Thursday, August 25, 2011

Biskut Anzac

Biskut Anzac, not sure kenapa namanya begitu..bila nampak recipe ni dalam buku, kita pun teruja nak cuba sebab ada kacang pistachio for the topping..apa2 pun bikut ni pun ok juga..cuma kita potong ikut convenience sebab , resipe asal dipotong macam diamond...
Memandangkan kerja kita masih banyak menanti.. kita tak sure whether ini adalah entry terakhir, sebelum raya..kalau sempat kita akan updatekan more kukis recipe itu kalau sempat lah dan kalau sempat nak buat pun..heheh..menu2 kek nampak gaya macam biasalah kena tunggu lepas beraya lah baru kita dapat nak update..

Biskut Anzac
Sources:-From Puan Saadiah Mohammad
Bahan2:-
210g tepung gandum
140g mentega kacang halus-(peanut butter)
125g mentega
100g cornflakes-kisar kasar
80g gula kastor
80g tepung suji
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar sirap kencana-(golden syrup)
1 sudu kecil serbuk penaik-(baking powder)
1 biji telur

coklat masakan-dicairkan
kacang pistachio -dicincang halus-(Ayu bakar sekejap)


Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega kacang, mentega, gula  dan telur sehingga sebati.
  2. Masukkan sirap kencana dan pukul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli perlahan hingga menjadi doh.
  4. Canai doh antara lapisan plastik. Potong bentuk berlian 4cm panjang.Atur atas dulang pembakar.(Ayu potong squares aje)
  5. Bakar dalam ketuhar denagn suhu 180C selama 15-20 minit.
  6. Setelah biskut sejuk, celupkan separuh bahagian dengan coklat cair dan taburkan pistachio.

Black Sesame Seeds Cornflake Cookies

Biskut Ketiga kita tahun ni..sedap, rangup, lemak dengan rasa cornflakes & juga bijan..actually kita ni masih banyak kerja lagi nak kena buat, but I put aside kan sedikit masa untuk mengupdate blog dengan resipi biskut yang telah dibuat, ..mana tahu  kot2 siapa2 yang masih terfikir2 nak buat biskut apa seterusnya..

Maaf jika kita tak sempat nak balas kunjungan dan singgah kedapur teman2..faham2 ajelah sibuk teramat sangat..insyaallah jika ada waktu kita jengah2 ya..

Black Sesame Seeds Cornflakes Cookies
Sources:-From Puan Siti Kalsom Edi
Bahan2:-
250g mentega
200g gula kaster
1 biji telur
375g tepung gandum atau top flour-diayak
1 sudu teh baking powder-diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
40g bijan hitam dibakar sebentar
150g cornflake dihancurkan sedikit

Cara:-
Pukul mentega, gula kaster dan vanilla dengan kelajuan yang kuat selama 3 minit atau sehingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi selama 2 minit. Perlahankan kelajaun mesen dan masukkan tepung yang telah diayak, bijan hitam serta cornflake. Pukul lagi selama 2 minit. Bentukkan bebola kecil dan atur didulang pembakar.(Ayu buat bulat then leperkan dengan garpu). Bakar diketuhar 170C selama 15-20 minit atau sehingga garing.


Tuesday, August 23, 2011

Green Peas Cookies

Another cookies yang kita buat ..nak buat cookies ni actually dari tahun lepas tapi bila tengok recipe, kena gunakan tepung instant (tepung dengan kacang hijau) yang confirm tak dijual di Singapore ni..pernah terjumpa tepung kacang hijau ni kat JB, tapi kita hairan kenapa putih pulak..bila tanya salesgirl nya itulah tepung kacang hijau yang dibuat cookies..macam tak confident so kita pun lenyapkan aje hajat dihati.. then baru2 ni kat myresipi ada recipe ni..kita tengok bahan2 tak gunakan yang instant but instead kena kisar sampai halus apa lagi kita pun cubalah ..cari kacang hijau yang dimaksudkan dan kisar sendiri hingga halus dalam food proccesor..lepas digaul dengan tepung, memanglah putih kejadiannya..hehe..so actually betullah yang instant tu putih..selepas digaul dengan minyak & gula icing, baru nampak adunannya hijau..heheh..

Kita beli kacang hijau yang bergaram tu aje..bukan yang coated dengan tepung ya..Kukis ni sedap..masuk mulut, ia cair didalam, dan lepas tu rangup2 bila tergigit hampasan kacang yang dikisar ..Auntie yang tukang rasa sebab kita buat Jumaat  lalu siang hari..tak dapat nak rasa kerangupannya sebab berpuasa... so kita bakar dalam anggaran masa kat bawah tu ler..then malam lepas berbuka, my mum & me pun cuba..memang sedap cookies ni..nak buat pun senang aje..gentel2 timbang dalam 10g tiap doh untuk mendapatkan kukis yang sama size..then coat dengan kuning telur then baru tekan kan kacang hijau diatasnya..Terimakasih puan punya recipe ..mohon kita letakkan disini pula untuk rujukan akan datang..

Green Peas Cookies
Sources:-From farrahaiza@myresipi.com 
Tried & Tested :- Ayu@curlybabsesatisfaction
Bahan2:-
250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam)
250 gm tepung gandum ( i used cookies flour) -(Ayu gunakan tepung top flour)-(Ayu ayak)
125gm gula icing-(Ayu ayak)
150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh-(Ayu gunakan 160g)


Cara-cara: 
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Or masukkan sume bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh
4. Bentukkan bulat-bulat.(Ayu timbang dalam 10g each) Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan
5. Untuk steps yang ini puan punya tak letakkan dibakar atau tidak..so Ayu google dan nampak beberapa blog masakan kaum cina yang bakar dalam oven  175C selama 20-25 minit, so please adjust ikut suhu oven sendiri ya..

Chocolate Chocolate Chip Cookies

Assalam teman2..wahh!!...rasa2nya this few days, ramai yang dah start mengukis ya..mesti sibuk menguruskan urusan seharian..mana nak masak untuk berbuka, nak mengemas rumah (spring cleaning, nak last minute shopping, nak buat kek, nak pasang langsir, nak tu nak ni...pokoknya..semua sebab nak raya punya pasallah..heheh.. as for me, ontop of all that anak2 tengah periksa ..Hasif tengah Preliminary Exams, while Iqram tengah CA2nya..so sibuknya berdouble2...
Dah beberapa tahun,  selalu nak raya mesti clash dengan exams, ini nasib baik sebelum raya dah exam, ada pernah tu hari ni raya pertama esok dah exam..nak enjoy pun tak best..yalah sebab tak dapat nak jalan2 lagilah..

Anyway, kita nak masukkan recipe cookies yang sempat kita buat hari tu...actually kita buat ni dah 2 kali, bayangkan within 2-3 days, adunan pertama dah mukhlisin dek dibaham budak2 kat rumah ni..apa tidaknya siHasif berbuka aje capai botol cookies ni..puas kita terpekik ..beringat2 makan tu..then si Iqram, Marsya pun join sekali..then nenek & mama pun sekaki....hahaha..lama2 habis ler..Kan dah kena buat lagi..tapi this time kita dah warning..tak boleh makan banyak2..kena catu..sebab mama nak buat kuih lain pulak..haha..



Chocolate Chocolate Chip Cookies
 Sources;- From All recipes.com
 Ingredients:-
  • 225 g butter, softened
  • 300 g white sugar
  • 2 eggs
  • 2 tsp vanilla extract
  • 250 g all-purpose flour
  • 55 g cocoa powder
  • 3/4 tsp baking soda
  • 1/4 tsp salt
  • 335 g semisweet chocolate chips
  • 60 g chopped walnuts (optional)-(Ayu used this- roast slightly in oven first)
  • dark chocolate buttons for topping-(Ayu added- optional)

Direction:-

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. In large bowl, beat butter, sugar, eggs, and vanilla until light and fluffy. Combine the flour, cocoa, baking soda, and salt; stir into the butter mixture until well blended. Mix in the chocolate chips and walnuts. Drop by rounded teaspoonfuls onto ungreased cookie sheets. (Ayu added the dark chocolate buttons ontop)
  3. Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven, or just until set. Cool slightly on the cookie sheets before transferring to wire racks to cool completely. 

Tuesday, August 16, 2011

Tauhu Udang - Iftar 13

Sebelum kita start... nak ketawa sendiri ni..hahaha..baru iftar 13 ya..hahaha.. lagi berapa to go ni?..hahaa ..ok  tanpa membuang karen..sebenarnya iftar 13 hari Sabtu hari tu kan..kita tak berbuka dirumah, kita berbuka diluar so actually tak ada menu berbuka nak ambik gambar sebab tak bawa camera..boleh juga kalau  nak ambik gambar tru  camera phone tapi tak kuasalah..kita berbuka pun menu biasa2 aje..

So kita letakkan menu yang kita buat same day time kita buat Wat Tan Hor hari tu..Recipe tauhu udang dari dapur Kak Ros, sedap tau..can say light snack kalau dimakan 1-2 ketul tapi kalau dapat makan 5 ketul dah kenyang habis ni..suka benda2 yang berasas kan tauhu ni..sebelum ni kita pernah  buat Otak2 Tauhu  Pok also from dapur Kak Ros, then Kak Ros reccommended buat yang ni sebab yang ni dia katanya  lagi sedap, so kita try memang betul yang ni lagi sedapp although both I should say sedap but this one one level up lah..

Lepas ambik gambar for this I realised, my udang I letak terbalik hehe..instead of keatas kita terlungkupkan dia pulak..tapi tak apalah..terbalik ke terlungkup ke asal udang kan..Kalau nak tengok steps macam mana nak buat udang ni silakan keblog Kak Ros ya.. So Kak Ros, kita letakkan recipenya disini pula ..Thanks for sharing kak..I like!!


Tauhu Udang
Sources:-From Kak Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 10 keping tauhu kering bentuk 4 segi tepat.
* 10 ekor udang sederhana besar dicuci bersih dan buang kepalanya
* 2 tangkai daun kesum hiris halus
* 1/2 helai daun kunyit dihiris halus
* 1 tangkai daun pasli dihiris halus
* 1/2 biji bawang besar dimayang nipis
* 1 biji cili merah potong halus (boleh guna cili padi jika suka)
* 3 biji telur
* Garam secukup rasa
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 2 cawan minyak masak


Cara memasak
1- Buat lubang memanjang diatas permukaan tauhu (guna gunting) Korek keluar sedikit isinya
2- Dalam mangkuk kocok telur bersama garam dan lada sulah.Masukan pula bahan-bahan yang dihiris tadi.Kacau sebati.
3- Masukkan 1 sudu kecil bancuhan telur kedalam tauhu dan letakkan seekor udang.Masukan lagi dalam 3 sudu bancuhan telur sehingga permukaan tauhu kelihatan penuh.(jangan bimbang bila nampak telur meresap kedalam tauhu dan kelihatan seperti kering)Buat lah sampai habis.Jika ada lebihan telur yang mengalir keluar dalam pinggan,masukan semula kedalam tauhu.
4- Panaskan minyak dengan api sederhana.masukkan sebiji tauhu secara perlahan.Gunakan 2 batang sudip.1 untuk menekan tauhu dan satu lagi untuk menyeduk minyak panas ( lakukan dengan cepat) dan siram keatas tauhu agar telur cepat masak.Bila telur diatas tauhu kelihatan masak,boleh lah balik-balikkan tauhu sehingga garing di semua bahagian.
5 - Masak lah sebiji-sebiji sampai habis.Siap untuk dihidang.
6- Mesti cuba sebab sedap!