Friday, February 11, 2011

Enoki Goreng Hot & Crunchy

Assalam, selamat pagi Jumaat..eh pagi lagi ker ni?...belum pukul 12 masih pagilah kirakan..haha..
Pagi ni kita masukkan entry... cendawan Enoki goreng yang sepatutnya masuk lepas entry sotong kena kurung hari tu..hah...Pertama kali kita goreng cendawan enoki ni, dulu pernah dah nak beli, tapi fikir2 halus sangat nak mengerjakannya itu yang tak jadi..tapi, fikir balik nak try jugalah menggunakan cendawan halus ni....tapi this time, kita gunakan recipe dari Puan Nor Terengganu, Thank you ya puan .. kita minta ampun derhaka sikit sebab mengadjust mana2 tu..hehe..recipe asal Nor gunakan cendawan tiram..Sedap juga cendawan goreng menggunakan recipe ni ya Nor!!..Cuma itu ajelah kalau guna cendawan enoki ni kena buat kerja lebih sikit sebab dia halus sangat..rasa macam lama nak game gitu..hehe..makannya sekejap aje dah habis...
So kita letakkan disini pula untuk siapa2 yang nak mencuba ya..

CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
Bahan2:
400 gm cendawan tiram-(Ayu gantikan dengan 1 packet cendawan Enoki)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain-(Ayu kurangkan sikit)
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas-(Ayu letak 1 sudu besar)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam + sedikit perasa-(Ayu tambah)
1 sudu besar bawang putih kisar-(Ayu tambah)
1 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak.
Sources:-From http://secubitgaram67.blogspot.com


Inilah cendawan enoki yang I gunakan tu..

Wednesday, February 09, 2011

Sambal Tumis Sotong Kurung

Ingat lagi tak recipe sotong yang dalam tin yang pernah I posted here?..Rupanya sotong ni dipanggil sotong kurunglah..hehe..I panggil sardin sotong..haha..asal boleh aje eh kita ni..kali ni cuba recipe dari  Diana lagi..kalau dulu I gunakan kicap & cili kisar, kali ni gunakan cili padi..memang best..I masak 2 tin, licin..

SAMBAL TUMIS SOTONG KURUNG
Bahan-bahannya
1 tin sotong dalam tin-(Ayu bilas, tos & siat2kan macam atas)
1 biji tomato, dipotong baji
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 batang lada merah
7 batang cili padi thailand (merah)-(Ayu gunakan lebih lagi)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api yang perlahan sehingga bangkit baunya dan rempahnya masak dengan sempurna.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan juga gula. Gaul rata dan masukkan sotong bersama sosnya Tumis lagi sehingga rempahnya memekat. Rasakan sambalnya jika ada perasa yang kurang boleh ditambah apa yang patut.
4. Akhir sekali masukkan tomato, gaul sebati dan padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Nota D: Penggunaan garam pun jangan terlalu banyak sebab sotong dalam tin nih ada kala sosnya dah masin jadi kena seimbangkan.

Taugeh Masak Kuah Kincam

Ok, entry hari ni..lauk simple2 aje..pasal apa simple sebab, kita sibuk buat project hari tu..haha..Kalau nampak fishballs tu, tau untuk siapakan..hehe si budak perempuan tulah..Recipe from Diana I adjusted apa yang ada in stok dan adjust mana2 ikut my seleralah..Thanks Diana, akak copy & paste kesini pula ya..

TAUGE MASAK KUAH KINCAM
Bahan-bahannya
500 gram tauge, dibersihkan-(Ayu gunakan taugeh kasar)
5 ekor udang
1 kotak tahu sutera, dipotong 6-(Ayu tak letak sebab tak ada stok)
1 ikat su’un, direndam
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris halus
7 batang cili padi thailand, dihiris-(Ayu ketuk aje)
2 sudu teh serbuk lada putih
8 sudu makan kicap-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besar kicap masin)
Bawang goreng
Daun sup, dibersihkan dan potong sepanjang 3 inci
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang dan cili padi thailand dan juga udang. Tumis sehingga bawang layu dan udang masak.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih, diikuti dengan air sebanyak mana anda inginkan kuahnya. Kemudian masukkan juga kicap. Gaul rata.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tahu, su’un, tauge, daun sup dan bawang goreng. Padamkan api dan tutup periuk.

Nota: Jika takut pedas boleh gantikan cili padi dengan cili merah. Tauge jangan dimasak terlalu lama nanti layu sangat tak sedap. D selalu menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang.
Sources:-From http://resipidiana.blogspot.com

My favourite Blog Award - From Hana Memories


Sebelum kita start berblogging dulu, bila masuk keblog masakkan I've spent so much time, browsing one by one blog2 ni..melompat dari satu blog kesatu blog..hingga lah terjumpa blog2 masakkan seperti sifu2 Che Mat Gebu, Kak Ummi Kuantan, Anawahid, Mamafami, Jun@yummylicious, Bro Rozzan, Diana dan salah satu daripadanya adalah blog HANA .. merekalah yang membuat dunia masakkan begitu colourful & fun...then  dengan adanya Myresipi.com lagilah membuat I nak mencuba apa saja yang dipostkan..
Sungguhlah I  rasa banyak yang dipelajari since blog2 nilah yang memberi kita inspirasi, resources & knowledge yang kata orang, tak kan jumpa diluar .. mereka dengan ikhlas berkongsi recipe2,... yang banyak juga I cuba hingga ke hari ini...and mostly sedap2 & kena dengan selera my family..

Terasa siapalah kita didunia masak memasak ni..lagi2 kita dengan almost zero knowledge... bila post comment kat shoutbox, beberapa kali masuk check tuan punya dah jawap kebelum..hehe..bila dah jawap sukalah kita..
Then bila ada blog, sudi pulak mereka melinkkan blog kita..tapi tak sangka juga,  salah satu blog favourite dari sifu Hana  kat atas tu tercatat nama blog kita yang tak seberapa ni..
SUNGGUH2 TERHARU!!!..
tak terfikir dan terimagine langsung..begitu tersentuh sekali..Walaupun Hana ni jauh lebih muda dari kita,  I really salute to her for her great skills, creativity & quick thinking in whatever she do..akak bayangkan diusia semuda Hana time akak dulu satu habuk pun akak tak reti masak..heheh...memang jauh perbezaannya kalau compare Hana dengan akak dulu..memang pun bak kata orang tinggal sendiri dengan tinggal dengan mak lain...
(adik2 dengar tu..hehe)

Updated:- 
Award ni diterima dari
Yat Maria
&
Ayu Safieza
juga..
lagi2lah terharu..sebab dapat lagi award ni dari
both of you
Terimakasih semuanya, kerana sudi berikan award ni buat akak..
Dibawah ni rulesnya for this award..

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.

  • Done
2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya.
  •  Actually my favourite lebih dari 5 ..kalau nak tulis kena bukak blog baru lagi satu ..hehehe..Each blog mempunyai ciri2 yang tersendiri & keunikkan, so favourite, nice, like or dont like is subjective to each of us..Boleh dikatakan blog2 yang dilinkkan, blog2 yang I follow tapi tidak dilinkkan juga my favourite..so thats it..

3. Tagkan ke 5 blog tu jika kamu mahu - tiada paksaan.
  • Silakan siapa yang sudi ambik award ni dan letakkan diblog anda,
4. Letak link entry kamu di blog insan yg tag kamu tadi.
  • Kalau dah ambik yang ni jangan lupa ..hehe

Tuesday, February 08, 2011

Barbecued Beef, Chicken Wings, Prawns, & Crabs

Assalammualaikum warahmahtullahhiwabarakatu....Rasa2nya dah kenyang makan talam beras yang kita buat 3 loyang tu untuk semua ya..hehe..bak kata Mr Hubby 10 tahun tak nak lagi dah..hahaha....tak adalah mungkin lama sikit baru boleh buat lagi..haha..

Sorry juga tak update blog for the past few days, sebab holidays yang lalu my family semua masuk Johore and overnight kat sana ..biasalah cuti2 nikan, lagi2 quite panjang continue over the weekends and budak2 pun tak ada tuition, so apalagi kembanglah sayap sekejap..hehe..Kita pun tak kemana actually cuma lepak2 kat rumah my brother and we had a family BBQ, just within us aje..my parents dah masuk dulu, my family pulak, Thursdaynya baru berangkat..nasib baik tak jammed..as mostly orang2 yang berbangsa Cina, dah masuk earlier the day before untuk dinner with each family...cuma bila kita balik on Saturday night, jammednya panjang dari kawasan bandar Johore hingga ke Causeway....called the traffic hotline and to our surprise Tuas checkpoint was free flowing..apa lagi kita pun buat U-turn and headed to 2nd link ler..

Anyways, since we already planned nak buat Bbq , I've decided to browse through my collection, and cari recipe untuk bbq tulah..maklumlah jarang buat bbq so tak berapa sure ingredients yang digunakan, kalau dulu2 kita bantai taruk kicap aje..hehehe....terjumpa this in one of my magic cooking book..heheh..so dengan buku2nya sekali  masuk ikut tuannya..and as usual juga, kita( Mr Hubby and me) tuju ke pasar borong SMART to buy the stuff for panggang memanggang..sayang hari tu sotong & anak ikan pari tak ada stok pulak..so just apa yang ada ajelah..dapat ikan pari tapi bapak parilah..

Overall, I beli 1 kg, daging batang pinang untuk dipanggang, 1kg lagi untuk buat satay.(tapi tak buat kuahnya, sebab malas..hehe)
2 kg udang, 1 kg ketam bunga, 1 kg kepak ayam,
sausages & fish/sotong balls..cakap dengan Mr Hubby, ini betul2 nak melan***..ke apa.hehe...
alah anyway, itupun tak habis bbq, kita simpan the rest and buat lauk the next day..

BARBECUED BEEF
Ingredients:-
500g topside- cut into large thin slices, beat to tenderise

Grind coarsely:-
2 red chillies-(If want hot add more)
4 shallots-(bawang merah)
2 garlics-(bawang putih)
1 tsp shredded ginger-(halia)
1 tsp shredded galangal-(lengkuas)
1 stalk lemongrass-(serai)- slice fine

Grind coarsely and add to ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)
1 tsp cumin-(jintan putih)

1 heaped tsp sugar
1 tsp turmericc powder
salt to taste


Method:-
Combine ground ingredients with beef. Add sugar, salt and turmeric powder.Rub into beef. Marinate overnight or a minimum of 8 hours. Brush with oil and grill or barbecue.


BARBECUED CHICKEN WINGS
Ingredients:-
8-10 chicken wings- wash and slash
11/2 tbsp dark soya sauce-(kicap masin)
1 tsp sugar
salt to taste


Grind coarsely:-
2 cloves garlic
4 red chillies
 4 shallots
2 heaped tsp shredded ginger


Grind coarsely and add to above ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)-(Ayu used powdered)
1 tsp cumin-(jintan putih)-(Ayu used powdered)

Method:-
Combine chicken wings with ground ingredients, soya sauce, sugar and salt. Marinate overnight or a minimum of 6-8 hours. Brush with oil and barbecue or grill.










BARBECUED PRAWNS, SQUIDS & CRABS
Ingredients:-
Spicy seasoning:

Grind fine:-
8 red chillies-(If want hot add more)
4 shallots-(bawang merah)
2 large garlic-(bawang putih)
1.5cm length fresh tumeric roots(kunyit hidup)
6 candlenuts-(buah keras)-soak to soften


Add to ground ingredients:-
1 tsp coriander-(ketumbar)
1 tsp cumin-(jintan putih)
salt to taste

500g medium size squids(sotong)
- clean well, removeing eyes and ink sac. Peel off skin, slash body, stuff temtacles in body and marinate with 1/3 of spicy seasoning pushing some into the body.


300g MEDIUM SIZE PRAWNS
- clean, removing whiskers. Keep
 head and hell. Marinate with 1/3 spicy seasoning.











3 FLOWER CRABS- remove shell cavity, discard sotmach contents and spongy gils fm claw sockets. Wash well. Crack pincers, rub with the rest of spicy seasoning.

Method:-
salt to taste Leave the above to marinate for at least 5-6 hours. Brush with oil-sugar mixture(proportion 3-1) and babecue or grill. Serve with SAMBALAN.-(Ayu tak buat buat ni, just cicah dengan cili sos aje)


SAMBALAN
Ingredients:--(Ayu didnt make this, just  used chilli sauce)
2 tbsp brown sugar
1 tbsp prawn paste-(petis)
1 tbsp sugar
1 cup water
1 tsp salt
lemon or lime juice(optional)

Method:-
Put all ingredients in a saucepan(except lemon juice), stir and boil for ten minutes. Remove from heat, add lemon juice, stir and cool.
Note:- Squids, prawns and crabs can be marinated overnight.
Prawn paste:- obtainable in jars or pots from most supermarkets or grocery stores.
Sources:-From Zarina Easy Cooking

Maaf juga, as some of the ayam & daging dibakar hitam ler.., sebab yang bakar orang lelaki.. dan bakarnya pun dalam gelap...so macam tulah rupa our bbqed stuff..hehe asal boleh makan sudahlah...
yang bawah ni, side menunya..


Ikan Pari Bakar the usual recipe I ever used before here..


Beef Satay recipe  here 
I malas nak buat kuahnya..haha