Pada suatu pagi yang tak berapa pagi..kita kena hantar Marsya ke sekolah sedikit awal kerana Marsya ada remedial lesson..kebetulan Mr Hubby pulang sekejap kerumah so dapatlah dia menghantar Marsya dan juga kita ..lepas tu kita cakap kita nak pergi pasar nak beli apa2 yang patut untuk berbuka..kita tanya dia nak buka apa petang tu..dengan tidak semena2..dia jawap..'Ah tak nak cakap lah..cakap pun bukannya awak nak buat!!''..Uish anjat gegerl bila Mr Hubby jawap macam tu..kita tanya dia..eh bila masa yang awak request apa2 kita tak buat..most of the time will diusahakan punya..''See, see you forgot!'' Mr Hubby jawap.."I've already told you that day but you refused to do instead you buat your the other mee, which is mee bandung.." wah!!!...kita jawap..sumpah tak ingat hahaha..then I paused sekejap..oh Prawn Mee is itttt?..He answered..YESSSS LAH...!!!
Wahh..dalam hati rupanya dia merajuk lahhh..hahaha..kita jawap uish dah tua2 merajuk buruknya..hahaha..Oklah kita buat...so terjadilah prawn noodles ni...:)
Bila diingat balik kita pernah cuba buat Prawn Mee recipe dari CMG..tapi recipe tu kuahnya menggunakan cili kisar, kira kuahnya merahlah kan. So based on the same recipe.. kita adjusted ikut citarasa kami iaitu, kita buat kuahnya clear. Prawn Noodles Soup yang pernah kita makan kat Singapore ni memang kuahnya jenis yang jernih, tidak ada telur rebus tapi ada fish cake dan hanya sayur sawi dan taugeh digunakan instead of kangkung..Then cilinya pula just hirisan cili padi kicap to go along with it..I would rate..the taste is almost there..alhamdullilah..(tekan lift nampak)..Oh yes, prawn stok tu kita masak dalam 1 jam tau..renehkan dengan api pelahan..so kalau nak buat kena start awal lah ya..Kita masak kuahnya pun lepas asar..untuk teman2 yang bekerja, maybe boleh cuba ni time weekendlah kan..:)
Prawn Noodles Soup
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan Untuk Stok Udang:-
1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
2 batang saleri, potong besar2
1 batang lobak merah, potong besar2
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, cincang halus
Bahan Untuk Kuah:-
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
20 g gula batu
2 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
Garam dan serbuk perasa
Bahan Lain:-
Mee kuning dan Mee hoon secukupnya dicelur
10 biji telur burung direbus atau telur ayam
2 keping fish cake dihiris nipis
Taugeh, dicelur
Sayur sawi dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng
Cili padi kicap:-
cili padi secukupnya dihiris
kicap cair
gaulkan.. siap untuk dimakan dengan prawn noodles.
Cara membuatnya:-
UNTUK STOK UDANG:-
Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca
besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang
dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan
masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam
dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan
stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang
bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan
satukan kedalam stok udang.
UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn
sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat
dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi (mungkin dah berair sikit sebab air udang.. tapi tak apa) tumis bawang putih
hingga wangi, masukkan
bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga
pecah minyak. Tuang tumisan kedalam stok udang dan jusnya tadi(macam tumis darat gitu). Gaul hingga sebati.
Masukkan kiub ayam, fish cake dan gula batu, biar mendidih. Perasakan
dengan sos tiram, kicap cair, garam dan serbuk perasa. Renehkan dengan api kecil.Bila mendidih, boleh kaup fish cake yang telah masak keluar dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
PENYEDIAAN Prawn noodles:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk
yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan sawi. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur
rebus, udang goreng, fish cake hirisan daun sup/bawang, bawang goreng. Sudukan hirisan cili padi kicap cair ke dalam mee untuk rasa lebih enak dan balance.
Wednesday, July 24, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Ayam Goreng Kunyit Berserai
Buntu buntu buntu nak masak apa....alahai bila dengar ayam aje kita naik pening dah tak tahu nak masak apa dah..asik ayam goreng kunyit ajelah .. kalau dah tak kuasa nak fikir lama2..kali ni kita cuba ayam goreng kunyit with a tweak...leburkan dia dalam cilipadi, serai, bawang dan halia kisar..ah jadilah dia ayam goreng kunyit berserai, boleh gitu?..Bolehlah nyah..anak2 makan aje tapi mak dan warga tua makan sayurnya ayam tu sikit aje kita rasa2....layan ajelah ya..
Ayam Goreng Kunyit Berserai
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg ayam dada -dipotong dadu dan lumur dengan jus limau dan diperap
dengan kunyit & garam
*1 inci halia
*20 biji cili padi atau lebih- boleh kurangkan kalau takut pedas.
*1 biji bawang besar
*2 batang serai
(*bahan dikisar halus)
2 sudu besar sos tiram
5 batang kacang panjang dipatah2kan 1 inci panjang
bunga kobis secukupnya
3/4 cawan air atau secukupnya
air asam secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara:-
Goreng ayam yang telah diperap dengan garam & kunyit serbuk tadi. Angkat dan gunakan sedikit minyak dari mneggoreng ayam tadi untuk menumis. Tumis, bahan2 kisar hingga naik bau dan garing, masukkan sos tiram dan air asam secukupnya. Masukkan Kacang panjang & bunga kobis gaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sekata. Masukkan air dan biarkan seketika. Gaul lagi hingga sayur layu empuk dan ayam meresap rempah2nya. Siap untuk dihidang.

Friday, July 19, 2013
Mee Boyan
Kalau hari tu roti boyan, kali ni Mee Boyan pulak..hehe seriously first time dengar ni..kenapa kita cuba mee ni pertama adalah kerana namanya..kedua adalah kerana nak tahu apa rasanya dan ketiga sebab dah buntu tak tahu nak buat apa for iftar..hahaha..sabor ajelah kan..
Mee ni kita dapat recipenya dari buku masakan puan Aini Salim - Masakan Singapura..
Banyak juga recipe2 asal dari Singapura disiarkan dalam buku ni..
Kita realised half way recipe ni tak gunakan telur..yalah kita ni kalau goreng mee yang biasa2 tu mesti nak masukkan telur .. macam tak cukup syarat kalau tak ada telur..hehe..
Anyway, nak buat pun senang dan yang pasti anak2 suka makan sebab tak pedas sangat pada mereka..basically recipe ni very simple aje its just a bit different from the normal mee goreng kita selalu buat..
Teringat dulu waktu kita tinggal diPasir Panjang, ramai jiran2 kita orang bawean..suka dengar bila dia orang bercakap..ada siapa2 teman yang singgah sini orang bawean?..
Mee Boyan
Sources:-From Aini Salim
Tried, Adjusted & Tested:- Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
2 keping tauhu dihiris kasar kemudian digoreng ketepikan
10 ekor udang sederhana
1-2 keping fish cake
1 biji bawang besar dihiris nipis
tauge secukupnya
sawi secukupnya
150g daun bawang dan daun sup cuci kemudian potong panjang 4cm-(Ayu potong pendek2 aje)
2 sudu besar cili kisar
*10 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar belacan serbuk
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(*bahan dikisar)
minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara:-
Panaskan minyak tumis bawang besar hiris hingga layu dan naik bau. Masukkan bahan kisar, dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fish cake, udang dan tauhu gaul rata hingga bahan2 meresap rempahnya, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan mee daun sup & bawang, sawi dan taugeh. Gaul rata. Bila dah sebati. Matikan api dan siap dihidang bersama hirisan timun dan sos tomato.

Thursday, July 18, 2013
Tart Kentang
Tart Kentang, yang dah lama masuk list..kalau yang suka berbuka puasa dengan juadah2 snack atau menu yang jenis berat excluding nasi boleh lah mencuba tart kentang ni..memang sesuai betul..Biasalah my family kan kalau berbuka tak sangat into makan nasi..tapi rather suka yang jenis2 macam 'heavy snack' gitu..macam mee, pasta, pizza dan sebagainya .. Kita buat ni kali pertama sebelum puasa kemarin...then makan beketul2 lepas keluar dari oven tu..then semalam buat lagi for berbuka..memang sedapp..
Recipe dari Kak Ros, yang banyak recipe dikongsi berasas dari kentang which is my family favourite..
Terimakasih Kak Ros, kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya..Kita adjust ikut selera sendiri ni..tambah cili padi kasi kick lagi..hehe..Oh yes, kalau siapa2 yang nak cuba tu..be generous dengan Mozarella cheese tu ya..sebab lebih banyak cheese lagi sedapp..Kita makan gitu aje without any sos pun dah sedap..

Sources:-P.Ros @ SinaranMenu
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut-(Ayu gunakan 1 biji dipotong dadu kecil)
* sedikit potongan daun bawang
* beberapa cili padi dihiris kecil -(Ayu tambah)

* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 5 ekor udang dipotong dadu kecil-(Ayu tambah)
* 3 sudu besar tepung gandum-(Ayu tambah)
* 3 sudu besar tepung gandum-(Ayu tambah)
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa
Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar, tepung, udang & crab stick dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Wednesday, July 17, 2013
Daging Goreng Cendawan Enoki
Lauk sahur beberapa hari yang lalu..goreng daging style macam ni pulak..kebetulan kita ada stok cendawan enoki, memang beli aje tak ada plan pun nak masak apa, bila tengok recipe ni memang dah kenalah buku dengan ruas..semua bahan2 ada ..so apa lagi..cubalah masak..Kelakarnya Mr Hubby tanya apasal kita letak 'mee' dalam daging tu..kita cakap itu cendawan ler..hahaha..uish tak friendly langsungkan..tapi berselera pulak kita tengok rakyat jelata makan..
Lauk kering2 macam nilah selalunya laku time sahur..Kuah masak lauk air pun dah cukup..kena dengan sambal belacan pulak..alih2 nasi dah bertambah time sahur..heheh ..macam mana tak buntat makcik nikan..terimakasih penyumbang recipe..minta izin dipanjang2kan disini pula..:)
Bahan A* (dikisar)
1 labu bawang besar (3 sudu besar bawang besar kisar)
3 ulas bawang putih (1 sudu besar bawang putih kisar)
Cara-caranya:
Potong daging lembu ikut saiz suka hati, dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus). bersama garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan atau ikut suka garing macam mana, kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang & cili padi yang telah diketuk. Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari). Siap untuk dihidang.

Sources:- Zuldandunia
Tried, Adjusted & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging lembu dihiris nipis ikut suka
2 peket Cendawan Enoki
1 biji bawang besar diihiris kasar
1kg daging lembu dihiris nipis ikut suka
2 peket Cendawan Enoki
1 biji bawang besar diihiris kasar
10 biji cili padi diketuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukup rasaBahan A* (dikisar)
1 labu bawang besar (3 sudu besar bawang besar kisar)
3 ulas bawang putih (1 sudu besar bawang putih kisar)
2 inci halia (2 sudu besar halia kisar)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kunyit
Cara-caranya:
Potong daging lembu ikut saiz suka hati, dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus). bersama garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan atau ikut suka garing macam mana, kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang & cili padi yang telah diketuk. Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari). Siap untuk dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)