Monday, November 29, 2010

Daging Salai & Nangka Lemak Cili Api

Kembali keudara..hehe..lauk yang sedap pada kita lagi2 kalau pedas gilerrs...daging salai buat sendiri versi bandar..haha..nak cari yang dah siap mungkin kena pergi Negeri Sembilan baru jumpa kot..heheh..yalah sebab I ambil resepi dari mokwonik yang duduk diSenawang N9, dan mokwo gunakan daging salai yang siap disalai...kita salai pakai oven aje..gaul kunyit & garam as mokwo's advice..sedap betul tau...

Lauk2 kampung ginilah yang memang menjadi pujaan hati ku...I gandingkan dengan nangka muda yang direbus dulu hingga lembut mak ai..sodap betul ni....heheh kan dah 2 kali cakap sedap tu ...cubalah..
Mokwo, minta izin diletak resipinya disini ..thanks  bermillion million ya..

Ingredients:-
350gm daging salai- hiris melintang urat
1 batang serai- ambil bahagian putih nye aje *
1/2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 " halia*
1" kunyit hidup*
15 biji cili api *-(Ayu macam biasa buh lebihlah)
200ml pati santan
1 keping asam keping
1 1/2 cawan air
6 biji terug telunjuk--belah 2 memanjang -(Ayu gantikan dengan nangka muda direbus hingga lembut bersama dengan garam)


 Method:-
  • kisar semua bahan yg bertanda *
  • panaskan periuk, masukkan bahan2 kisar tadi . tambah air dan asam keping didihkan
  • masukkan daging dan santan..kalau terlalu pekat boleh tambah air
  • bila dah didih masukkan pula terung telunjuk (nangka muda) dan masak sampai terung empuk dlm 5 minit
  • perisakan dgn garam dan gula
Sources:-From  mokwonik.blogspot.com

Daging dibasuh dan toskan airnya. Lumurkan dengan garam & kunyit perap sekejap .
Kemudian 'salai' dalam oven ...bakar hingga masak tiap 10-15 minit balik2kan..
Bila dah masak hiris nipis.

Maggi Goreng Mamak

Salam, uish dah lama tak update ya..biasalah..baru nak update ada aje yang menyibuk nak pakai computer...bila time lengang sibuk kat dapur pulak, yalah yang mustahak didahulukan, kang melanguk depan computer, budak2 nak makan mama belum masak habis ler...school holidays ni budak2 mesti cari makan punya...lagi2 si Hasif, pukul 11 or 12 mesti tanya mama masak apa?....padahal baru sarapan cereal 1 mangkuk besar..hehehe

Maggi goreng ni  was breakfast  pagi semalam,  semua ada, so kenalah buat sarapan ..roti dah habis, tepung pulak tinggal sikit, jadi cari dalam drawer ada maggi ni I pun gorengla alah2 mee goreng mamak gitu..cuma tukarkan meenya aje, dan apa yang ada dalam fridge..boleh jugalah kan..dari tak  ada apa nak makan ...bak kata my cousin yang duduk kat KL dulu2 "Jangan banyak songeh"..hehe

Ingredients:-
  7-8 pieces cintan mee/maggi mee boiled in hot water w /some salt & oil added, drained-(7-8 keping mee cintan direbus dengan sedikit garam & minyak toskan)
 2  fish cakes sliced-(2 keping kek ikan dihiris)
some fresh prawns-(udang ikut suka berapa banyak)
bean sprout-(taugeh)
chye sim-(sawi)
3-4 tbsp chilli paste-(3-4 sudu besar chili kisar)
2 tbsp meat curry powder-(2 sudu besar serbuk kari daging)
3-4 tbsp black soy sauce-(3-4 sudu besar kicap pekat)
2 tbsp tomato sauce-(2 sudu besar sos tomato)
1 big onion sliced-(1 biji bawang besar dihiris)
3 eggs-(3 biji telur)
2-3 green chillies sliced thinly-(2-3 biji cili hijau dihiris)
 garam & perasa secukupnya-(salt & msg to taste)
 
Method:-
Heat oil and saute onion , chilli paste, green chillies, curry powder till fragrant. Add in prawns, sliced fish cakes,  stir and let it for a while.Add in soy sauce, tomato sauce and noodles and stir well. Add in chye sim and make a well add in the eggs and let it cook for a while before stirring. Stir well, lastly add in bean sprout , stir and turn off heat.-(Panaskan minyak dan tumis bawang, cili kisar, cili hijau dan serbuk kari hingga naik bau. Masukkan udang, hirisan kek ikan, kacau dan biarkan sebentar. Masukkan kicap, sos tomato dan mee, gaul rata. Masukkan sawi dan buat lubang ditengah dan masukkan telur, biarkan sebentar sebelum kacau. Gaul rata dan akhir sekali masukkan  taugeh. Kacau rata dan matikan api.)

Award Dari Yatie & Love2cook

Salam would like to hang this award which I've got from Yatie & Love2cook.
Walaupun blog kita tak adalah cantik mana dan tak selovely..,
  I accept it with  open heart..
Thank you both for awarding me these..

Award from Yatie,
Thank you dear, with this award comes with some tags
so here it goes..nasib baik tak panjang..hehe
Nickname untuk tuan empunya blog :
  • Curlybabe or Ayu Singapore
Ucapan untuk yang memberi award :
  • Terima kasih banyak2 dan 
  • Terharu sebab sudi berikan pada kita...
6 fav artist / singer / group
Errm macam tak ada..hehe

The next award was given to me 
from  Love2cook Kuala Lumpur

Thanks again semuanya sebab ingat kat kita...for the rest of blogger friends,
sudi2lah ambik the awards above..

Wednesday, November 24, 2010

Banana Soft Marble Cake

Marble Cake again, this was actually Raya cake the other day....remember I said that I made cake, muffins and apam on the eve of raya?..well this was it...the apam already telecast, the cake also done, but the muffins I think I wouldnt want to post it here cause tak jad!!!...Talking about tak jadi, I would like to apologize if some of you already tried making the BROWN SUGAR MARBLE CAKE which I posted the other day..the eggs used was total 9 - use 9 egg yolks + 7 whites ya(Meaning 2 egg whites take away), not using 2 whites which I typed earlier..so so sorry if some of you already tried making this(kalau adalah ya)...Thanks to Deedah for informing me kalau tak memanglah I tak perasan langsung, ... Minta maaf banyak2 sekali lagi kalau ada yang dah cuba kek tu...kita rasa bersalah betul- betul ni....kalau ada yang nak mintak kita gantikan telur & butter tu cakap ya(serious ni)!!...

Ok back to the above cake, this cake recipe was taken from  Noreen 's blog.. did this before here..but this time, I added the bananas cos I have lots of them sebab sayang kalau dibiarkan begitu aje...sukatan gulanya dah I adjust as dah buh pisang and pisangnya dah manis..

Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 170g)
260gm tepung gandum-(Ayu kurangkan 10g-so 250g)
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air-(Ayu tambah 1camb susu)
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
1 cawan pisang yang dah dilecek

Method:
  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan, masukkan pisang lecek dan gaul rata (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi
note: sedap, lembut dan senang dibuat
sumber dari aini salim

Udang Berempah

Lauk sampingan yang dipadan kan dengan lauk asam tadi...sedap juga dibuat ratah2...nak c&p dari mesra.net tak boleh pulak..ada gambar merah keluar..terus kita cabut..website tu kena attack virus kot..terpaksalah I type balik recipenya ni...

Just now, my mum cakap, "kau ni recipe terlalu banyak, sampai aku pun dah tak ingat recipe mana yang sedap..nak suruh kau buat yang mana pun dah lupa.."..I just laughed aje..hehe.."in my heart lebih banyak sedap dari tak sedap ke mak?.."hehe....yalah kalau tak sedap kena humming kat telinga berhari2...tak boleh tahan tau..hehe


Bahan A:-
1kg udang
3 biji bawang besar (potong bulat)
1 labu bawang putih-hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
rempah 4 serangkai-Ayu gunakan all spice sikit aje
10 tangkai cili padi-ikut kepedasan
garam & serbuk perasa secukupnya
gula sikit-buat syarat
daun ketumbar-agak2 aje

Bahan B:-
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk cili


Method:-
Gaul rat kewsemua bahan B, sedikit garam & perasa bersama udang. Goreng jangan terlalu lama, angkat tos dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai.
Apabila wangi kecilkan api, masukkan kesemua serbuk didalam bahan A, garam, perasa & gula dan kacau. Apabila semua serbuk tadi dah masak, masukkan udang tadi & gaukl rata. Masukkan juga daun letumbar yang telah dipotong kecil2. Udang berempah siap dihidangkan, Lagi sedap diratah begitu sahaja.
Tambahan:-Masak udang berempah ini tidak meggunakan air walau sedikit pun. Oleh itu ketika masak kesemua serbuk dibaahn A memerlukan api yang kecil & selalu dikacu. Jika api sederhana besar atau besar remaph tadi akan terasa pahit.
Sources:-From resepi.mesra.net