Tuesday, August 17, 2010

Mee Siam Kuah -6th Day Iftar

This time I made mee siam kuah yang just used udang kering aje..the last 2 that I made,  pakai udang hidup then lagi satu tu pakai santan..so this one actually what normally my family selalu buat..coincidently, when I browsed at Diana's blog scrutinised the ingredients, memang sah, ini yang selalu kita buat...so I copy & paste from her blog ajelah ya..Thanks Diana! Blog yang selalu I singgah before I have a blog dulu..banyak juga I belajar dari blog this lady..

Bahan-bahannya
1 bungkus mi siam cap lada merah
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
1 cawan tauchu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

Bahan untuk hiasan
5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
limau kasturi, dibelah 2
sambal tumis, jika suka

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya. Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.

Cara untuk kuahnya
1. Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula(Ayu cuma gunakan 3 sudu besar aje), garam dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.

Cara untuk menghidang
1. Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com

9 comments:

Kerull said...

Salam Ptg K.ayu..wah menu buka puasa ke ni..hu hu dah siap dah...saya balik opis pun blum..huwaaaaaaaaa

deeTha H said...

salam kak Ayu...
wah sedapnya tu mee siam kuah..
merah..merah menggoda selera ...

TopsyTurvyMum said...

Salam Ayu,
wahhhh...nampak menyelerakan betul mee siam ayu ni..
ambik resepi ni ye..nanti nak cuba plak yg ni:)

K.Nor said...

salam ayu, td baru tengok rancangan Sedap kat AFC, duk buat mee siam ni.. tp dia letak badam dan gajus yg diblend sekali dan tak letak santan

Ayu said...

Kerull - walkslm, oh, ini menu hari sebelumnya kerull..hehe..cian dia , biasa lah orang bekerja..mana yang sempat ajelah kan..

deetha - walkslm, hehe..the more merah the more i like..hehe sebab pedas..

topsturvymum - walkslm, silakan TTM, resipi memang untuk dikongsi..

Nor - walkslm, aah Nor, ada recipe memang letak kekacang, nak kasi lagi lemak kot..hehe, yang letak santan tu normally mee siam orang india kalau kat sini..which sebelum ni ayu pernah try..

FARAH deeb said...

Dtg dr blog Topsiturvy... nampak menyelerakan. Thanks for sharing! Wajib cube nih! :)
My latest Entry :)
JJCM: Day 6 Ramadhan 1433

Ayu said...

farah deeb - your welcome dear..recipe memnag untuk dikongsi bersama..silakan kalau sudi nak mencuba ya..

mAmA QAseH said...

nampak mcm sedap sgt....

Ayu said...

mama qaseh - kalau sudi cubalah ya mama qaseh..:)