Monday, August 16, 2010

Bebola Roti Goreng - 5th Day Iftar


Actually semalam, we buka puasa dengan lontong, paru goreng, ayam goreng and onde2, tapi, sebab dah selalu nah I tayang lontong so I tak masukkan lah untuk iftar hari yang 5 ni ya..tapi I just upload this bebola roti goreng menu sampingan yang I buat...selalu buat jemput2 roti, kali ni I try this bebola roti pulak..something different jugalah pada kita...recipe taken from Lizahanum
Thanks  Liza for sharing, akak c&p kat sini pulak ya..
 
Ingredients:-
14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
minyak utk menumis

Method:-
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 
Sources:-From lizahanum.blogspot.com 

 

7 comments:

Kerull @ Kay Enn said...

Salam k.ayu..wah sedapnya bebola roti goreng tu...hu hu mesti di try ni..lapornya,sabar2...he he he

Ayu said...

kerull - walkslm, cubalah kerull, actually akak buat dah 2 kali tau..sebelum puasa dah cuba memang sedap ler pada akak..hehe

Sizuka said...

salam ayu,

mintak maaf sangat2, sebab terlambat nak wish selamat berpuasa. for the past 1 week, i've been busy nursing the girls, sorang2 sakit.. pening kepala i plus i'm not well too. demam and sakit tekak yg amat.

anyway, i will definitely make the bebola roti tomorrow! nampak sedap sangat2.. thank you!! :D

aidah said...

salam ayu,
tks sudi singgah diblog saya. resepi kat sini semuanya nampak menyelerakan. Tak pernah lagi buat jemput2 guna roti macam ni. Nak cuba buat lah nanti. Boleh ya kalau sy nak ambik resepi.

Ayu said...

sizuka - alahai, its oklah shidah..
u take care ya..drink lots of water bila buka tu .. cubalah shidah hope it met ur tastebud..

aidah - walkslm, thanks kak, sudi juga balas kunjungan..boleh aja kalau akak nak cuba..resipi2 kat sini memang untuk dikongsi bersama kak..kita pun nak cuba resipi2 akak tu..hehe

Zamri Ahmad Tony said...

Kak Ayu....na tanya resepi ni kalau derhaka sikit, zam taruk minced meat ke, udang ke...boleh kak?

roti banyak, makan nya tidak...ada chance ni resepi besok jugak zam buat ni....

Ayu said...

zam - rasa2nya kalau taruk udang boleh kot?..tapi udangnya potong dadu/kecik2 macam jemput2 roti kan taruk udang..sorry akak lambat jawap..my son tengah CA2 ler