Friday, November 18, 2016

Mee Goreng Pedas

Mee Goreng Pedas ni kita goreng selepas browsing tru my pasts posting under mee.. Rasanya macam nak try goreng mee yang lain sikit dari yang pernah kita masak..so ternampak recipe dari blog Shahriah ni. Kita cuba with some adjustment on my side..Alhamdullilah sedapp..memang pedas pada kita..sebab kita tambah cili padi lagi sikit..tak cukup dengan tu lawan kan pula dengan cili padi jeruk..hehehe..best..
Terimakasih Shahriah..akak share the recipe here ya..:)

 Mee Goreng Pedas

Sources:- The Writers's cooking
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 1/2 kg mee kuning 
taugeh secukupnya
sayur sawisecukupnya
*5 sudu besar sos tomato
*5 sudu besar sos cili
*1 sudu kecil  minyak bijan
*1 sudu besar cuka
*4 sudu besar besar sos tiram 
*4 sudu  besar kicap pekat
*4 sudu  besar kicap manis
(*bahan sos) 

1 cawan  air
garam dan gula secukupnya 
 minyak untuk menumis 

1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar cili kisar 

BAHAN KISAR 
1 biji bawang besar 
6 bawang merah
5 Ulas bawang putih 
segenggam udang kering
16 tangkai cili padi 

1cm belacan 

CARA : Panaskan minyak. tumis bawang merah & bawang putih hiris. Masukan cili kisar biar hingga garing.Masukkan bahan kisar . Masukkan Bahan sos. Kacau rata. Masukkan air.Biarkan mereneh sebentar dan sesuaikan rasa. Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan sayuran dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.

Thursday, November 17, 2016

Kari Udang Ala Goa

Assalam,kari ala goa ni dah lama kita perhatikan, ramai blogger yang dah mencuba..tapi rata2 guna ikanlah..kebetulan teringin nak masak kari..tapi udang aje yang ada dalam freezer..so decided to try out this recipe...memang mabeleslah kari ni..no wonder ada yang berkali2 masak lauk ni...kita masukkan juga telur burung rebus ... viola..balance kuahnya boleh cicah dengan roti untuk sarapan...
Recipe asal dari Chef Wan .. kita ambil dari CheMat..terimakasih ya..akak panjang2kan disini pula...

Kari Udang Ala Goa
Adapted from  Kari Ikan Ala Goa
Sources:- Chef Wan via Che Mat 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri-(Ayu gantikan dengan 1kg udang XL)
15 biji telur burung direbus(Ayu tambah)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Peria Masak Lemak

Suka makan peria..cuba masak style gini pulak...selalunya peria kita suka goreng dengan telur aje..recipe yang dah lama dalam genggaman..baru ni mencuba...Kalau diberi pilihan, kita lebih suka beli peria katak dari peria yang besar tu..kita suka yang kecil2 ni sebab kalau goreng dia akan rasa  rangup sikit compare dengan yang besar dia macam lembik bila dah digoreng..walaupun yang kecil2 ni lebih pahit dari yang besar, selepas direndam dalam air garam, ramas2kan dia lepas tu bilas dah tak pahit sangat..


Peria Masak Lemak
Sources:-Rossyabakes
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji peria - dihiris dan diramas dengan air garam
600g udang hidup
2 ulas bawang putih dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
5 sm halia dimayang
4 biji cili merah dimayang
4 biji cili hijau di mayang
1 cawan pati santan
1/4 cawan air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula jika suka
1 sudu besar cili boh digaul dengan 5sm belacan

Ambil 1 senduk minyak dan tumis cili boh hingga wangi. Masukkan pula bahan-bahan yang dimayang dan goreng hingga sebati.

Selepas itu bubuh udang, peria, santan, air asam jawa pekat. Bubuh garam dan serbuk perasa dan gula jika suka.

Wednesday, November 16, 2016

Marble Chocolate Nutella Cake

Assalam, sebelum kita terlupa & hilangkan recipe ni baik kita uploadkan kat blog..senang untuk buat rurjukan akan datang kalau nak buat lagi..jumpa recipe ni kat Fb..with some adjustment on my sidelah..Terimakasih puan punya recipe ya..Akak panjang2kan disini pula ..Hari raya puasa yang lalu kita buat kek ni.. ambil order kecil2an..tak sangka customer repeat order pula..hehe..recipe asal hanya marble cake..tapi kita dah adjust gulanya sebab nutella fillingnya dah manis..

Gambar tak ada  yang dah potong..yang ini customer punya..hehe..sendiri punya tak sempat nak buat sebab alhamdullilah tahun ni boleh tahan juga order masuk..sampaikan sehari sebelum Raya baru siap & dapat deliver kepuan2 punya yang order..
Its just next time kena plan betul2 schedule order tu..bayangkan seminggu sebelum raya kita tidur 3-4 jam aje setiap hari..mana nak masak untuk berbuka & sahur, buat cookies untuk rumah sendiri & ontop buat order kek ...end up rumah sendiri tak ada kek..hehehe..

Marble Chocolate Nutella Cake
Sources:- Azlina Ina
Adjusted, Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:-
4 biji telur (size AA)
160g gula halus
1 sudu besar ovalete
1 sudu kecil vanilla

Bahan B:-
195g tepung gandum
30g tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
(bahan diayak)

Bahan C:-
250g butter (quality butter)
2 sudu besar susu pekat

3 sudu besar serbuk koko (ayak)
2 sudu besar air 

nutella 187g

Cara:-
Whisk Bahan A sehingga gebu. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit.(kaup balik dgn menggunakan spatula). Dalam mixer yang lain guna (K beater) pukul Bahan C sehingga kembang(bertali). Masukkan campuran tepung & telur tadi kedalam campuran butter(Bahan C) yang kembanag tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko + 2 sudu besar air dan sebatikan. Guna loyang 8"
Preheat oven dan bakar adunan ikut suhu oven masing2..Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.

Ayam Phat Phet

Assalam rasa2nya ramai teman blogger dah mencuba ayam phat phet ni..kita baru ni try masak...yalah waktu tak active tahun lepas ler...kira 1 year delayed post..hehe...sedap ni..anak2 sukalah lauk macam ni...bolehlah dicuba ya kalau masih belum ada idea nak masak apa hari ni...:)

Ayam Phat Phet
Sources:-From Widad@myresipi
Tried & Tested:_ Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan(2 orang)
  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi-(Ayu gunakan lebih sikit)
  • 2 hiris halia-(Ayu gunakan 1 inci)
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai-(Ayu gunakan 1 aje)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji bawang sederhana besar)
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu-(Ayu gunakan 800g)
  • 4-5 batang kacang panjang-(Ayu tambah)
  • 1 batang lobak merah-(Ayu tambah)
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara


  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...