Thursday, November 17, 2011

Mee Hoon Goreng Beryani


Another menu dibulan puasa..jangan mare ahhh..ok nak cepat2 masukkan entry sebab banyak kerja nak buat..Hasif dah start relaxing at home sebab exams dah habis(mulalah asik cari makan aje kat dapur..heheh)..Marsya pun kinder dah start cuti
dari semalam, Iqram esok last day lepas tu kemayuran ler..kat rumah.... habislah computer ni jadi rebutan... adengan wrestling, adengan air mata semuanya mesti ada ...sebab nak cop computer ni..mak budak kalau nak gunakan kena kasi 1 day advance notice..tak peduli whatever they want to play games ke , buka facebook ke, twitter ke.. kena kasi laluan mak update blog of course bila  masa ada terluanglah..hehe..

Ok..ok...Mee Hoon Goreng Beryani, ni kita ikut bahan2 aje ...cara2nya ada yang kita olah sendiri dengan masukkan  mee hoon tu dan goreng macam biasa..jadilah  jugakan, mee hoon yang berperisa beryani....sebab kalau nak buat macam the original recipe macam leceh pulak kita rasa lagi2 nak cepat makan time berbuka puasa..heheh..

Mee Hoon Goreng Beryani
adapted from
Mee Hoon Beryani Udang
Sources:-From Noraini Razali
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan2:
1 bungkus mee hoon-(direbus3/4 masak dan toskan)-(Ayu just rendam macam biasa sebab nak goreng aje)
1/2 kg udang hidup(dicuci bersih dan tos)
5 sudu besar rempah beryani daging-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
4 sudu besar tomato puree-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
6 biji tomato-(dipotng dadu)-(Ayu gunakan 2 biji aje)
7 cm kayu manis-(Ayu gunakan 2cm aje)
6 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 3 biji aje)
1 cawan bawang goreng-(Ayu agak2 aje)
hirisan pudina-(Ayu tak letak)
1 cawan minyak
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika perlu

Bahan2 Kisar:-
6 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 cm halia-(Ayu gunakan 1cm aje)
6 biji lada hijau-(Ayu gunakan 10 biji cili padi)
secekak daun pudina-(Ayu tak letak)

Cara:-
Gunakan kuali. Tumis kayu manis, daun pandan dan buah pelaga hingga wangi. Selepas itu masukkan bahan2 kisar, rempah beryani dan kacau rata, hingga matang.

Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan udang, tomato puree dan tomato biji serta garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Alihkan.
(Ayu tak alihkan macam  cara ini, Ayu terus masukkan mee yang separuh diwarnakan dengan pewarna kuning dan separuh warna putih(actually kalau tak nak warnakan pun ok juga) dan gaulkan aje dengan bahan2 yang ditumis diatas dan goreng mee macam biasa.)

Setengah bahagian meehoon diwarnakan kuning- gunakan koma2 atau pewarna kuning. Setengah dibiarkan putih.
Panaskan periuk atas api yang kecil. Dasar periuk disapu sedikit minyak makan. tuang mee berwana kuning, kemudian lapiskan setengah bahagian lauk beryani udang. Ratakan. Timbus dengan meehoon putih dan ratakan.
Tuankan diatasnya lebihan lauk beryani udang. Tabur bawang goreng dan hirisan pudina. Biarkan atas api kira2 5-10 minit, untuk membolehkan rempahnya meresap dan mee menjadi lembut dan masak.


Kuih Kaswi Gandum

Kuih Kaswi Gandum ni mula2 nampak kat dapur IzahDaut ...simpan dulu recipenya, memang nak cuba, tunggu ada chance aje nak buat then kebetulan dibulan puasa(yes another menu bulan puasa ni ) yang lalu, Mr Hubby requested nak makan kuih kaswi, sebab dah agak lama juga kita tak buat kuih ni..so terus terfikirkan kaswi gandum ni...then ternampak pula kuih ni kat kongsi resepi nya website, terus klik then it goes to blog Che Mat, after comparing, rupanya sama recipe dari Chef Hanieliza juga cuma cara2nya kita ikut Che Mat, sebab more detail stepsnya tu.... ramai yang telah mencuba recipe ni..dan semua rata2 kata sedap..memang pun sedapp..semuanya cukup rasanya...Kat bawah ni yang terlarat kita jejak kasih..siapa2 yang kita overlooked minta maaf ya....So kita minta izin pada semua yang telah berkongsi dan telah mewar warkan recipe ni..untuk diletakkan disini pula for future reference ya..


Kuih Kaswi Gandum
Sources:-From Chef Hanieliza
Yang dah mencuba, 
not in sequence:- Yatie, Mas, Mamahawa, K Anim, Noorsha, Anna Qawina dan terbaru Kak Cek
BAHAN A :-)
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka (320g)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat (mat guna 3/4 camca teh kicap pekat)-(Ayu gunakan coklat emulco)

BAHAN B :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (Ayu guna air kapur)
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapi adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. (mat kukus 35 minit). Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!!

Kurma Sosej

Kerana kebuntuan memikirkan lauk apa nak dimasakkan untuk anak2..Since sosej banyak dalam fridge & since anak2 pun ok dengan sosej....kita cuba pula kurma sosej ni.. .bolehlah dia orang makan no questions asked...sebab tak pedas punnng..

Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Udang Putih Halus Goreng Cili Padi

Bila nampak recipe ni kat dapur Kjee, kita macam tergoda nak cuba..sebab selama ni kalau nampak udang putih yang kecil2 ni..memang confirm kita tak beli..sebab nak mengerjakan dia ada banyak punya leceh..then bila Kjee kata, just gunting aje 'misai/janggut' udang yang panjang2 tu, tumis bahan2 tumbuk dan just masukkan udang bersama dengan kulit2nya sekali dan goreng hingga garing..lagilah nak cuba..bayangkan bila pergi supermarket udang nilah yang kita cari dulu..walhal dulu tak pandang pun..heheh..bila dah masak banyak ratah dari buat lauk..my mum pun cekup satu2 masuk mulut..
Thanks Kjee for sharing this minta izin di letakkan recipenya disini pula ya....you know what, sekarang my mum kalau pergi supermarket..dia akan capai udang ni..masuk dalam bakul..hahaha..


Udang Putih Halus Goreng Cili Padi
Sources:-From Kjee@Dapur Kjee
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2NYA:
500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa

minyak





 

CARA MEMBUATNYA:
Cuci udang bersih2 dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer. Hehehe. Tumbuk cili api hingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih. panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. Goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup. Kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup. Sedap sangat makan panas2 dengan nasi tau.

Tuesday, November 15, 2011

Ubi Goreng Berempah

Menu berbuka dibulan puasa..goreng ubi letak rempah2 dan gunakan tepung macam goreng pisang gitu..recipe my mum..sesuai dibuat sarapan, minum petang atau bila2 nak makan lah..hehe..kalau dapat ubi yang empuk memang sedapp ni..

Ubi Goreng Berempah
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
  • 2 btg ubi kayu
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1-2 sudu besar kunyit serbuk 
  • 1 sudu besar serbuk  ketumbar 
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam 
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara:
Ubi kayu di potong panjang2  atau ikut suka dan bersihkan Gaul semua bahan kecuali ubi. Bancuh macam nak buat goreng pisang. Bila dah sebati.masukkan ubi dan perap sekejap. Kemudian di goreng garing. Siap untuk dihidang.