Raya Aidil Adha yang baru
lepas, ni kita langsung tak ambil gambar masak2 kita..even gambar
disekitar dan suasana beraya dengan adik beradik & ipar duai pun tak
ambik langsung..basically malas ler..hehe..entah ya sekarang ni kenapa
kita berperasaan begini...macam dah tak kisah lagi macam dulu..excited
every time.. nak ambil gambar especially my masak2..sekarang ni macam
dah tone down kot?..yalah blogging pun dan nak masuk 3 tahun..follower
pun belum sampai ribu2 lagi..hehe..tapi bukan itu yang kita kejar
ya...to me now mungkin kalau ada time kita will update mana yang sempat..dan mungkin juga kerana itu..kita update a few entries at the
same time, sebab nak kejarkan masa dan just want to compile as much recipes as possible for my own records & at the same time wanted to share what I have tried with the rest yang sudi kedapur kita ni..(Sorry drama mama sekejap..heheh)
Nasi
Kuning ni kita masak the same day that I post entry on Nasi Jintan
Putih hari tu..recipe yang dah lama terperap juga..baru ni dapat
kesempatan untuk mencuba..Recipe dari dapur Puan NorAzmihah atau nama glamour Nor Terengganu..hehe..sedap
juga nasi ni..dia tak muak & very mild flavoured gitu..memang boleh
kena with most lauk I can say..Anak2 pun suka makan ni..memang boleh
buat lagi next time...So minta izin & halal ya Nor kita panjang2kan
recipe ni didapur kita pula untuk future reference..
Nasi Kuning
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)-(Ayu masak 5 cawan)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus-(Ayu gunakan 1 biji)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit pewarna kuning-(Ayu gantikan dengan 11/2 sudu kecil serbuk kunyit)
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak
Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.(serbuk kunyit)
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
(Ayu hidangkan dengan Ayam Sambal Hutan)
**
K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan
biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih
kurang cam masak nasi putih ya..
Nasi
Kuning diatas kita gandingkan dengan ayam sambal hutan
ni....Alhamdullilah serasi betul dengan nasi kuning ni..besides tu kita
sidekick dengan papodum..Macam mana perkataan Hutan ada kat title ni
kenalah jawap sendiri ya..sebab kita pun tak tahu ..heheh..
Ayam Sambal Hutan
Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.
Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup
Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam)
dengan bahan kisar. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai &
lengkuas hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan
sedikit air dan kacau sehingga rata. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya
menjadi pekat. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Enak disajikan
dengan nasi atau roti.