Friday, December 09, 2016

Nasi & Ayam Saffron

Assalam, semasa kita pergi bercuti diIstanbul tahun lalu..kita ada beli saffron atau nama lain koma2  di Spice Bazarnya..kotak kecil sebesar kotak mancis tapi kecil lagi sikit harganya dalam S$15..yalah beli pun sikit sebab mahal kan..nak beli banyak pun tak larat ..sebab bukan selalu kita masak guna saffron pun...nasi saffron yang kita buat ni..kita guna sikit aje saffronnya itu yang warnanya tak berapa menyerlah..nampak ke kemuttan ku disitu..hehehe.. lain kali kalau nak masak lagi nasi ni kita kena generous dengan saffronnya sebab warnanya dan bau nya memang harummm membangkitkan selera betul tau..

Rakyat jelata, bukan main laju dia orang makan...this set of rice dapat pujian dari my mum..Alhamdullilah...kita tak sempat nak buat acar nenas, so potong nenas ajelah..hehe..nasib baik acar timun ada..goreng keropok pappadum to complete the set..
As for the ayam saffron kat bawah ni..kita terlupa nak ambil gambar so..kita just use my earlier picture lah ya...tak salah kan..gambar sendiri anyway...bukan ambil orang punya hor.. 

Nasi Saffron
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
7 cawan beras basmathi, dibasuh rendam selama 20 minit & toskan
1 cawan susu + 7 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2-3 cubit saffron direndam dengan 1/4 cawan air panas 
1 kiub ayam 
*3 helai daun pandan disimpul
*1 batang kulit kayu manis
*1 biji bunga lawang
*5 biji bunga cengkih
*5 biji buah pelaga
 3 sudu besar mentega + sedikit minyak masak
Garam  & perasa secukup rasa


Cara:-
Panaskan mentega & sedikit minyak, tumis bahan2* hingga naik bau. Masukkan bawang besar & bawang putih hiris, kacau hingga layu. Masukkan kiub ayam, air biarkan hingga mendidih.Masukkan juga saffron tadi. Sementara itu masukkan beras yang telah ditoskan tadi kedalam periuk nasi. Tuangkan air tadi serta susu kedalam periuk nasi. Kacau rata & perasakan dengan garam & perasa secukupnya. Masak nasi macam biasa.

Ayam Saffron  
Sources:- Faridah Begum
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam - dipotong 8 -(Ayu guna 2 ekor ayam kecil)
1 cawan tairu
1 cubit koma koma
1 sudu teh jintan manis
5 kuntum bunga cenfkih
5 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
2 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar lada kering kisar-(Ayu guna 2 sudu besar)
1 biji tomato didadu
2-3 bawang merah dihiris
3 batang lada hijau dihiris + -(Ayu tambah 12 biji cili padi)
11/2 sudu besar rempah kari daging-(Ayu guna 3 sudu besar)
1 cawan air-(Ayu guna 2 cawan)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa    

Cara:-
Perap ayam bersama tairu & koma koma selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, pelaga dan jintan manis sehingga wangi. Masukkan bawang hiris dan tumis sehingga layu. Masukkan halia dan bawang putih kisar dan tumis lagi. Masukkan pula lada kisar dan tumis hingga garing. Setelah itu masukkan tomato, hirisan lada hijau. Tumis sehingga wangi lagi. Masukkan rempah kari serta satu cawan air+(1cawan), gaul rata dan kecilkan apinya. Apabila pecah minyak, barulah dimasukkan ayam. Taburkan garam, gaul rata dan masak sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Jika airnya kurang, tambah secawan lagi air.

6 comments:

PH said...

Ayu, this saffron rice and chicken look so sedap. This is the sort of food that I enjoy. I bought some saffron recently. So expensive. Tapi tutup mata dan beli jer. heh..heh...

Monica Rampo said...

penasaran dengan saffron ini kak, tapi apalah daya, tak ada saffron di sini, kalaupun ada tentu mahal, dan pasti pikir2 kalau nak beli he he he

as usual, mesti terliurlah lihat pic masakan kak Ayu, nyam2

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu..
Alahai sedapnya tgk nasi+ayam saffron ni..dah lama saya xmain masak2 nasi berperisa camni..asyik bz ngn kek jer..masak pun asal lepas boleh makan jer huhu..
Bookmark dulu..saffron dok ada lagi tu..boleh la try one day (one day xtau bila la tu)

Ayu said...

Phong Hong
Cubalah..my family suka this nasi..my mum cakap nasinya tak muak..its very light..
memang saffron mahal giler..nak sedap punya pasal memang tutup mata, telinga & mulut juga..hehehe..:)

Ayu said...

Monica
ya Monica, saffron(yang tulen) very expensive.. ada yang murah juga tapi qualitynya tidak bagus....kalau ada memang harus dicuba ya..
terimakasih Monica..begitu juga akak tengok gambar2 masakkan monica juga..:)

Ayu said...

Lina
walkslm, alahai lina, bz tu rezeki..tak apalah bila2 dah tak sibuk tu boleh dicubakan...akak faham situasi macam lina tu..sibuk ambil order masak pun mana yang sempat..alangkan akak ambil order ciput2 pun kalau ada order tunggang langgang dapur akak..hehehe..