe after cooking dia ratah gitu aje..

Ingredients:-
200g asparagus-dipotong panjang
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar cili kisar
2 cm belacan bakar
sotong & udang
sedikit garam& perasa

Method:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan belacan.Biarkan hingga garing dan masukkan sotong & udang. Perasakan dengan garam(kalau perlu) & serbuk perasa. Masukkan asparagus dan gaul hingga sayur lembut dan masak. Hidangkan

Thursday, November 04, 2010

Bihun Goreng Kunyit

Ok since esok holiday, bolehlah goreng mee hoon kunyit ni for breakfastkan...I made this last Sunday, first time tengok,dari dapur Madiha yang pandai masak walaupun sibuk bekerja dan beranak kecil, lepas tu ambik order lagi masih sempat masakkan keluarga masakan yang sedap2 (kalau kita dah lama pengsan..hehe)..... terus terpikat dan terus buat the following day...

Sedap mee ni sebab kelainannya menggunakan kunyit.....selalu nasi goreng kunyit, ayam goreng kunyit, dan lain2 yang berkunyit tapi mee goreng kunyit?..inilah pertama kali  kita buat...Thanks ya Madiha...my mum tanya kenapa kita tak goreng mee ni dulu2..Then I said, sebab baru terjumpa recipe ni..haha....then I also said, this was from the same blogger yang kasi recipe mentarang tulah....
 Semua bertambah2 makan mee ni..dari ke Mr Hubby to my parents to my boys... Kuali dah basuh bersih ada orang tanya mee ada lagi tak..hahaha....

Ok, mungkin ni entry terakhir minggu ni sebab this weekend kita nak pergi jalan2..Since budak2 dah habis periksa,  ingat nak drill Mr Hubby drive jauh sikit..hahaha....yalah kita pun nak distress juga..ingat orang duduk rumah tak stress ke?..hehe..


Bahan2
1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) -(Ayu gunakan semua)

2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal
2 biji telur
1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli -potong floret

2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
6 ulas bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris/ketuk

1 s/ kunyit serbuk -(Ayu bubuh 1 sudu besar)
1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)-(Ayu gunakan 1 kiub ayam)
garam & perasa
minyak utk menumis
1 s/k  lada sulah (jika suka) 

2 cawan air-(Ayu gunakan 1 cawan aje)

Cara2
-Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah  hingga wangi.
-Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata. Masukkan semua sayuran & air sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.
Sources:-From mamawandiha.blogspot.com 

Sotong Masak Serai

Salam, petang Khamis yang mendung ni..actually kita ni banyak kerja yang nak kena buat..tapi tak boleh nak tak updatekan my blog ni....sebab rasanya baru semalam masuk 1 post macam tak cukup gitu..hehe...tak apalah..masuk sikit  pun sikitlah ya..asal blog diupdatedkan...
Masak sotong serai ni semalam...maklumlah sotongkan favourite my boys, so if masak 1 lauk ni aje dah cukup for them, as for the adults, tumpanglah sekalikan...adding to other simple sayur goreng or side disheslah...

The sotong I potong macam bunga ni dapat idea dari tengok rumah Yat Maria lah hari tu..dia tayang mee dia ada pulak sotong nya munga2 mcm ni..so just potong bulat macam biasa then snip kan keliling sotong ring tu tapi jangan sampai putus.. terjadilah sotong muga2 (saja aje, tak ada koje cari koje)..heheh..

Ingredients:-
300g sotong-(Ayu gunakan 400g)
3 cili padi-(Ayu gunakan 20-25 biji..hehe)-jangan ikut saya kalau tak tahan pedas ya..
2 batang serai
200g air asam jawa-(Ayu gunakan 1/2 cawan air asam jawa)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
garam, gula & perasa secukupnya
sedikit air


Method:-
Sotong putih dibersihkan. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah dikisar dan tumiskan. Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan perasa.
Sources:-From daniadin@myresipi.com

Wednesday, November 03, 2010

Kek Gula Hangus

Ehemm ehemm, Assalammualaikum....good evening friends..you know what I missed blogging u...pass few days, cant update and cant sit for long in front of the pc...first was because Iqram's exam, which ended today..phew!....supposed to be Marsya's assesment starting on Monday, but since Saturday she was sick so didnt got to school till today, should be going to school tomorrow...already called the school they will test her when she's back in class..Hasif dah lama habis dah exam dia..alhamdullilah...so here I am, ..

Ok I made this on Saturday, for tahlil & yasinan  Mr Hubby's uncle who passed away 7 days earlier..
my mum suggested this as this cake or rather kuih is easy to make and my family's   favourite (boleh tinggal kan kat rumah sikit..hehehe..)..dah lama juga rasanya tak masukkan entry for this kuih/cake...

Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan Gula) - 230g
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)- 30g
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)- Ayu used 155g or 1/2 cup)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)- 140g
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)


Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu, sebab dah trial & error kalau digodak sarangnya tak begitu menjadi). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( Ayu gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Ayu bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)
Sources:- From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com- steps from Maklang and some of the steps Ayu added myself..