Wednesday, July 06, 2011

Jom Kongsi Resepi..



Assalammualaikum,rasanya belum terlambat lagi disini saya ingin 
me - war2 kan tentang kewujudan satu laman web
untuk para bloggers masak memasak khasnya, 
dan para pengunjung net yang minat memasak amnya,
untuk menguploadkan recipe2 yang telah dicuba dan
yang telah dimasukkan dalam blog masing2..

Dengan, menglinkkan posting masakkan2 anda, secara langsung, 
akan menaikkan taraf traffic blog anda, 
memperkenalkan blog anda pada dunia luar yang belum tahu tentang kewujudan blog anda..dan
pada waktu yang sama, berkongsi ilmu, resepi dan pengetahuan tentang dunia masakkan..
kerana..web Kongsi Resepi ni..
menyatukan semua recipe2 yang telah dikongsi dan
dari situ ramai yang berminat untuk mencari satu2 recipe  
akan click gambar yang diminati..
dan akan terus keblog anda!!..
So apa lagi  'Jangan Malu, Jangan Segan', ayuh, sign up sekarang juga!!



 

Friday, July 01, 2011

Talam Keladi II

Lama rasanya tak buat kuih ...another recipe dari list recipe yang kita  BELI dari Chef Asma, teringin nak  cuba talam keladi .dulu pernah buat tapi recipe dari sumber lain..so this time nak cuba yang ni pula..rasa2nya ada beberapa teman bloggers yang dah cuba recipe ni, .

Kita suka yang ni, sebab lapisan atas & bawah sama aje tingginya..rasa pun sedap...bila tengok balik recipe kita terlupa rupanya nak basuh keladi dengan garam..nasib baik tak hitam..hehehe...Thanks Chef Asma for the recipe..


Talam Keladi
Sources:-From Chef Asma
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.blogspot.com
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

Cara-caranya :

1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
150-180 gm tepung gandum-sorry just edited
250 gm gula halus
3-5 biji telur-sorry just edited
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :

1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Telur Foo Yung

Menu telur ni I gandingkan dengan Nasi Ayam Goreng tulah..menu ni walaupun kalau kita tengok macam telur dadar biasa, tapi, ia ada kelainannya tau..sebab ia berkuah!!..so bascially kuahnya dan telur menjadi lauk sampingan lah..as I tak buat sop untuk nasi ayam goreng tu..bahan2 tu I buat 2x goreng..malamnya..nasi ayam tu dah habis..then terpaksa masak nasi putih lagi..then I buat lagi telur ni..sedap tau..makan dengan lauk ni aje dah cukup, sebab dah ada udang, sayur, telur dan siap berkuah lagi..infact this is also suitable untuk bersahur kalau bulan puasa nanti boleh cubakan..just a suggestion aje..heheh
Another recipe yang I ambik dari dapur Puan Ros thank you kak  for sharing this with us..I letakkan pula recipenya disini for the rest to try too..

Telur Foo Yung
Sources:-From:-Puan Ros@Sinaranmenu
 Bahan-bahan untuk telur
* 10 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong halus
* 5 biji telur
* 1 packet enoki mushroom
* 1/3 biji capsicum merah dan kuning dipotong halus dan memanjang
* 8 batang daun kucai dipotong memanjang
* 1/2 biji bawang besar potong nipis
* 1 pokok daun bawang
* 1 sudu besar kicap cair
* secubit garam jika mahu
Cara memasak
1-Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang besar biar sedikit layu dan masukkan udang .Goreng hingga air udang kering dan udang masak..
2- Masukkan semua hirisan sayuran dan cendawan enoki.kacau sekejap dan masukkan pula kicap cair.
3- Angkat dan biarkan sejuk sebentar.Masukkan sayur kedalam mangkuk dan pecahkan lima biji telur kedalam nya.Masukkan secubit garam dan kacau rata.
4- Panaskan secukup minyak.Goreng telur menjadi sekeping telur dadar yg agak besar.Goreng higga kedua-dua belah garing dan angkat.


Bahan sos
* 1 pati kiub ayam dicampur bersama 1 cawan air suam
* 1 biji bawang putih dihiris halus
* 1 sudu kecil kicap cair dan 1 sudu kecil kicap manis/pekat
* 1 tin cendawan butang potong nipis(boleh guna sebanyak mana yang disukai)
* 2 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama sedikit air
Cara memasak
1- panaskan 1 sudu makan minyak masak dan masukkan hirisan bawang putih.Goreng hingga terbit bau dan masukkan cendawan.Kacau lagi hingga cendawan layu.
2- Masukkan pula 1 cawan air kiub pati ayam tadi.Tuang kicap dan perasakan secukup rasa.Masukkan pula campuran tepung jagung.kacau hingga pekat.Tutup api
3-Angkat kuah dan tuang keatas telur tadi.taburkan sedikit potongan cili dan daun bawang jika mahu.Hidangkan semasa panas.

Nasi Ayam Goreng

Assalam, semalam, blogger.com ada sakit sedikit..ingatkan nak update tapi tak boleh sign in pulak..then bila kita post comments kat my previous entry boleh masuk lepas tu nak click balik dah tak boleh...lepas tu ke facebook berbual sekejap then terus tinggalkan blog kita ni dan buat kerja lain..malam buka dah ok rupanya..nak update dah malas pulak & dah mengantuk..

Menu yang dah lama juga kita masak..lepas tengok kat rumah Nor, rasa2nya entry terakhir on this Nasi ayam goreng yang dibuatnya..tengok dah berulang2 kali Nor masak, so teruja juga nak mencuba..tentunya sedapkan sebab dah beberapa kali buat..so kita pun apa lagi..buka langkah 10 tapak kedapur..heheh..my mum pada mulanya ingat I masak nasi ayam biasa dan lepas tu digoreng, tapi bila tengok kita ikut cara2 membuatnya baru dia faham..heheh..kita juga buat sos pedas kat bawah tu..tapi anak2 makan nasi dengan ayam & Telur Foo Yung yang kita akan update later..the reason was nampak 'sayur2' dalam tu, lain kali mungkin nak blender aje cilinya instead dihiris....hehe..sabor ajelah kan..

So macam biasa ya kita letakkan pula recipe yang sedap ni disini, untuk rujukan akan datang.. Terimakasih buat semua yang dah berkongsi ..sangat2 menghargainya..

NASI AYAM GORENG
Sources:-From Nor@Secubit Gram 


Jauh perjalanan Sumber  dari:-Ika, Yatie & Cik Manggis
Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul-
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
 


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
  • sedikit kiub ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam)
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air-(Ayu gunakan 5 cawan)
  • 1/2 cwn susu cair-(Ayu gunakan 1 cawan)
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup :)

Sos Pedas
Sources:-From Nor@Secubit Garam
Ingredients;-
2 green chilies
5 cm knob of ginger
3 stalks of coriander
3 spring onion
1/3 cup of castor sugar
1/3 cup of white vinegar
salt to taste
1 tbs of water

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings.-(Next time would like to blend using blender all the ingredients instead)


Updated:- 17/72013
Next time nak try sos yang ini pula..
Sources:-From Inaku's Notes
 Air Asam
  • 1 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi -hiris
  • seketul belacan (2-3 cm)
  • 1 sudu besar sos cili
  •  2 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 cawan air (bergantung pd kepekatan yg diingini)
  • 1 buji limau kasturi
  • garam gula secukup rasa
Cara-cara:

  1.  Kisar cili merah, belacan dan gula (dalam1/2 sudu besar). Kalau rajin,boleh jer tumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Satukan sos cili, pes asam jawa bersama air.  Tuang ke dalam mangkuk tadi.  Kacau sebati.
  3. Masukkan bawang, tomato, cili padi yg telah dihiris.
  4. Perahkan limau kasturi dan masukkan garam.  Kacau sebati.

Wednesday, June 29, 2011

Mee Goreng Kicap

Assalam dipetang Rabu yang mendung ini..to those who are fasting hari ni..selamat berbuka puasa..kalau tak tahu apa nak buka hari ni, cubalah mee goreng kicap yang tak seberapa dan simple aje ni ..hehe..
Actually menu ni  kita goreng untuk my eldest & me yang berpuasa semalam...
Kenyang sungguh dan kami berebut2 bertambah mee ni..heheh.. macam challenge siapa dapat banyak dulu..hahah..lepas tu macam biasa tersengih kekenyangan... so below, is what I adjusted to my selera..sudi2kan lah ya..
 
Mee Goreng Kicap
Bahan-bahan :-
1 kg mee kuning
1 keping dada ayam yang besar dihirs nipi(dicuci dgn air asam)
sedikit udang
4 ulas bawang putih diketuk
2-3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2-3 biji telur-(optional)
sawi & taugeh secukupnya
Air
sedikit minyak untuk menumis + beberapa titik minyak bijan
Garam & serbuk perasa secukup rasa-(jika perlu, Ayu tak letak)

Cara-cara :-
Panaskan minyak + minyak bijan.Masukkan  bawang putih dan goreng sehingga naik bau.Masukkan pula cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak atau garing. Masukkan ayam & udang, serta kiub ayam, sedikit air. Biarkan seketika.Masukkan kicap, sos tiram, gaul rata. Pecahkan telur biar seketika dan kemudian masukkan mee tadi. Goreng sekejap dan akhir sekali masukkan sayur. Siap untuk dihidangkan, tomato hirisan & timun sebagai hiasan.