Roti Pita yang ready made aje dimakan dengan inti daging homemade punya, to go along dengan hirisan timun, tomato, daun salad dan sambal tumis...pernah buat juga dulu Roti Pita..ni..pun gunakan roti pita yang siap segera aje..
Inti Daging Roti Pita
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
500g minced beef-(500g daging cincang)
2 tbsp meat curry powder-(2 sudu besar serbuk rempah kari daging)
2 tsp minced ginger-(2 sudu kecil halia kisar)
1 tbsp minced onions-(1 sudu besar bawang besar kisar)
1 tsp minced garlics-(1 sudu kecil bawang putih kisar)
1 red chillies sliced-( 1 biji lada merah dihiris)
1/2 large onions diced-(1/2 biji bawang besar dipotong dadu)
salt and msg to taste.-(garam & serbuk perasa secukupnya)
Method:-
Washed, cleaned & drained minced beef. Saute all the ingredients
till meat has turned browned (sampai kering airnya) and add in salt and
msg to taste. Turn off heat once meat has cooked. Dish out and let cool.Ready to be served with pita bread, with slices of cucumber, tomato, salad & sambal)-(Basuh, bersihkan dan tos daging cincang. Tumis bahan2 semua hingga daging bertukar warna, dan airnya kering. Masukkan garam & serbuk perasa, gaul rata. Siap untuk dihidang., bersama roti, hirisan tomato, timun, daun salad & sambal tumis)
Friday, August 12, 2011
Sotong Berkuah Telur
Lauk sahur, untuk puasa 9..sotong berkuah telur..layan ajelah ya..banyak nak kena catch up ni..heheh
baru iftar 8 huhu...thank you puan punya recipe for sharing recipe sempoi tapi sedap ni..
Sotong Berkuah Telur
Sources:-From Rohaisha@myr.com
Bahan2 (Hidangna untuk 7 orang)
baru iftar 8 huhu...thank you puan punya recipe for sharing recipe sempoi tapi sedap ni..
Sotong Berkuah Telur
Sources:-From Rohaisha@myr.com
Bahan2 (Hidangna untuk 7 orang)
- 600 gm sotong (potong kecil)
- 1 biji telur (boleh tambah telur jika mahu)
- 1 biji bawang besar (hiris memanjang)
- 5 biji bawang merah (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 biji cili besar merah (2 utk ditumbuk dan 2 lagi untuk hiasan)
- 2 cm halia (dihiris halus/memanjang)
- sedikit serbuk kunyit
- 1/2 @ 1 cawan air
- Garam dan gula (secukup rasa)
- Minyak masak untuk menumis
- *Boleh titikkan serai untuk menambah rasa wangi
- *Bahan yang ditumbuk tidak perlu ditumbuk terlalu halus
Cara-cara
- Tumiskan bawang besar dan halia.Biarkan seketika.
- Masukkan pula bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit gula.kacau rata.
- Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2 minit sahaja. (*jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat).
- Masukkan garam dan kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar dan tutup api.Taburkan Hirisan bawang merah.
Wadeh Udang - Iftar 8
Assalam, hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa..macam dah tak tahu nak buat apa untuk berbuka ...basically menu yang telah kita masak adalah menu ulang tayang, yang normally kita buat time bulan puasa ....actually main menu was mee hoon soto, tapi kita malas nak ambik gambar sebab kita dah buat banyak kali menu tu..so instead kita nak masukkan another menu ulang tayang untuk iftar ke 8 hari tu..Wadeh Udang ni..pernah buat tapi dah lama dah, time baru2 start blogging dulu..My dad suka sangat wadeh ni..so ada permintaanlah itu sebab kita buat..
Kita buat wadeh ni macam kita buat Cucur Cendawan yang pernah kita buat dulu..ambik adunan dan letakkan diatas senduk dan masukkan kedalam kuali, then baru letakkan udang diatasnya tu..
Wadeh Udang
Sources:-From Bro Rozzan
Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam (ulundu) yg telah dibuang kulit(rendam 4-5 jam)-(urid dhall)
450 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)
½ sudu teh soda bicarbonate atau potas
1 sudu makan yeast segera-(Ayu gunakan 1 packet )
350 -400 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau (dihiris)
sedikit cili padi dihiris halus-(Ayu tambah)
1 cm halia (dihiris)
½ sudu teh serbuk lada hitam
1½ cawan air (lebih kurang)
Peraturannya :
Kacang dhal dikisar bersama air sehingga halus. Masukkan halia dan kisar lagi. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan bubuh yeast dan potas. Kacau rata-rata. Seterusnya, masukkan potongan/hirisan lada hijau, bawang dadu, daun kari, garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan adun sehingga rata semuanya. Perapkan adunan ini selama 2-3 jam.
Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.-(Ayu tak buat cara ni Ayu cedok macam biasa dan letakkan diatas senduk bulat leper dan masukkan kedalam minyak macam nak menggoreng rempeyek atau cucur cendawan baru letakkan udang diatasnya..bila adunan dah tak melekat disenduk baru dipalingkan)
Kita buat wadeh ni macam kita buat Cucur Cendawan yang pernah kita buat dulu..ambik adunan dan letakkan diatas senduk dan masukkan kedalam kuali, then baru letakkan udang diatasnya tu..
Wadeh Udang
Sources:-From Bro Rozzan
Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam (ulundu) yg telah dibuang kulit(rendam 4-5 jam)-(urid dhall)
450 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)
½ sudu teh soda bicarbonate atau potas
1 sudu makan yeast segera-(Ayu gunakan 1 packet )
350 -400 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau (dihiris)
sedikit cili padi dihiris halus-(Ayu tambah)
1 cm halia (dihiris)
½ sudu teh serbuk lada hitam
1½ cawan air (lebih kurang)
Peraturannya :
Kacang dhal dikisar bersama air sehingga halus. Masukkan halia dan kisar lagi. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan bubuh yeast dan potas. Kacau rata-rata. Seterusnya, masukkan potongan/hirisan lada hijau, bawang dadu, daun kari, garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan adun sehingga rata semuanya. Perapkan adunan ini selama 2-3 jam.
Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.-(Ayu tak buat cara ni Ayu cedok macam biasa dan letakkan diatas senduk bulat leper dan masukkan kedalam minyak macam nak menggoreng rempeyek atau cucur cendawan baru letakkan udang diatasnya..bila adunan dah tak melekat disenduk baru dipalingkan)
Wednesday, August 10, 2011
Shabsuka - Iftar 7
Pada kita lagi sedap dimakan dengan roti perancis dari roti biasa tu sebab roti biasa tu ada letak susu, as for roti perancis, dia kan tawar lemak so memang ngam rasa nya..Siapa2 yang belum cuba tu sudi2kanlah mencuba ya..
Shabsuka
Sources:-From resipi.net via Ayu @Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)
Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)
Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)
Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)
Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)
Note* Another method of serving shabsuka.
Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake)..
and dip in with bread.-(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)
Ayam Masak Sambal Hijau
Ayam masak sambal hijau dah lama kita nak masak tapi asik tertangguh aje..so hari tu masak untuk sahur lah..sebelum masuk tidur kita dah masak lauk ni..ada rasa sikit , sedap, then by the time sahur rempah ratus dalam lauk nidah meresap dalam ayam lagilah sedappp..Recipe sekali lagi kita ambil dari dapur Kak Cek, kita siap beli leek just to cook this dish sebab nak tahu rasanya macam mana..memang sedap..Mr Hubby normally ambil lauk sekali aje, he came back for 1 more ketul of ayam tau..hehehe..sedap lah tu kalau tak , saja dia makan sikit aje.. terimakasih Kak Cek, minta izin diletakkan disini pula ya..sodapp ni kak
Ayam Masak Sambal Hijau
Ayam Masak Sambal Hijau
Sources:-From Kak Cek@Kitchen is my world
BAHAN-BAHANNYA...
- 1 kg ayam dipotong sederhana kecil....dicuci dan ditoskan.
- Serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk digaul rata bersama ayam....kemudian digoreng sehingga masak...jangan terlampau lama digoreng....ketepikan...
- 2 biji bawang besar *
- 2 - 3 ulas bawang putih *
- 9 - 11 biji cili padi *
- 7 biji cili hijau *
- 2 batang serai dititik *
- 1 biji bawang besar lagi....dihiris
- 1/2 batang "leek"....dihiris
- 2 biji cili hijau....dihiris
- 7 biji tomato cherry-(Ayu gunakan toamto biasa aje dipotng baji)
- 1 ketul chicken cube
- Garam dan gula secukup rasa...
- Minyak secukupnya untuk menumis...
CARA-CARA PENYEDIAANNYA....
- Kisar sume bahan2 yang bertanda *
- Panaskan minyak....tumis bahan2 kisar bersama serai sehingga naik baunya.....kacau sekali sekala dan biarkan bahan2 tumisan dimasak hingga pecah minyak....
- Tambahkan sedikit air.....dan masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.....kacau sebati....perlahankan api....biarkan kuah agak pekat.....tambahkan garam dan gula secukup rasa.....garam jgn letak byk2 ya....ayam yang digoreng tadi pun dah berperisa garam....nanti terlebih masin lak kuahnya.....
- Akhir sekali masukkan bwg, cili hijau dan leek yang telah dihiris dan jugak tomato cherry....gaul sebati....siap dah...tutupkan api.....
Subscribe to:
Posts (Atom)