Assalam dipetang Khamis.... tanpa membuang waktu dan banyak songeh, lauk ayam masak kicap berempah ala mamak Penang ni kita masak a few weeks ago...Nak masak lauk ayam tapi nak cuba recipe baru, so decided on this..Recipe ni kita ambil dari dapur Kak Wattie, .. bila nampak aje terus print..hehe..berkobar2 gitu..Jangan takut dan gerun tengok write up yang banyak kat bawah ni ya..actually semua tu cuma, write up on cara2 tuan punya recipe mengexplainkan cara dia memasak, basically cara2nya semua , lebih kurang sama macam kita masak kicap yang biasa tu, cuma yang ini ada lebih rempahnyalah...apa2pun sedapp lauk ayam masak kicap ni..Thanks Kak Wattie & tuan punya recipe for sharing..minta izin diletakkan disini pula untuk dikongsi dengan teman2 yang lain pula ya..
Sources:-From Kak Wattie@WattieHomemade
Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 .
Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
1 tsp serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).-(Ayu tak letak ni)
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin). -(Ayu gunakan cili kisar)
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)

1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.
2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.
4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.

Nota: Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan
bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap
dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul
rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yanhg
terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi
kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum
dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba
lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan
berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang
tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk
kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah
pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di
mana-mana. Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin
berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah
ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara
insan. Wassalam.