Assalam teman2...hari ni hari terakhir, for this term..next week dah cuti sekolah seminggu aje diSingapura ni...sebelum kita menghilang sekali lagi..hari ni nak masukkan entri Nasi Judah yang kita masak quite sometimes ago juga..(ayat biasalah tu)..kalau ikut cara masak nasi ni ikan tenggiri, udang dan telur dimasukkan dalam nasi..as for the ikan tu digoreng garam kunyit aje, udang & juga telur direbus..kita tak ikut cara2nya sebab tak nak nasinya jadi hancur bila rakyat jelata menceduk nasi tu dan kita just wanna used sotong aje ..no particular reasons..tapi sebab kita dah keluar sotong dengan ayam so malas nak gunakan udang..hehehe
Sotong pun kita gaul dengan garam, kunyit, cili kisar sikit, bawang kisar & bawang putih kisar dan goreng dan letak dalam pinggan bila nak makan tnasi tu aje..Pada mulanya kita gandingkan nasi ni dengan Dalca Ayam kat bawah ni..Dah siap ambil gambar segala..tapi lepas tu macam tak ada rasa pedas pulak kita rasa, so kita masak pula Telur Sambal Tomato...so gambar atas ni tak lengkap lah kira..hehe..actually kalau malas nak masak sambal tu...nasi ni juga boleh dimakan dengan sambal belacan dan ulam2..sedappplah pada kita..sudi2lah mencuba ya..
Kejap lagi nak keluar kesekolah Iqram pula sebab ada Science workshop untuk parents primary 5 students..Till then ..
Nasi Judah
Sources:-From Hjh Fatimah bte Hj Ahmada
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
1kg beras basmathi, cuci bersih dan rendam selama 5-10 minit dan tos
Air mengikut paras beras atau ikut sukatan berasa yang digunakan.
1/2 tin susu sejat-(Ayu gunakan 1/2 cawan fresh milk aje)
1/2 kg bawang merah, dijadikan bawang goreng, diramas
*4cm halia
*5 biji bawang putih
*1 biji bawang besar
(*dikisar halus)
5 kuntum bunga cengkih
4cm kayu manis
5 biji buah pelaga
sedikit daun pudina dan daun ketumbar-(Ayu tak letak ni sebab tak ada stok)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1/2 kg ikan tenggiri, dipotong ikut suka hati, dilumur dengan kunyit dan garam dan goreng
1/2 kg udang yang besar, dikukus sebentar
4 biji telur rebus, digoreng sebentar
Cara:-
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi sampai garing. Masukkan air dan susu. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan bawang goreng ramas. Tabur garam dan akcau rata. Barulah dimasukkan beras dan kacau lagi. Tutup periuk dan masaklah sehingga hampir tanak. Kemudian buka 'tutup' periuk dan kuak nasi ketepi, supaya dibahagian tengah berlubang, lalu dimasukkan kedalamnya ikan goreng, udang dan telur. Timbus dengan nasi. Ratakan. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan amsak sehingga nasi tanak.
Enak dimakan dengan ayam masak merah. dalca. acar buah-buahan dan salada.
*****************
Dalca Ayam
From:- Mumtaj Begum Omar@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya..
From:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
2 cawan dhal kuning, dicuci bersih dan direbus 1/2 masak dan ketepikan-(Ayu gunakan 1 cawan aje)
1 ekor ayam, dibunag kulit dan lemak potong 12 cuci bersih dan toskan.
Bahan B:-
4 biji bawang besar, dihiris halus
2 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
2 biji lada hijau
5 biji tomato didadu
1 genggam daun pudina
2 helai daun pandan, disimpul
5 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1/4 cawan minyak jagung
2 cawan air
Bahan C:-
1 batan lobak merah dipotong 3cm dan dibelah 2
2 biji kentang, dipotong 4
2 biji terung, dipotong 4
1 kotak kecil santan
1 sudu makan asam diramas dengan 1/2 cawan air dan tapis
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Cara:-
Satukan semua bahan B, didalam periuk dan gaul rata. Tutup periuk dan masak diatas api yang sederhana sehingga sebati.
Masukkan lobak merah, kentang, ayam dan garam. Gaul rata, besarkan api dan masak lagi selama 5 minit. Selepas itu masukan santan, lobak merah, kentang dan terung. Gaul rata dan masak sehingga ayam, lobak merah, kentang dan terung naik minyak.Padamkan api dan masukkan daun kari. Gaul rata.
Enak dimakan dengan sebarng roti atau nasi.
******************
Telur Sambal Tomato
Adapted & Sources:-From Udang Sambal Tomato
Sources:-From:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
5-7 biji telur direbus dan digoreng sebentar
2 keping tauhu dipotong 4 dan digoreng
Bahan B:-
2 -3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecik bawang putih kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
Bahan C;-
1 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dibelah 4
3-4 sudu besar tomato puree
minyak
sedikit garam dan gula
Cara:-
Goreng telur rebus ketepikan. Goreng tauhu ketepikan.
Gaul bahan2 B bersama tomato puree ketepikan. Panaskan minyak tumis hirisan bawang besar hingga layu. Masukkan bahan kisar & separuh dari toamto yang dibelah 4 tadi. Gaul rat. seandainya pekat, masukkan sedikit lagi air. Masak lagi sehingga warnanya cantik kemerah-merahan. Tabur garam dan sedikit gula. Masukkan telur, tauhu dan tomato, gaul samapi rata dan balik2kan perlahan2. Matikan api.