Kerabu ni kita lawan kan dengan telur goreng kicap kat bawah ni..budak2 tak makan ni..so they just makan telur ajelah..since tak masak lauk lain kerabu ni pun dah jadi side dish sebab ada ikan didalamnya.. sedappp..!!!!..
Kerabu Ikan & Belimbung Buluh
Sources:-From Sambal & Kerabu
Bahan2:-
1/2 cawan isi ikan keli bakar- (Ayu gunakan 2 ekor ikan kembung, dibersihkan dan dilumur dengan garam & kunyit, then dibakar dalam oven dan ambil isinya)
3 sudu besar kerisek
1 biji limau nipis-(Ayu gunakan 2 biji limau sambal)
6 biji belimbing buluh dihiris
1 batang bunga kantan dihiris-(Ayu gantikan sikit daun kesum dihiris)
taugeh secukupnya -(Ayu tambah)
10 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris-(Ayu tak letak ni sebab cili padi ayu dah lebihkan)
3 ulas bawang merah dihiris
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Membuat:-
Campurkan isi ikan bersama semua bahan hirisan, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata hingga sekata. Hiaskan dengan daun ketumbar dan cili hiris.Sedia dihidang.
Note:- Kerabu ni sedap dimakan selepas beberapa minit digaul..sebab bahan2 sudah meresap & taugeh dah tak rasa mentah..
Monday, August 08, 2011
Telur Goreng Kicap II
Telur goreng kicap ni adalah menu sahur hari ke empat..this time kita
masukkan sos tiram & kiub ayam untuk ubah sikit rasanya..
pernah buat disini..
tapi yang tu tak letak sos tiram & kiub ayam..bahan2 kicap dan
air tu please adjust ikut selera dan preference ya..sebab kita masak ni
main tuang & eye judgement..
Telur Goreng Kicap II
Sources:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :-
8 biji telur digoreng dan ketepikan
1 sdm sos tiram
kicap masin & manis secukupnya-anggaran 2-3 sudu besar each
1/2 kiub ayam
2 bj cili hijau/merah, dipotong serong
5 biji cili padi diketuk
1/2 biji buah tomato -(optional)
1-2 biji bawang besar, potong bulat
2 biji bawang putih dihiris
2 biji jus limau sambal
air secukupnya
garam & perasa secukupnya-(kalau perlu)
Cara-cara :-
Telur Goreng Kicap II
Sources:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :-
8 biji telur digoreng dan ketepikan
1 sdm sos tiram
kicap masin & manis secukupnya-anggaran 2-3 sudu besar each
1/2 kiub ayam
2 bj cili hijau/merah, dipotong serong
5 biji cili padi diketuk
1/2 biji buah tomato -(optional)
1-2 biji bawang besar, potong bulat
2 biji bawang putih dihiris
2 biji jus limau sambal
air secukupnya
garam & perasa secukupnya-(kalau perlu)
Cara-cara :-
- Goreng telur mata lembu , ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tapi kurangkan untuk menumis. Panaskan minyak semula dan masukkan, bawang besar , bawang putih, lada hijau/merah, cili padi dan tumis hingga layu.
- Tuang sos tiram dan kacau seketika kemudian tuang kicap. Masukkan air. Biar mendidih seketika.
- Masukkan telur goreng , dan kaup balik hingga sekata. Last masukkan buah tomato dan kacau lagi seketika. Perahkan jus limau, rasa apa yang kurang kalau perlu tambah garam & perasa then tambahkan secukup rasa.Matikan api, siap untuk dihidang.
Friday, August 05, 2011
Mee Goreng Kerang - Iftar 3
Buntu punya buntu last2..goreng mee sudah..hehe..ada isi kerang, google recipe terus keblog CheMat..
Mee goreng kerang kejadiannya..sedappppp..licin, tak cukup ..hingga menjilat siku..haha..tak lah..tapi serious memang sedap..tengok bahan2 tak gunakan bawang besar so kita ikut totally ..
Thanks Mat akak letakkan disini pula ya..untuk menambahkan lagi recipe koleksi mee didapur yang tak seberapa akak ni ya..
Mee Goreng Kerang
Sources:-From CheMat@ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)-(Ayu gandakan bahan2)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cawan isi kerang
3 ekor sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 genggam, taugeh, cuci dan toskan
1 genggam, hirisan kobis, cuci dan toskan-(Ayu gunakan daun kucai, sebab stok kobis tak ada)
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tomato
Sedikit gula
2 biji telur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Belahan limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-)
Mee goreng kerang kejadiannya..sedappppp..licin, tak cukup ..hingga menjilat siku..haha..tak lah..tapi serious memang sedap..tengok bahan2 tak gunakan bawang besar so kita ikut totally ..
Thanks Mat akak letakkan disini pula ya..untuk menambahkan lagi recipe koleksi mee didapur yang tak seberapa akak ni ya..
Mee Goreng Kerang
Sources:-From CheMat@ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)-(Ayu gandakan bahan2)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cawan isi kerang
3 ekor sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 genggam, taugeh, cuci dan toskan
1 genggam, hirisan kobis, cuci dan toskan-(Ayu gunakan daun kucai, sebab stok kobis tak ada)
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
1 camca besar sos tomato
Sedikit gula
2 biji telur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Belahan limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar sedikit mengeras dan kacau hancur. Tambah sos tomato, sos tiram, kicap pekat, sos ikan dan sedikit gula, kacau rata, masukkan kerang serta sotong. Tuang air dan biar mendidih.
- Masukkan mee dan gaul rata, tambah hirisan kobis, gaul dan tabur pulak taugeh, kacau hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sos ikan. Kacau dan boleh diangkat. Hidangkan dengan hirisan cili merah, belahan limau kasturi dan daun bawan
Onde Onde Pulut Hitam
Ok, seterusnya..ini dessert untuk iftar 3..dah aim onde2 pulut hitam ni dari last year lagi bila nampak Ika aka anak antu buat..heheh..kemarin kebetulan masuk JB, ada jumpa tepung pulut hitam ni..kita pun rembat ler..so buat for iftar hari tu..
Tapi kita punya tak cantik sebab tak ada bunga, ingatkan nak ambik bunga raya kat bawah block, leceh pulak, sebab nak kena pakai tudung ..hehe..ambik gambar pun kelam kabut, maklumler dah sibuk nak berbuka....Apa2pun terimakasih buat Alongroz & Ika for sharing this recipe..sedap, my mum suka..Izinkan kita letakkan recipenya disini pula ya..
ONDE2 PULUT HITAM
Sources:-From Alongroz, via Ika Bangkok
Bahan2
Tapi kita punya tak cantik sebab tak ada bunga, ingatkan nak ambik bunga raya kat bawah block, leceh pulak, sebab nak kena pakai tudung ..hehe..ambik gambar pun kelam kabut, maklumler dah sibuk nak berbuka....Apa2pun terimakasih buat Alongroz & Ika for sharing this recipe..sedap, my mum suka..Izinkan kita letakkan recipenya disini pula ya..
ONDE2 PULUT HITAM
Sources:-From Alongroz, via Ika Bangkok
Bahan2
- 90 g Tepung Pulut Hitam*
- 110 g Tepung Pulut*
- 2 sb Santan Pekat*
- Air+Garam secukupnyer*
- Kelapa Parut+Garam secukupnyer untuk salutan kuih
- Gula Melaka yg di potong kecik2
Cara2
- Satukan semua bhn bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yg sempurna.
- Ambil sedikit doh dan bulat2 kan kecik dan isikan dgn gula melaka yg telah dipotong kecil2 td terlebih dahulu, tutup rapat supaya doh nanti bila direbus tidak terkeluar isi gula melaka td. Buat sehingga doh habis.
- Didihkan air di dalam periuk sehingga menutupi keseluruhan buah melaka tadi, pastikan air mendidih dan masukkan doh yg telah di isi dgn gula melaka td sehingga buah melaka timbul ke permukaan air yg di didihkan tadi, angkat buah melaka yg timbul tadi dan golek2kan dgn kelapa parut yg telah di campurkan dgn garam tadi buatb sehingga habis, tunggu sejuk barulah boleh dimakan untuk keselamatn di dalam mulut ehehe...
Sambal Serai Bebola Ayam
Assalam , dan selamat pagi..eh dah tengahari..hari ni nak masukkan beberapa menu yang seharusnya dah dimasukkan semalam..tapi kerana kepenatan dan mengantuk kita masukkan apa yang sempat ajelah ..macam biasa masih tengah fikir apa nak buat untuk berbuka hari ni..huhu..
Ok ini adalah menu sahur untuk puasa hari ketiga hari tu..actually dah pernah buat sebelum ni tapi belum sempat diuploadedkan, then kali ni buat lagi..so here it islah..menu 'sekali harung'..untuk my 2 boys & orang dewasa pun masuk sekali lah..hehe..recipe dari Naz, nampak Naz buat recipe ni menggunakan ayam juga..nampak pedas tapi kita dah kurangkan sukatan cilinya so oklah pada tekak kami..Thank you Naz for the recipe, tengoklah dah 2 kali buat baru sempat nak upload..
SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan kisar :
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 30 batang cili kering (direndam)
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 6 batang serai (dihiris kasar)-(Ayu gunakan 2 batang aje)
- 1 inci belacan
Bahan-bahan lain :
- 20 biji bebola ayam-(Ayu gunakan 10 biji aje)
- 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)-(Ayu tak letak ni)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 2 batang serai (hiris nipis)
- 1 batang serai (diketuk)
- 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
- 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
- Garam
- Gula
- Minyak masak
Cara-cara :
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
- Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
- Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
- Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
