Daging Masak Asam Ketumbar
Sources Adapted:-From Dari Dapur Mina
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg daging goreng/batang pinang- dihiris nipis + sedikit halia kisar dan rebus hingga empuk. Gaul dengan kunyit & garam ketepikan
2 biji bawang besar dihiris bulat
cili padi ikut suka nak pedas macam mana dihiris
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 3 biji bawang nerah
*1/2-1 sudu kecil jintan manis(Ayu guna serbuk aje)
*1/2 -1 sudu kecil jintan putih(Ayu guna serbuk aje)
*1-2 serbuk ketumbar-(Ayu guna serbuk aje)
* 1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
(*bahan dikisar atau ditumbuk)
air asam secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara:-
Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum.
Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.
Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Masukkan pula daging goreng tadi.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati.
Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Masukkan pula daging goreng tadi.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati.




