Monday, December 19, 2016

Nasi Neychoru & Ayam Mulakittathu

Nasi Neychoru ni bila kita google sebenarnya Nasi Minyak in Malayalam..dan Ayam Mulakittathu pula adalah sejenis 'Spicy Red Curry' a special delicacy of Kozhikode or Calicut (Malabar cusine, South India.). Recipe kita dapat dari puan Alina Ali kat facebook..Terimakasih ya sis..kita cuba buat memang sedappp nasi & lauknya ni...
Kita kan pantang nampak recipe Nasi berperisa macam ni..mesti nak cuba..Kita lawankan dengan Pajeri Nenas, Papadum & Acar Nenas & Timun..

Posting pada hari ini, adalah posting terakhir untuk tahun ini...macam biasa, I will take a break..maklum ler, dah hujung tahun ni..time ni ajelah kita boleh bergerak merentas lautan dalam..hehehe...

Tapi yang pasti kali ni semua dapat ikut sama, maksudnya my Hasif pun boleh pergi juga..tak macam tahun lepas dia kena tinggal sebab tengah buat Basic Military Training..tapi pun ada sedikit tak ngam sebab pergi & balik tidak bersama, disebabkan he still got some training the day we fly..so he will join us 1-2 days after we reach our destination & balik pulak we will balik dulu & he will balik a few hours later, disebabkan tiket dah habis sold out...huhu..

Bila kita  boleh start blogging balik is a question mark...faham2 ajelah kan, bila take a break tu..the momentum to pick up balik akan macam slow sikit..Tapi Insyaallah selagi kita ada mencuba & memasak recipe2 yang kita rasa nak masukkan dalam blog kita ni..insyaallah juga kita akan terus mengupdate, dalam draft pun banyak lagi posting2 yang tertangguh..walaupun kita tahu, blog sekarang ramai yang dah tak mengikuti, sebab  dah ada facebook & instragram.....Kadang2 memang terasa sunyi gitu..:(

Anyway..since I will be back from my holidays crossing over the new year.. 
Kita nak ucapkan, an advance  Happy New Year 2017
to all my friends, guests, silent follower & readers!
May all of you be blessed with good health, wealth & prosperous year ahead..Insyaallah..
Till we meet again..

Nasi Neychoru
Sources:- Alinah Ali
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (A)
4 biji pelaga
4 biji cengkih
2 biji lawang
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar didadu
1 cawan minyak sapi (Ayu guna 4 sudu besar) 

Bahan (B)
2200ml air
1 sudu kecil garam

Bahan (C)
1kg beras basmathi dicuci dan ditoskan
(beras jangan direndam) -(Ayu rendam masak ikut style sendiri)

Bahan (D)
10 biji hirisan bawang kecil
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis hitam
minyak sapi seckupnya (Ayu guna minyak biasa sikir aje)

Cara:-
Panaskan minyak sapi dan goreng bawang kecil, gajus dan kismis berasingan kemudian ditoskan.
Masukkan bahan (A) didalam periuk nasi elektrik.
Masukkan bahan (B) dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bahan(C) dan masak seperti biasa.
Setelah masak masukkan bahan (D) dan tutupkan periuk.
Biarkan selama 30 minit dan baru matikan switch.



Ayam Mulakittathu
Source:- Alinah Ali
Tried & Tested:-Ayu@ curlybabesatisfactiob
Bahan (A) 
6 tangkai hirisan lada hijau
4 biji hirisan bawang besar
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih

Bahan (B)
3 biji tomato dadu
2 pelepah daun kari
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar

Bahan (C)
3 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1/2 sudu teh halba ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan (D)
1 cawan air

Bahan (E)
1 ekor ayam
air secukupnya

Bahan (F)
1 cawan santan kotak
garam secukup rasa

Bahan (G)
6 biji hirisan bawang kecil
2 sudu makan minyak
1 sudu makan hirisan daun kari
1 sudu makan hirisan daun ketumbar

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan (A) sebentar. 
lalu masukkan bahan(B) dan balik2kan sehingga rata.
Masukkan bahan (C) dan biarkan selama 5 minit.
Kemudian kacau rata dan masukkan bahan (D) lalu tutupkan periuk dan biarkan selama 5 minit.
Buka tudung periuk dan masukkan bahan (E) dan tutupkan periuk sekali lagi.
Setelah empuk dan kuah agak pekat. Masukkan bahan (F) dan kacau pelahan sehingga rata.
Biarkan sebentar sekitar 5 minit dan terus matikan api.
Sekarang panaskan minyak dari bahan (G) dan masukkan bawang kecil.
Goreng bawang kecil sehingga layu setelah itu matikan api.
Kemudain terus tuangkan kedalam periuk yang berisi kuah tadi.
Taburkan dengan hirisan daun kari & daun ketumbar.
Hidangkan dengan Nasi Neychoru, Dalca, Acar timun serta paceri nenas.


7 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu sama plak menu kita ari ni (sama posting la)ns saya dan brbulan dalam folder hehee.
mak aih sedap nau kombinasi ns minyak kak ayu ni...sungguh menyelerakan..alahai nasi saffron pun xterbuat lagi camno ni..dah kuar nasi lain dah huhu

Phong Hong said...

Yummy! I love nasi minyak or any kind of spiced rice. Eaten with curry, wah makan bertambah-tambah. Anyway, happy holidays, Ayu. Have a great time with your family!

Ayu said...

Lina
Walkslm..hehe kebetulan lah ya..lina..
Biasalah nasi minyak ni kalau kat rumah akak ni lawannya mesti dgn ayam..daging jarang sebab tukang masak pun prefer ayam dari daging...haha..tak apa nasi saffron tu boleh slow & steady...;)

Ayu said...

Phong Hong
Same2 lah PH..my family pun suka nasi berperisa..dulu my hubby tak suka sangat..sekarang dia bedal aje..
Thank you PH..you pun sama ya.. happy holidays to you & family..

Monica Rampo said...

pagi-pagi lihat masakan kak Ayu jadi lapar he he he..

kak Ayu, happy holidays ya, semoga selamat di tujuan dan kembali lagi dengan selamat, sehat dan tanpa kurang...

happy new year 2017 kak, see you next year... semoga kak Ayu masih rajin posting he he he

Amie said...

Ayuuuu... cemana nak sebut nama resepi tu! Terbelit-belit lidahku hohohooo!
Selamat tahun baru 2017 and senyum selalu!

Rosdi Eunos said...

Haha... berbelit lidah nak sebut tu ... but as always, never ceased to membuatkan saya kecur with the recipes and photos