Thursday, February 28, 2013

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing

Ha..ini pertama kali masak lauk guna tempoyak..sebelum ni..memang tak terbayang atau tak terfikir langsung apa rasa tempoyak ..in fact tak teringin punn, yalah sebab dia asal dari duriankan..paham2  aje ler...hehe..Disebabkan banyak lauk pauk yang dalam internet ni yang kita tengok ada bubuh tempoyak dalam masakkan mereka, jadi teringin pulak nak mencuba..So time kita masuk JB, kemarin..kita ternampak ler tempoyak belilah juga sebab nak try apa rasa tempoyak ni kan..

Surf punya surf terjumpa lauk ni kat dapur Zalinah, kebetulan kita ada beli belimbing buluh dan tercari2 recipe apa yang kena sebab ikan tenggiri pun ada juga, cuma petai aje tak ada..
So terjadilah lauk lemak tempoyak tenggiri & belimbing ni without the petai..

Alhamdullilah, lauk ni habis hingga ketitisannya..hehe my dad suka sangat lauk ni..yalah first because lauk lemak memang dia suka..then ada letak tempoyak lagiii dia suka..hehe..
For me pulak, yang tukang masak, pertama kali makan lauk bertempoyak..boleh tahan sedap ..tak berapa rasa 'kedurianannya' tu..hehe cuma rasa masam ajelah kan..so pass, lain kali boleh dimasak lagi guna tempoyak..:)
Terimakasih buat Zalina kerana berkongsi resipi lemak tempoyak ni ya..sedapp..kita minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan masa akan datang ya..

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing
Adapted From Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing Berpetai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
6 keping ikan tenggiri-(Ayu gunakan 4 keping)
3 papan petai-(Ayu tak letak ni)
15 biji belimbing buloh
1 helai daun kunyit - dihiris halus-(Ayu carik2 aje)

2 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak
4 cawan santan-(Ayu gunakan 1 kotak santan kara, dan sedikit air aje)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi*
1 in kunyit hidup* - semua bahan*dikisar


Cara-cara :
Masukkan santan, tempoyak, serai dan semua bahan yang dikisar halus didalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan ikan dan kacau hingga masak.
Masukkan belimbing buloh dan petai. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, February 20, 2013

Talam Gurai


Sebenarnya Kuih Talam Gurai ni kita dah buat lama sebelum puasa tahun lalu, disebabkan kita tak dapat jumpa, or terlupa mana kita dah letak recipe ni, kita terpaksa tangguh dulu, sebab on the print out ada those things yang kita scribble dan adjust...Bila pertama kali kita tengok recipe ni kat dapur maya Kak Nur..macam terpanggil untuk mencuba sebab dalam bahan2nya tu ada satu bahan yang kita suka makan, eh minum, air kelapa laut..dulu waktu duduk di Kuala Lumpur (kita pernah tinggal diSentul tau tumpang rumah cousin kat sana, kalau pernah dengar Flat Sri Kelantan, ah kat situlah kita tinggal selama 2 tahun(sebelum berumahtangga)..sebab bekerja di Segambut, hari2 pergi Kerja, bergayut kat pintu bas SJ kalau tak silap(warna biru time tu), sebab bas penuh..kalau tak naik, maka lambat ler pergi kerja.., uish those were days..tak dapat ku lupakan ..heheh....

Ok back to this, kita pernah pergi Petaling street dan minum air sea coconut ni kat sana..dan lagi satu air mata kucingnya uish memang sedap ler..itu yang teruja nk cuba kuih ni..Talam ni got its own unique taste..ada rasa macam koleh2 pun ada sebab guna tepung kacang hijau(mung bean powder)..sedap ditekak kita..terimakasih Kak Nur for sharing this recipe, kita panjang2kan disini pula ya..:)

Talam Gurai
Resipi: Adaptasi dari buku One Publisher
Sumber: Nuridah Salleh
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahagian Bawah
100 gm gula pasir
100 gm tepung ubi
200 gm tepung kacang hijau
300 gm gula melaka atau gula merah
1 tsp pewarna coklat (pilihan)
1 tin kelapa laut dihiris kecil
1 tsp garam
1200 ml santan cair-(Ayu gunakan 300 santan pekat + 900 air)
2 helai daun pandan

 Cara-Cara
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam dengan
separuh dari santan cair tadi, tapis.
2. Bancuh lebihan santan bersama tepung kacang hijau, tepung ubi dan garam,
tuang air gula tadi, gaul rata.-(Ayu tapis)
3. Panaskan adunan hingga naik wap dan masukan kelapa laut. Tuang ke dalam
loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik dan kukus hingga masak.


 Bahagian Atas
30 gm tepung ubi
100 gm tepung beras
100 gm gula
50 gm sagu biji (cuci dan toskan)
250 gm air kelapa laut (1 cawan dari tin kelapa laut)
800 ml santan pekat-(Ayu gunakan 400g santan pekat + 400g air)
1 tsp garam


Cara-Cara
1. Satukan semua bahang kecuali sagu biji, gaul rata(Ayu tapis lepas gaul, baru dipanaskan) dan panaskan diatas api
perlahan hingga naik wap. Masukkan sagu biji.
2. Tuang keatas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau
hingga masak.

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah

Kalau dibulan puasa disini..nasi biryani masjid khadijah memang famouslah .. normally ia akan dimasak mengikut jualan amal melalui talian telepon, atau sebagainya..yang kita ingatlah satu resit harganya S$10 or S$15 gitu untuk satu packet nasi biryani ni...So menderma sambil beramal gitu...
Recipe yang kita dapat ni, adalah dari buku resepi Asatizah,hadiah dari my sister in law... buku recipe yang memuatkan recipe2 dari Asatizah2 diSingapura...Recipe asal dari Ustaz Ali ..yang kita tahu ustaz nilah yang akan memasak nasi biryani dimasjid Khadijah..
Recipe asal menggunakan daging, tapi kita tukar ke ayam...Macam biasa, kalau masak nasi biryani kita tak berapa suka ayam dicampur dalam nasi, sebab tak nak ayamnya hancur..so kita cuma masukkan kuah dan bahagian ayam yang tak berisi sangat aje...Cubalah, sedap tau nasi ni..

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah
Sources:-From Ustaz Ali Bin Mohamed@Buku Resepi Asatizah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan untuk Daging Biryani:-
1kg daging dipotong menjadi 10 keping-(Ayu gantikan 11/2 ekor ayam)
125g rempah biryani-(Ayu gunakan 7 sudu besar aje)
125g halia dikisar-(Ayu gunakan 20g - dalam 2inci)
125g bawang putih dikisar-(Ayu gunakan 30g - dalam 6 biji)
5 biji bawang besar dihiris- (Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada hijau dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada merah dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 aje)
100g daun pudina-(Ayu tak letak)
100g daun ketumbar-(Ayu anggaran segenggam)
4 sudu besar tomato puri-(Ayu gunakan satu tin kecil)
1 biji limau nipis diambil airnya-(Ayu tak letak)
125g bawang goreng
100g badam direbus dibuang kulit dan kisar-(Ayu gunakan segenggam aje)
100g gajus digoreng -(Ayu gunakan segenggam aje)
100g kismis-(Ayu tak ada stok)
5 sudu besar minyak sapi-(Ayu gunakan minyak biasa je, sebab terlupa..hehe)
4 biji tomato biji dibelah 6-(Ayu gunakan 2 biji aje)
100g tairu-(Ayu gunakan 3 sudu besar aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 4 aje)
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 aje)
2 inci kayu manis
garam & perasa secukup rasa
4 biji cili padi dikisar-(Ayu tambah)
air secukupnya-(Ayu lebihkan sedikit sebab nak berkuah)


Cara Memasak Daging biryani:-
Panaskan minyak. Tumis bawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan halia dan bawang putih serta bawang hiris. Masak sebentar.
Masukkan daging(Ayam) dan rempah, tomato, lada merah dan hijau. Masak hingga separuh masak.
Kemudain, masukkan tomato puri, tairu, badam kisar, kismis, daun pudina, daun ketumbar dan garam secukup rasa. Masak sehingga sempurna.
 Akhir sekali masukkan air limau nipis, bawang goreng, gajus goreng dan kacau sehingga rata. Kecilkan api. Biarkan hingga keluar minyak dan ambil kesemua minyak untuk memasak nasi.


Bahan-bahan untuk nasi biryani:-
1kg beras basmathi
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
3 inci kayu manis-(Ayu gunakan 3cm aje)
50g daun pudina
50g daun ketumbar
$5.00 kuma-kuma dicampur dengan secawan air suam-(Ayu tak ada ni so Ayu bubuh pewarna kuning dan campur dgn air aje)
1 tin susu cair-(Ayu gunakan fresh milk aje)
3 helai daun pandan
100g bawang goreng
3 liter air
1 cawan minyak daging(ayam)-(Ayu gunakan kuah dari ayam juga sikit)
garam secukupnya dilarutkan didalam air


 
Cara memasak nasi biryani:-
Air dimasak hingga mendidih. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta daun pandan.
Cuci beras, selepas itu direndam selama 1/2 jam.
Masukkan beras yang telah ditoskan dalam air yang mendidih. Rebuskan hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Daging(Ayam) biryani yang telah dimasak diletakkan didalam periuk atau rice cooker yang mempunyai muatan capacity 3 liter.-(Ayu cuma masukkan bahagian yang tak berisi, seperti bahagian tulang aje, sebab takut hancur.)
Ambil beras yang telah direbus tadi. Letakkan diatas daging(Ayam). Buat beberapa lapis dengan setiap lapisan ditaruh sedikit daun pudina daun ketumbar dan bawang goreng serta direnjis dengan kuma-kuma-(Ayu renjis dengan pewarna kuning aje).
Siramkan minyak daging tadi dan susu cair pada lapisan yang teratas.

Kerutuk Ayam &Telur


Kerutuk  atau kerutup kita pernah masak dulu tapi gunakan Udang, dan tak gunakan rempah yang macam kat bawah ni...Tak salah dulu kita ada beli rempah kerutuk tapi kalau tak salah brand adabi kot?..Tapi yang tu kita gunakan Sotong..ermm boleh kita katakan kali ni kita masak kerutuk lagiiii sedap...

Kali ni kita cuba recipe kerutuk ayam & telur ni..sebab kita ada rempah kerutuk yang diterbang  jauh nun dari Ganu..Subhanallah sungguhlah sedapppp pada kita..boleh dirate dasyat sedapnya..haha..
Tak terkata, sedapnya ni..kita masak lepas tu baunya pun harum dengan bau daun pandan dan rempah2 tu sampai masuk dalam bilik tau..heheh..Bila kita makan nasi panas2 dengan lauk ni..masyaallah..terasa memang macam kat kampung gitu, imbasan suasana kampung terus flashback gitu..hahaha...nasi berlunggun dalam pinggan..habis kau..tambah lagi sesenduk..amboi..tak ingat ada suami atau anak..heheh...begitulah pukulan kerutuk ni tau!!!

My mum pun cakap sedapp..Mr Hubby & the kids, berselera betul kita tengok dia orang makan..alahai berbaloi lah kira masak lauk ni!!!...Terimakasihlah  buat teman yang menghantar rempah ni pada kita ya..
hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baik mu itu.. 
Oleh kerana, rempah datang dari Ganu, kenalah cari recipe dari Ganu juga kan..so kita cuba recipe kerutuk ayam dari dapur maya Nor Terengganu..., minta izin ya Nor dipanjang2kan recipenya disini pulak..memang bestlah recipe ni..basically both recipe & rempah sudah menjadi my family favourite ler..Apa yang tinggal rempahnya tu kenalah guna cermat2..heheh..:)
psst..kalau dah habis nak order lagi boleh tak?..hehehe

Kerutuk Ayam & Telur
KERUTUK AYAM K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan:-
1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)-(Ayu guna ayam griller so kecil sedikit)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas-(Ayu guna REMPAH ASLI KAMPUNG -Dayang Suri, dari Terengganu-Sedapppp)
1 cawan santan fresh-(Ayu gunakan 1/2 santan pekat dari 200ml kotak)
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
2 sudu besar kerisik-(Ayu gunakan 11/2 sudu besar aje)
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2-(Ayu campak cili padi merah buat kunyah..heheh)
nisan/gula melaka-(Ayu guna gula melaka sebesar ibu jari)
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup




Cara:-

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan
angkat dan toskan.
(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)


# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.


Sambal Ikan Bilis & Kacang

Teringin pulak nak makan ni hari tu..kebetulan kacang tanah dalam pantry pun macam dah lama beli tapi tak gunakan, so before expire baik kita make use of it....entah kenapa nak makan ni pulak..selalunya kalau kita masak bubur, kita akan gandingkan lauk sambal ni..mungkin juga kita suka buat ratah2 gitu2 aje depan tv..hehe...Budak2 suka cemil2lan potato chips, chikadees, twisties...mak budak cemil2 menu ni..hehe..buat banayk sikit bubuh dalam botol dan bila2 nak makan just scoop ajelah or bila2 tak ada lauk , boleh juga lawankan dengan nasi panas2..:)

Lain kali nak cuba buat dengan kerepek ubi pulak ler, just guna recipe ni ..bukan apa, kita pernah buat kerepek ubi pedas tu..tapi silapnya bila letak bawang dalamnya, kerepek ubi jadi lemau after sometimes....so this time dah tahu dah no bawang just cili, cuka, gula dan belacan sikit..well ini pada pendapat dan tru my observations ajelah ..kot2 mana tahu ada kawan2 yang dah cuba letak bawang tapi masih maintain kerangupannya tu..ataupun mungkin juga masukkan kerepek ubi bila sambal dah sejuk tak tahu pulak ...:)

Sambal Ikan Bilis & Kacang
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 cawan kacang tanah digoreng ketepikan
2 cawan ikan bilis dibelah dua buang najisnya digoreng dan ketepikan
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan gula
3 sudu besar cuka
1 sudu kecil belacan serbuk
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak, tumis cili kisar bersama belacan hingga naik bau dan garing. Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan gula, gaul rata, kemudian cuka gaul lagi sehingga sebati. Agak2 sambal dah agak kering, matikan api.Tunggu ia sejuk sekejap. Masukkan ikan bilis & kacang tanah goreng tadi. Gaul hingga sekata dan siap untuk dihidang. Boleh disimpan dalam botol kalau ada lebihan untuk makan lain kali.