Sunday, February 05, 2012

Steamed Polka Dots Coconut Blossoms

Ah kalau tadi tahun 2010 punya masakan, yang ini tahun lepas punya..hahah steamed polka dot coconut blossoms ni kita buat time kenduri yasinan tahun lalu...nak post  asik
kena potong queue aje, nasib baik tak kena potong stim..hahaha..  
Pernah buat here.Anak2 yang datang suka bila tengok kuih2 yang macam ni..tapi bila dia orang tergigit intinya (inti kelapa)..dia luihkan..sabor  ajelakan..So next time take note that intinya harus ditukarkan kecoklat or something else yang budak2 suka..This are the few ones yang boleh tahan dot2nya..yang lain tu hancusss...hahaha..
As for the inti kita gunakan recipe kita sendiri..ada dibawah tu..so terpulanglah nak gunakan recipe yang mana ya..


Steamed Polka Dots Coconut Blossoms
Sources;-From Rossabakes fotopages
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients A:-
3 biji telur sejuk-Ayu used large eggs(3 large cold eggs)
220g gula halus-(Ayu  gunakan 170g gula castor -(220g fine sugar-I used 170g castor sugar)
275g softasilk flour-(Ayu gunakan tepung hong kong-(275g softasilk flour- I used hong kong flour)
3 sudu kecil baking powder-(3 tsp baking powder)
1 sudu kecil ovalette-(1 tsp ovalette)
140g santan-(Ayu guna 70g santan + 70g susu)(Ayu used 70g coconut cream +70g milk)

Fillings B:-
50g gula -(50g sugar)
125g gula melaka-(125g palm sugar)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 50g air-(1 tsp corn flour mix with 50g water)
3 helai daun pandan - (3 screwpine leaves)
225g kelapa parut-(225g grated coconut)
Bahan2 untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hinggakering-(Combine ingredients for fillings and cook till thickens and a bit dry)

Method:-
Semua bahan2 A dipukul dengan high speed. Bahagikan kepada beberapa bahagian lalu diwarna mengikut kegemeran anda. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan tepung.(pipekan pokka dots warna kegemaran diatas)  Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. -(Beat ingredients A at high speed. Divide to a few portions for different colours preferred. Add batter in moulds, add fillings and cover with batter again. (pipe your favourite pokka dots colours) .Steam for 15 minutes. or till cook)


Recipe Inti Kelapa
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan untuk Inti:-(Coconut filling)
1packet kelapa parut (250g)-(1 packet grated coconut-250g)
160g gula melaka -(160g palm sugar)
11/4 cawan air -(11/4 cup water)
1 helai daun pandan-(1 screwpine leaf)
sedikit garam-(a pinch of salt)
2 sudu besar tepung gandum(diayak sikit)-(2 tbsp plain flour-sieved)

Method:-
Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api. Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum(tabur2kan sikit supaya tak bergentel). Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab2 gitu. Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk buat bulat kecil2.-(Add grated coconut, screwpine leaf, salt and palm sugar syrup and put to boil. When mixture has almost thickens, add in plain flour-sprinkle slightly so as not cuddle. Cook further till slightly thickens but not dry, almost moist. Dish out and set to cool)

Ayam Goreng Berempah Beriani

Ayam goreng  mesti laku punya kalau kat rumah kita ni...this time kita cuba pula recipe dari DJ yang pandai masak tu...straight away bila nampak dayang tayang ayam goreng ni kita dah siap print dah recipenya..dan cuba...bukan main laju anak2 makan ayam goreng kita ni..sedapp..
Buat Dayang terimakasih banayk2...akak minta izin share the recipe here for the rest to try juga ya..

Ayam Goreng Berempah Beriani
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Kerisi Masak Laprik

Lauk Ikan ni kita dah masak lamaaaaaaa dah....hampir2 terlepas pandang..bila ditengok balik datenya kita masak tahun December 2010..wakakkaka....kalau budak dah pandai jalan dan bercakap kan..heheh ...well thats the magic of photographs..walau dah nak masuk tahun  tapi macam semalam aje kan kita masak..hahaha....aduhai tak boleh tahan tau kita tersenyum sendiri bila type entry ni...

Lauk ikan ni kalau tak silap kita, rasanya2 macam sambal gitu .. ikan digoreng, kita suka ikan goreng garing2 sikit, tapi kita gunakan ikan kerisi for this..boleh tahan sedap juga..recipe Asal dari Anis diary, Kak Ummi, mencuba lepas tu kita nampak pula kat rumah Nor Terangganu, terus print..Terimakasih puan punya recipe, terimakasih juga for the ladies for sharing dan minta izin dipanjangkan disini pula ya..



Kerisi Masak Laprik
Sources Adapted from Tilapia Masak Laprik-
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan tilapia ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka )-(Ayu gunakan ikan kerisi besar
2 sudu besar cili kering dikisar
5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
5 biji bawang putih *
3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
setangkai daun bawang dihiris
setangkai daun sup dihiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara-cara menyediakannya:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.
Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Another lauk ulang tayang yang pernah kita masak disini..tapi yang itu kita pergi letak serbuk kunyit dah kuning kuahnya.. ..heheh walhal tajuk stated putih..Sedap lauk ni..sudi2lah mencuba..kali ni kita letakkan recipe dalam bahasa Malaysia, as sebelum ni kita tranlate ke Inggeris...


Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Sources:-From Zaliana@Jurnal Rasa
Sources:-Froam Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

Peria Putih Goreng Lada Hitam

Lauk ulang tayang pernah masak disini.. Pertama kali kita tengok peria warna putih..terus teruja nak rasa..bila dah masak..rasanya SAMA ler..hehe....suka makan peria goreng macam ni..or dengan telur...kalau masuk dalam kuah asam pedas, tak berapa pula..hahaha..

Peria Putih Goreng Lada Hitam
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
 Ingredients:-
1 biji peria dihiris -(rendam dalam air garam untuk hilangkan pahitnya.)
5-6 ekor udang
2 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
5-6 biji cili padi dihiris/ketuk
2 sudu besar lada hitam kasar
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi hingga naik bau. Masukkan lada hitam, serbuk lada hitam, serbuk kunyit serta udang dan gaul rata. Masukkan peria dan gaul rata. Letak seditikit air kalau kering sangat.Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Kacau dan siap untuk dihidang.