Wednesday, December 14, 2016

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang

Ayam goreng yang sangat sedapp..between last year to this year..I think kita dah buat lebih dari 10 kali..tapi baru ni ada kesampaian nak masuk kan dalam blog..goreng ayam guna recipe ni waktu open house tahun lepas ..tetamu yang datang semuanya tanya & minta recipenya..sehinggalah tetamu yang sama datang tahun ni kita masih tak sempat nak kasi lagi sebab mostly yang tanya tu are Mr Hubby & my Chinese friends..hehe..I told them recipe dalam bahasa Melayu nak kena convert to English belum ada  time lagi ..hehe...ah ni dah masuk blog boleh kasi dia orang linknya then suruh google translate kan for them..:)

Rasa2nya ramai juga yang dah cuba recipe ni..tapi kita baru nak masukkan dalam blog.. tak apalah kan..better late than never ....Terimakasih Tuan for this this recipe..kita panjang2kan disini pula..:)

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang.
Sources:- Balan Nambiar
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
·         4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
·         2 Sudu besar Tepung beras.
·         1 Sudu besar Tepung jagung.
·         1 Sudu kecil serbuk lada putih.
·         1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
·         2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
·         1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
·         3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
·         3 Tangkai daun kari dipotong halus.
·         1 Kg.  Minyak untuk goreng.
·         Garam Secukup untuk dirasa.


Cara penyediaan:
1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.


2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram20-30 minit sebelum gorengan.


3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.


4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. .Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.


6 comments:

Phong Hong said...

Looks good, Ayu! I love this type of ayam goreng yang ada rempah. Bookmarked to try! Thanks for sharing :)

Monica Rampo said...

enak ini kak... boleh deh kapan2 saya coba ya kak... semakin banyak resep baru semakin ingin dicoba semua ha ha ha... jadi antri dulu resepnya

adda syuhada said...

sedapnyer...

Ayu said...

Phong Hong
Thank you PH, yes should try this...:)

Ayu said...

Monica
ya Monica, memang harus dicuba ni..sedapp..akak dajh cuba banayak kali tau..
suka dengan recipe ini..hehe:)

Ayu said...

adda
thank you adda