Monday, June 10, 2013

Daging Masak Asam Ketumbar

Kalau lauk daging masak macam ni..memang laku dan normally tak ada balance2...sedap sangat daging masak kering2 macam ni..memang sesuai buat lauk untuk sahur makan dengan nasi panas2...Nanti bulan puasa boleh lah masak lagi ...lauk yang kita ceduk dari dapur Mina... Sukatan dibawah ni kita ikut selera kita dan agak2 aje ..sebab Mina tak letak sukatannya...Kalau teman2 nak cuba adjustlah ikut selera dan berapa banyak mana ya.. Terimakasih pada Mina for sharing this recipe..minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Daging Masak Asam Ketumbar
Sources Adapted:-From Dari Dapur Mina
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg daging goreng/batang pinang- dihiris nipis + sedikit halia kisar dan rebus hingga empuk. Gaul dengan kunyit & garam ketepikan
2 biji bawang besar dihiris bulat
cili padi ikut suka nak pedas macam mana dihiris

*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 3 biji bawang nerah
*1/2-1 sudu kecil jintan manis(Ayu guna serbuk aje)
*1/2 -1 sudu kecil  jintan putih(Ayu guna serbuk aje)
*1-2 serbuk ketumbar-(Ayu guna serbuk aje)
* 1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
(*bahan dikisar atau ditumbuk)
air asam secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum.
Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.
Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Masukkan pula daging goreng tadi.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati.

Asam Pedas Ayam Ala Johor

Dalam seminggu mesti ada masak asam pedas at least sekali..So dah dibagai2kan asam pedas nikan..yang guna ikan, macam2 ikan dah cuba..yang guna ayam pun begitu juga macam2 style asam pedas dah cuba..yang guna lada hiduplah, lada hijau ajelah yang bubuh lada hitam, basically dah bagai2kanlah cara memasak asam pedas nikan.. Kali ni kita cuba Asam Pedas Ala Johor pula..sedapp juga, Terimakasih Che Mat for the recipe..kalau nak tengok macam2 asam pedas sebaiknya pergilah kedapur Che Mat ni..pasti tak tahu nak pilih or masak yang mana satu style asam pedas yang nak dicuba..hehehe..

Asam Pedas Ayam Ala Johor
Sources:-From CMG@Tiffinbiru.blogspot.com
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 14 atau ikut suka
1 cawan cili kisar
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji terung kari-(Ayu gunakan bende)
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Terung kari dibuang sedikit kulitnya, belah 4 dan rendam dalam air garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan ayam dan daun kesom (toskan), gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna). Akhir sekali masukkan terung tadi (toskan) dan masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman

Kacang Buncis Goreng Telur Asin

Idea masak sayur ni tercetus bila kita makan kat restaurant Bali Thai baru2 ni..Tapi menu yang kita cuba tu gunakan kacang panjang. This time kat rumah ada kacang buncis aje so decided to goreng ikut apa yang kita rasa hari tu..rasa2 ikut tekak kitalah ya..heheh apa bahan2nya actually kita tak tahu,ini kita buat pun ikut naluri my taste sense aje..so layan ajelah ya..

Kacang Buncis Goreng Telur Asin
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
2 packet kacang buncis dipotong ikut suka
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar chili kisar
1 sudu kecil belacan serbuk
2 biji telur asin ambil kuningnya aje -dipotong2
garam  kalau perlu + serbuk perasa

Cara:-
Tumis bawang putih kisar, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan belacan, gaul rata, masukkan kacang buncis. Goreng hingga kacang empuk, masukkan telur asin kuning, serbuk perasa dan gaul rata. Rasa jika perlu tambah garam atau tidak. Siap untuk dihidang.

Balti Chilli Chicken

As usual, searching for new recipes to try ..came across this space and stuck on this Balti Chicken..seems nice and appetising.. decided to try and sure never regretted it..My mum said nice and the kids love it..Recipe below, I have adjusted according to my taste and amount..adapting from the original recipe ...thank you


Balti Chilli Chicken
Adapted & Sources:-From Shehzad Husain via My Favourite Recipes
Tried, Adjusted & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients

  • 1 whole chicken, skinned and cut into pieces
  • 1 tbsp ginger paste +1 tbsp garlic paste
  • 2 tbsp chilli powder
  • 1 tbsp turmeric powder
  • salt & seasoning to taste 
  • 5 lime juice 
(Marinate them and put aside.) 
  • 11/2  tbsp ground coriander
  • 1 tsp cumin seeds powder
  •  8 large fresh green chillies sliced slantly
  • 2 medium onions,diced
  • 3 garlics chopped
  • 1 tbsp lime juice
  • 4 curry leaves
  • 1 tbsp roughly chopped fresh coriander
  • 2 tomatoes cut to wedges
  • water to estimate or depends on how much gravy needed
Method

  1. Heat the oil and fry the marinated chicken till cooked, but not till crispy. Drained chicken. Using the same oil pour some away if oil is too much. Lower the heat slightly and add the sliced green chillies. Fry until the skins start to change colour.
  2. Add in diced onion,chopped garlics, curry leaves, ground coriander, cumin powder, salt & seasoning, and fry for a few seconds, stirring continuously. Add some water if mixture is too dry.
  3. Add in back the chicken pieces and stir-fry for 7 - 10 minutes, or until the chicken is incorporated with gravy.Add tomatoes, add more water if needed. Stir well.
  4. Sprinkle on the lime juice and add in coriander leaves.
  5. Add the  tomatoes mix all, ready to serve with naan or paratha. Ayu just served with plain white rice.

Cekodok Pisang Autoreverse

Kita pernah buat cekodok pisang ni dulu, tapi macam mana entah kita tak ikut cara2nya where bahan2 harus diblender..kita pergi lenyek  macam nak buat jemput2 biasa tu..erm tak jadi ler...Disebab kan kita suka dengan rasa cekodok aka jemput jemput pisang ni..kali ni kita cuba lagi and yes, kita ikut stepsnya only part tepung tu kita blender sekali dengan pisang sebab kita tak nak tepungnya bergentel bila dikacau dalam mangkuk adunan. Lepas kita tengok dan study betul2 stepsnya dan tengok tips dan video ..barulah kita tahu apa silap kita dulu..hehehe..Kenapa cekodok ni diberi nama autoreverse?..Ok,  kalau nak tahu dan tengok apa maksudnya cekodok autoreverse tu boleh tengok Video ni...
Cekodok ni rasanya lembut ..kita suka..dulu pernah buat Jemput Jemput pisang   yang itu pun sedap juga, cuma yang ini tak bulat ler macam puan punya yang asal..
Terimakasih Puan Norasikin Basri..minta izin dipanjang2kan recipe dan cara2nya disini pula ya..

Cekodok Pisang Autoreverse
Sources:-From westernfood.yolasitecom
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(Ayu buat 3/4 adunan aje)
400g pisang (6 biji) -(Ayu gunakan 4 biji aje- 300g)
50g air-(Ayu gunakan 35g)
100g gula-(Ayu gunakan 75g)
1cmt soda bicarbonate-(Ayu agak2)
1 cmt garam-(Ayu agak2)
200g tepung gandum-(Ayu guna 150g)
minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara:-
Kisar pisang, gula garam bersama air. Adjust quantity gula bergantung pada pisang. Kalau pisang dah manis
tak perlu gula yang banyak tapi kalau pisang yang masam elok dilebihkan gulanya.
Masukkan pisang yang telah halus kedalam mangkuk adunan. Tambah bicarbonate dah gaul hingga berbuih.
Akhir sekali masukkan tepung dan gaul sekali hingga rata.(Ayu masukkan tepung dalam blender sekali blend semua) Rehatkan adunan 10-15 minit.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan adunan bulat2 sebesar ibu jari. (Ayu ikut cara dalam video menggunakan 2 sudu, 1 untuk ceduk adunan dan 1 ladi untuk mengaup tolak adunan kedalam minyak) Biarkan dia autoreverse beberapa kali sehingga  masak 1-2 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.