Monday, December 05, 2016

Daging Jeruk Goreng Cili Padi

Ok sebelum kita terlupa baik kita masukkan post daging jeruk ni..Kita buat ni waktu bulan puasa kemarin...Bila sibuk viral waktu tu daging jeruk di facebook..kita pun tak mau lepas kan peluang mencuba..sebab tengok macam senang ajekan..cuma process dan menjerukkan dia tu makan masa ..tapi berbaloi lepas tu sebab sedap sangat rasanya..
Quantity daging tu terpulanglah ya berapa banyak yang nak digunakan..the rest tu garam & jus limau kasturi pun agak2lah..
Terimakasih puan punya recipe ..akak minta izin dipanjang2kan disini pula .. 
 
'Daging yang dipotong nipis, dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam. Hanya digoreng dengan bawang besar dan cili padi. dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera. Selalunya kita jumpa ikan jeruk, petai jeruk & lada jeruk kali ni daging jeruk.'- Rafiza Idayu

Daging Jeruk
Sources:-Yuss Aisya via Rafiza Idayu diFB
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Daging merah dalam keadaan beku atau separa beku.
Mudah dipotong kerana untuk mendapatkan kepingan daging yang nipis.
Bahagian top side. (Ayu guna daging goreng kalau 'terms' kat spore ni )

Kerat kepada beberapa bahagian. Dalam keadaan separa beku (luar dah tak beku tetapi dalam masih beku).

Letakkan di dalam tapis untuk menapis air lebihan daging.
Tak perlu basuh selepas dipotong nipis. Basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja.
Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.


Sediakan bahan bahan untuk menjeruk.
1. Bekas kontainer
2. Garam halus
3. Limau kasturi yang dibuang biji

 Susun daging di dalam bekas kontainer.(berapa banyak terpulang)
 

Selepas daging dihiris
Taburkan garam rata ke seluruhan daging.


Perahkan limau ke serata daging.

Susun lagi daging dilapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.

Perah limau lagi ke serata daging.
Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau
Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah  diperah tadi.
Siap untuk diperam. Letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
 
Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian.
Tunggu  seminggu baru masak supaya daging menjeruk sebaiknya. (Ayu masak selepas 2 minggu)


Makan dengan nasi putih sahaja. Sedap rupanya daging jeruk ini.
Tak perlu basuh sebelum goreng.
Panaskan minyak, goreng daging, kemudian masukkan hirisan bawang, cili padi dan kacang panjang.

Masak sebentar untuk layukan kacang panjang. Siap.

Wednesday, November 23, 2016

Triple Chocolate Caramel Cake

This year, in October,  my eldest turned 21years old...yes a young man now..at first thought of just buy a cake off the rack which we thought lagi special, quality & professional ones, then toying with the idea  nak invite his cousins to celebrate sikit since  this year quite a special year for him...wanted also to make a surprise party for him in a restaurant or hotel..
Then Mr Hubby & I discussed & realised that tak mau kebaratan sangat dan tak mau 
menggalakkan & acknowledge that since he is already 21 he can & feel free to do what he 
wants...he is still a young adult  that still needs our guidance ..so instead of all the above..end up I baked a cake for him & just as normal my dad bacalah sedikit doa selamat for him just the 7 of us aje...in our house...Alhamdullilah we did explain to him what was our intentions & end up abandoned it and reasons out why..and he understood ...:)

This cake was a hit ...ever baked this before here also for his birthday but 6 years ago when he was 15 years old...how time flies isnt it..this time deco pun simple2 aje...less is more gitchuuu...hehehe..cuma nak cakap cake ini sangat sedappp..itu yang buat lagi..

Triple Chocolate Caramel Cake
Sources:-From Uceuhomemade via Rima
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients for cake:-(1/2 recipe-18cm) -(Ayu make full amount & used 3nos. 9 inch tray)
5 eggs


75g sugar
1/2 tbsp emulsifier
70g flour
30g cocoa powder(Ayu used Valrhona)
40g dark cooking chocolate(Ayu used Valrhona)
50g Margarine-melted( Ayu used  butter)
Method:-
Preheat oven 170C. Heat butter until melted, add in cooking chocolate and stir(Double boiling method). Let it cool-set aside.
Whisk eggs and sugar till fluffy. (Ayu add emulsifier together).Add emulsifier. Add in sifted flour & cocoa powder into batter and continue to whisk till combined. Lastly add in melted butter/chocolate mixture and stir well. Divide the batter into prepared cake pans smooth en the top and bake for about 30 minutes, until a toothpick inserted into centre comes out clean. Cool layers completely. While the cake is baking & cooling, make the filling syrup and ganache 


Ingredients Chocolate Ganache:-
250ml fresh cream/double cream/whipping cream-(Ayu used whipping cream)
250g dark cooking chocolate(Ayu used  Valrhona chocolate)
30g butter
 

Method:-
Place the chopped chocolate in a bowl. Heat the cream until it just begins to boil. Remove from heat and pour over the chocolate. Let stand one minute, then stir. Add in butter and continue to stir until smooth. Cling wrap your bowl and let it sit in a chiller for at least 3 hrs. Once ready to spread ganache on your cake, whisk chilled ganache for a few minutes and its ready to be used.

Ingredients Caramel Syrup:-
50g sugar
25ml of water(1)
50ml waster(2)
Method:-
Heat sugar with water(1) over  fire(cook until it turns caramelized). Add water(2) into the caramel mixture, cook and stir until caramel melts and blended. Turn off heat, let  cool.
(I heated up the sugar waited till it bubbles and slightly burnt before adding water 1&2)-same like Rima did.

To assemble Cake:-
Remove the cake layers from the pan and cut into 2 layers in horizontally, using a serrated bread knife. Set the first cake layer on a cake plate. Spread simple sugar over it which u can easily do by cooking 1/2 cup of sugar with 1/2 cup of water. Then spread caramel syrup and ganache(1cm thick) over the cake layer, making sure it reaches to the edges. Set another cake layer on top. Spread ganache on the sides and top then pipe a decorative border around the top.



Tuesday, November 22, 2016

Rendang Kerang Kelantan

Beli kerang ni bila tengok penjual dah bersihkan..cantik aje..kalau tak, berlumpur lagi memang malas nak beli..so ceduk punya ceduk dah terambil 1kg..balik rumah terus rebus dan ambil isinya..fikir punya fikir nak masak apa kerang banyak tu..ingat nak buat sambal aje..tapi macam boring aje kan.asik sambal aje..so browse through nampak Rendang Ayam Kelatan kat dapur Kjee..terus idea datang tukarkan ayam ke kerang..Terimaksih Kjee for sharing the recipe..kita panjang2kan disini pula ya.


RENDANG KERANG KELANTAN
Adapted from Rendang Ayam Kelantan
Sources: Kjee
Tried & Tested: Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)-(Ayu guna 1kg kerang direbus ambil isi ketepikan)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar(Ayu guna 2 biji bawang besar)
4 ulas bawang putih-(Ayu guna 2 biji)
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)-(Ayu guna 25 biji cili padi)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut-(Ayu tak guna ni)
2 batang serai
2 cawan pati santan(Ayu guna 1 cawan)
1 sudu besar cili kisar (Ayu tambah)
1 keping asam keping(Ayu tambah) 
garam
sedikit gula

CARANYA:

Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai(Ayu kisar sekali dengan bawang) daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.(kerang)
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.

Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak. 

Monday, November 21, 2016

Ayam Grill Mushroom Sos


Assalam, menu western ni kita buat bila dah rasa jelak nak makan nasi atau buntu nak masak apa..hehe..ternampak recipe ni lalu kat fb wall juga..tengok dishare kat satu page ni..terus print screen kat handphone kita..terlupa pulak nak snap page apa..So macam biasa kita type nama menu ni..banyak pula yang keluar..lepas ditapis kita jumpa rupanya recipe asal dari Lina Penang..terimakasih Lina for sharing this recipe..memang sedappp..Anak2 suka biasalahkan...ayammm..hehehe

Sini dah start cuti sekolah...siaplah fridge dah kena ada  stok untuk anak2 burung..yang kejap2 lapar.. Abang sulung tak masuklah sebab dia balik on weekends aje ...yang Marsya tak berapa sangat makan nasi..but more of tidbits & roti sapu nutella..yang bujang kedua nilah si Iqram yang kejap2 lapar...in fact dialah yang paling pemakan dalam rumah kita..Marsya called him 'rubbish dump'..hahahah sebab semua dia bedal..kalau Marsya tak habis..he will tolong habiskan...baguslah juga tak waste food kan..hahaha..but for him no matter how much he ate still almost under weight he said..hahaha..


Ayam Grill Mushroom Sos
Sources:- Linapg
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4) -(Ayu guna dada ayam)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar) -(Ayu guna halia kisar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel. 
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Kalau nak kelar pun boleh juga.Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.
Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.atau boleh perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.guna pan  jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

Friday, November 18, 2016

Ikan Merah Masak Mengkulu

Ikan merah ni Mr Hubby yang beli..satu hari tu dia bawa balik beberapa jenis ikan dari pasar..mostly ikan merah...kalau kita pergi pasar, kita beli ikan sikit aje..heheh..yang banyak ayam & daging serta udang..then kita pula suka beli ikan yang jenis kecil2 sebab suka goreng..walaupun nak menyiang nya ada leceh sikit tapi kita suka makan ikan kecik2..
maklum ler bukan peminat ikan sangat sebenarnya pun...

Kalau sekeping macam kat atas tu kita boleh makan sebelah aje..tapi kalau Mr Hubby, 2 keping kasi kat dia pun boleh habis..memang suka makan ikan..
Kalau anak2, memang kuranglah kan..tapi for this lauk, to 'con' them, I suapkan dia orang makan..bayangkan yang satu dah 15 tahun & the other dah 10 tahun..both I suapkan so that they dont see its fish!..heheh..Percaya tak..my anak yang dua orang ni walapun dah besar suka kalau kita suapkan makan..mereka berselera tau..Alah bukannya selalu kita suapkan..sekali2 aje ..the bond is there you know.. I want them to remember, tangan mama dia orang yang suapkan makan so that they will ingat later part in their life betapa sayangnya mama pada mereka..(eh macam sedih pulak type ni..)

Kalau yang tertanya2..Mengkulu tu apa?..Mak pun tak tahu ..bila browse the net..Bengkulu tu adalah satu daerah di Sumatra Barat..in English Bencoolen..mungkin juga ini masakkan daerah itu..asal boleh aje lah..hahaha..

Ikan Merah Masak Mengkulu
Sources:-Majalah Sutera Feb 2012
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
10 keping isi ikan dory-(Ayu guna 5 keping ikan merah)
6 sudu besar lada kisar
4 biji buah keras ditumbuk halus
1 sudu teh serbuk kunyit
4 biji  limau nipis diperah jusnya
garam secukupnya
(Disatukan dan perapkan dengan isi ikan)

Bahan B:-
1 sudu besar serbuk rempah kari ikan
15 biji bawang kecil
2 batang serai-(Ayu blender kering)
4 ulas bawang putih-(Ayu guna 2 biji aje)
2 helai daun limau
2 tangkai daun kunyit 
(Bahan dihiris)

1 kotak kecil santan-(Ayu guna 1/2 kotak aje) +air
garam & gula secukupnya
minyak secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak didalam kuali, kemudain goreng isi ikan yang telah diperapkan sehingga kekuningan. Tuskan.
Panaskan minyak didalam kuali lain kemudian tumis bahan yang dihiris.(Ayu masukkan sekali lebihan bahan perap tadi juga). Apabila naik aroma, baru masukkan serbuk rempah ikan. Kacau sehingga rata baru tuangkan santan dan masukkan sedikit air.
Apabila mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng, garam & gula secukupnya.Kecilkan apidan masak sebentar.
Masakkan ini enak dihidangkan dengan nasi putih & keesokkan harinya.