Monday, September 19, 2011

Sambal Goreng Pengantin

Sambal Goreng Pengantin, another 'a must do'  menu tiap2 raya..below was my version ya..pernah buat sebelum ni tapi yang tu kita hiris cili merah & cili hijau..kali ni kita tak letak pun just tambah aje cili kering & cili kisarnya aje..ada pedas2 sikit, dan kita suka sambal goreng pengantin kita basah2 lembab sebab suka colek dengan ketupat sambalnya tu....hehe
So this year, menu ayam & yang lain tu  biasalah..so tak payah lah kita letak kat blog for this round ..kita letak sambal goreng pengantin & kuah kacang daging aje...

Sambal Goreng Pengantin
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
200g daging direbus, potong dadu, goreng ketepikan(ambil airnya dalam satu mangkuk)-( beef, boiled, diced, fried and put side- take 1 bowl of beef stock)
200g hati lembu direbus, pototng dadu, goreng ketepikan-(beef liver, boiled, diced, fried and put aside)
300g paru direbus, potong dadu, goreng ketepikan-(beef lungs, boiled, diced  fried and put aside)
15 keping empedal rebus, hiris dan goreng-( 15 chicken gizzards boiled, sliced and fried put aside)
2 tauhu potong dadu goreng ketepikan-( beancurd diced, fried and put aside)
2 tempe potong dadu goreng ketepikan-(fermented soya beans diced, fried and put aside)
200g udang goreng ketepikan (terpulang nak kopik kulit atau tidak)-(prawns shelled or deshelled fried and put aside)

3 cili merah dihiris(Optional)-(red chillies sliced)
3 cili hijau dihiris(Optional)-(green chillies sliced)
15-20 cili kering direndam dan gunting serong nipis2-(dried chillies soaked and snip thinly w/ scissors)
1 biji bawang besar dihiris nipis-(1 large onion sliced thinly)
2 serai dititik-(lemon grass bruised)

1 sudu besar bawang kisar-(1 tbsp minced onion)
1 sudu kecil bawang putih kisar-(1 tsp minced garlics)
1 sudu besar lengkuas-(1 tbsp minced galangal)
1 sudu besar halia kisar-(1 tbsp minced ginger)
10 sudu besar cili kisar kalau nak  lagi pedas boleh tambah-(10 tbsp cili paste, if prefer hotter can adjust more)
1/2 - 1 cawan santan pekat-(1/2 - 1 cup coconut milk)
2 cawan bawang goreng-(2 cups fried shallots)
3 sudu kecil gula atau secup rasa-(3 tsp sugar or to taste)
air secukupnya-(water to estimate)
garam & amp; serbuk peras secukupnya-( salt and msg to taste)

*1 inci belacan-(*1 inch shrimp paste)
*asam jawa sebesar 1/2 biji telur kecil-(*tamarind pulp size of 1/2 small egg)
*3/4 cawan air -(*3/4 cup water)
(*ramas dan tapis)-(* mix them and strained)

Method:-
Tumis bawang besar hiris hingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar - cili kisar, lengkuas, bawang putih, halia dan serai. Tumis hingga garing. Masukkan air rebusan daging, air asam yang telah diramas dengan belacan tadi, air dan santan. Masukkan gula, garam & serbuk perasa. Kalau nak sambal gorengnya basah  tambah air sikit lagi. Kacau, dan masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Rasa apa yang kurang. Masukkan cili hiris, cili kering yang digunting dan bawang goreng. Gaul lagi hingga sekata. Siap.-(Saute sliced onions till fragrant. Add in blended ingredients - chili paste, galangal, garlics, ginger and bruised lemon grass and cooked till oil rises up the surface. Add in beef stock, tamarind juice, some water and coconut milk. Add in salt, sugar and msg to taste. If preferred the sambal a bit wet, add a bit more water. Stir well. Add in fried ingredients and stir well. Taste what is needed. Add in sliced chillies, dried sliced chillies and fried shallots. Stir again till incorporated. Ready)

Kuah Kacang Daging

Tahun ni kita nak cuba buat kuah kacang yang berdaging..my mum kata ini macam kuah satay daging which normally kalau dia buat dia akan goreng dulu dagingnya..tapi kita nak cuba recipe dari nazua ni..selalu or in fact almost every year kita buat kuah kacang plain aje..so this year  ada sedikit kelainanlah.. to me not badlah kuah kacang daging ni, sedap juga cuma kita tambah apa2 yang kita nak tambah..haha..to me sedapp..kalau nak cuba ikutlah selera masing2 ya..Terimaksih buat puan punya recipe minta izin diletak disini pula ya..

Kuah Kacang Daging
Sources:-From nazua@myresipi.com
Bahan:-
  • 300 g daging-(Ayu gunakan 500g)
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)-(Ayu gunakan 350g)
  • 5 sudu gula merah/ gula melaka-(Ayu gunakan 100g gula melaka)
  • 2/3 cawan gula putih-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
  • garam + serbuk perasa
  • 1 cawan air asam jawa + 2-3 cawan air/stok daging-(Ayu tambah- terpulang nak pekat or cair mana)
  • ½ cawan santan pekat -(Ayu gunakan 4 sudu besar)
  • Bahan-bahan tumis :-
  • 2 batang serai-(Ayu titik)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak 
  • Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering-(Ayu gunakan 11/2 cawan cili kisar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah 
  • sehiris nipis lengkuas-(Ayu tambah)
  • 6 biji buah keras-(Ayu gunakan 4 biji aje)
  • 1 cm belacan-(Ayu gunakan 2cm)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar 
  • 1 sudu besar udang kering-(Ayu tambah)
  • 1 batang serai-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
  2. Daging direbus sehingga lembut(Ayu tambah sedikit halia kisar). Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
  3. Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  4. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
  6. Tambah gula merah, gula putih dan garam.Biar mendidih seketika
  7. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.(Ayu masak hingga kuah sedikit  pekat)
  8. Siap untuk dihidang...

Honey Cornflakes

Honey cornflakes yang a must do juga every year..nak buat pun senang selalu ini yang habis dulu, then kena buat lagi sampai 2-3 kali..ini adalah biskut yang terakhir tahun ni yang sempat kita buat...bila kita tabur manik2 tu si Hasif cakap alamak ma, macam girl lah..tak nak makan lah..nasib baik kita tak tabur semua dengan manik so for him kita tak tabur apa2 pun just plain aje..hahaha..biskut pun ada macam girl ke??? Banyak betul mengada2 kau anak..

Honey Cornflakes
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com  
Bahan A
100 gram cornflakes
100 gram bubble rice(Ayu gantikan dengan 100g cornflakes lagi)
100 gram badam/ kacang (dicincang dan dibakar sedikit)-(Ayu gunakan almond stripes + manik untuk taburan)

Bahan B
110 gram mentega
90 gram gula halus
5-6 sudu besar sirap kencana/madu

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan B dan masak diatas api yang kecil selama beberapa minit.
2. Masukkan gula, mentega, sirap kencana/ madu dan gaul rata.
3. Setelah bergaul rata masukkan Bahan A dan gaul sebati.
4. Masukkan sesudu adunan kedalam paper cup.
5. Panaskan ketuahr pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.

Biskut M & M

Assalam, teman2..lama rasanya tak bersiaran..nak dikatakan ini lah paling lama kita senyapkan diri so far, kalau dulu pergi holidays adalah macam ni juga durationnya, but this time, kita tak kemana punn..ada tercongok kat sini tapi mood nak update macam tak ada..banyak sebab actually..tapi kita tak nak lah meluahkan perasaan kat sini kan..telan ajelah ..
Anyway, hanya time & space ajelah yang menentukan sama ada  kita akan terus berblogging ke tidak..memandangkan commitment yang lebih utama yang harus ditumpukan :(  (macamlah ada orang bother eh..hehe)

Cookies ini adalah cookies yang kita buat selepas beberapa hari raya yang lalu sebab some cookies dah habis..pernah buat disini. Anak2 suka sangat dengan cookies ni..itu yang kita buat lagi tahun ni..besides the honey cornflakes yang a must every year..

Biskut M&M
Sources:-From Resipi Ceria Keluarga
Sources II:-From Ayu @Curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 egg-(1 biji telur)
200g butter-(200g mentega)
150g corn flour-(150g tepung jagung)
50g almond minced-(50g badam serbuk)
150g powder/icing sugar-(150g gula icing)
200g plain flour-(200g tepung gandum)
80g optima flour-(80g optima flour/sponge cake mix flour)
chocolate chips and M&M to estimate-(chocolate chips & chocolate M&M secukupnya)
a bit of chopped almond-(sedikit badam cincang)

Method:-
Add butter, egg and sugar and mix well. Add in plain flour, optima flour, corn flour, minced & chopped almond till Incorporated. Roll small balls with hands (when rolling the balls don't make too big or too small as the mixture will rise when baked)(Ayu weighed 10g each). Top with M&M and chocolate chips around the balls. Preheat and bake in oven at 170 degrees Celsius till cook or in a medium heat so as not to melt the chocolates. Let it cool in wire rack before storing in container.-(Pukul mentega, telur & gula hingga rata & kembang. Masukkan tepung gandum, tepung optima, tepung jagung, badam serbuk & cincang gaul hingga rata. Ambil doh sedikit dan bulat2kan. Jangan buat terlalu besar atau kecil kerana doh akan mengembang bila dibakar.(Ayu timbang 10g each). Selitkan M&M ditengah dan dikelilingi dengan chocolate chips.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan disuhu 170C dan bakar hingga masak menggunakan api sederhana supaya chocoalte tidak cair. Biarkan biskut sejuk diatas redai sebelum dimasukkan kedalam bekas.)

Sunday, September 04, 2011

Himpunan Kad Raya AidilFitri 2011 dari Teman2

Kad Raya dari Curlybabesatisfaction.blogspot.com yang baru siap lepas seminggu beraya..heheh..Printer ink tak cukup itu sebab kena postpone lepas raya baru siap..
Dibawah himpunan Kad Raya 2011, dari teman2 GMM yang sempat kita ambik dari dapur masing2 yang sudi kedapur kita ni..
Thank you dear all for the cards ..


Dari AlongRoz
Dari Cikgu Zanariah

Dari Kak Ummi Kuantan Pahang            
Dari Kak Ros
Dari Cheq Sue
Dari Mashitah
Dari Quinnie         
Dari Kak Wattie
 Dari Amie  
 Dari Kak Nuridah   
 Dari Cik Manggis
    Dari IzahDaut
Dari Juwita 
Dari Ady
Dari Noorsha