First saw this dessert in Dr Inahar's, kitchen which originally from Ros Osaka, yang sedang tunggu hari aje nak melahirkan tu..nampak ice creamnya memang rich dengan coklat..paham2 ajelah..kita kan hantu coklat tak boleh nampak benda2 yang coklat..nasib baik computer kita ni bukan coklat kalau tak dah lama kena telan...hehe...first time experimenting making ice cream..saja aje nak tau rasanya...sedap juga..berebut2 Marsya and Iqram nak kena suap..hehe..
Well to tell you frankly, I have problems, taking shots of fishes, drinks and this ice cream!!..By the time I anglekan ice cream ni..dengan nak dapatkan the right lightings..ice creamnya macam dah nak cair tu ha..
adding to once when I scooped them, baru nak cari chocolate rice or choocolate chips for the toppings ...and by the time kuis sana kuis sini tak jumpa mana I letak ..aku sambar aje M&M ni..hehe..
Moral of the story..prepare your settings before taking shots for ice cream..
Thank you Ros for sharing and Dr Inahar for promoting.. I put up the recipe here juga ya..
Ingredients:- ( Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston)
400ml whipping cream
100gram coklat masakan-
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula-(Ayu gunakan 1/4 cawan gula aje)
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar
Method:-
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.
Sources:-From jintanmanis.com
No comments:
Post a Comment