Friday, August 13, 2010
Kuih Ketayap aka Kuih Dadar
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara-cara1. Untuk inti; Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)
Sources:-From resipicitarawan.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kuih ketayap kuih dadar
berintikan kelapa muda
bulan ramadan sudahla tiba
buah kan sepinggan berikan saya..
hehehe pantun apa ni tak ikut suku katanya hehe..layanzzz
ilahjy -
kuih ketayap kuih dadar
berinti pula kelapa & gula melaka
wah kak ilah sudah tiba
siap berpantun kasi kita tak tentu hala..
hahaha..akak tak reti nak jawap lerrr...sekolah dulu cikgu melayu tak ajar pantun..kalau ada pun dah kasi cikgu balik..kikiki..
Post a Comment