Friday, October 22, 2010

Sotong Sumbat Cendawan Berkicap

 Another dish that uses oyster mushrooms in it...but this time with squid...Stuff Squids w/mushrooms in it ....recipe dari  Lizahanum ...since my boys suka sotong and I suka mushrooms combinations of this 2 made this dish laku kat my rumah..since lauknya pun  tak pedas bolehlah semua makan kan..Lauk ni kita tak tambah air pun, sebab sotong tu dah mengeluarkan air..
Terma kasih liza & mak liza  kerana berkongsi recipenya disini....

 BAHAN-BAHAN :
6 ekor sotong sederhana besar- dibasuh bersih
2 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6 tangkai cili merah -dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dihiris halus
1 c/b serbuk lada hitam
3 s/b kicap pekat
garam dan gula-secukup rasa
7 keping cendawan tiram -dicarik kecil2 setelah dibasuh
Lidi penyemat

CARA-CARA :
  1. Cendawan tiram disumbat dalam sotong sampai padat.Sotong yg dah disumbat kemudiannya dicucuk dgn ledi penyumbat untuk mengelakkan cendawan dari terburai.Sumbat sotong sehingga habis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan2 yang dihiris halus tadi.
  3. Masukkan sotong bersumbat cendawan tadi dalam kuali.
  4. Masukkan kicap dan masak sehingga sotong masak dan nampak sotong tu padat .
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.
  7. Sources:- From lizahanum.blogspot.com

Cendawan Goreng Kunyit Cili Api

Salam petang Jumaat...since hari tu ada banyak borong cendawan tiram dari JB, these are few menu yang berasakan cendawan ..heheh...semalam dah tayang nasi goreng cendawan hari ni nak tayang cendawan goreng kunyit cili api pulak...Recipe from dayangjack nampak juga kat rumah Mas, memang first time dayang tayang hari tu dah masuk list sebab kita memang suka cendawan tiram ni..cuma stok cendawan belum ada itu sebab tangguh dulu...Ha yang ini, memang I buat pedas2 sikit sebab untuk I sorang.. sodap ler!!.....nak lawankan dengan lauk yang tak pedas ...
Anyhow, thanks ya dayang akak tayangkan kat sini pulak recipenya k..

Bahan-bahan :
  • 200 g cendawan tiram putih - dibersihkan dan dihiris
  •  10 - 15 biji cili api hijau  / merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram- (Ayu tak letak)
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.Salam
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
Sources:-From dayangjack.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

Karipap Inti Sedap

Karipap Inti Sedap, memanglah sedappp.. memanglah sesuai betul dengan namanya...hehe ..cayalah I dah 2 kali buat ..first time buat tak cukup....buat lagi lah ni....my kids memang suka karipap or kat sini kita panggil epok2 ...Special part was the inti ada telur rebus..kalau beli punya 1 ketul boleh makan 50cent -80 cent tau...memanglah puas hati buat ni.. Recipe dari Hana yang pandai masak tu lah..Thank you ya Hana..akak, minta izin link kan keblog hana untuk steps mengelim epok2 tu ya...

Bahan2 -(20 biji)
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air 
 INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur-(Ayu gunakan kentang aje)
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu-(Ayu potong baji so rebus dalam 5 biji)
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Method:-

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:) 
Sources:-From han6877@myresipi.com & hanamemories.blogspot.com

Nasi Goreng Cendawan

Mushroom Fried Rice, browse the net for the recipe, as usual combine here and there, according to what available in the fridge and according to my taste...hehe..senang buat nasi goreng kalau malas nak masak or kalau semuanya dah kebulur  sebab cepat & sedap....boleh gitu.. ni menu hari tu..bukan hari ni ya..hehe

Ingredients:-
3 pinggan nasi putih
2 packet cendawan tiram dihiris -150g each
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili padi diketuk-(ikut kepedasan)
2 sudu besar bawang kisar

1 keping fish cake dihiris
1 cawan isi ketam bites-crab stick pun boleh dipotong kecil
2 sudu besar lada sulah
1 cube stok ayam
3 sudu besar sos tiram
3 biji telur
sedikit air
garam & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak tumis bawang hiris, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi ketuk,bawang kisar, fish cake, cube ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit air, isi ketam, sos tiram, lada sulah dan gaul rata. Masukkan cendawan,  gaul rata. Pecahkan telur biarkan dalm 1/2 minit baru dikacau. Masukkan garam & perasa dan nasi. Gaul rata dan goreng hingga nasi betul2 kering. Siap untuk dihidang.
Sources:-From resepi.mesra.net

Tuesday, October 19, 2010

Steam Chocolate Mini Cakes

Made this for Marysa's chocolate craving breakfast...so far she is my best customer!!..hehe..cause she never feel bored with my chocolate cakes...the boys, now seems macam dah tune down sikit although chocolate cakes yang dicari compared to the rest.....made this before..but this time I made in small moulds so senang for her to finish up ...


Ingredients:-
1 cup cocoa powder(sieved)-(serbuk koko-diayak)
3/4 cup fine sugar-(gula halus)
250g butter-(mentega)
1 cup fresh milk-(susu segar)
1/2 cup condensed milk-(susu pekat)
160g plain flour-sieved 2x -(tepung gandum-diayak 2 kali)
1 tsp bicarbonate of soda
3 eggs-(telur)

Method:-
Double boil cocoa powder, condensed milk, fresh milk, butter and sugar till incorporated. Let cool and put aside. Sieve flour and bicarbonate of soda together and put aside. Whisk eggs no need to be too fluffy. Add in cocoa mixture and mix well. Add in flour/bicarbonate of soda bit by bit and fold lightly. Grease baking tray with butter, add batter into mould and steam with a medium heat for about 1 hour 45 minutes. Cover mould with aluminium foil.-(Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Sapukan loyang dengan sedikit butter dan tuangkan aduna kedalamnya. Kukus kek dengan menggunakan api pertengahan selama 1 jam 45 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil.) 

Chocolate Ganache:-125g dark chocolate
100g whipping cream
1/2 tbsp butter

Method:-

Using double boiler method again, add whipping cream, dark chocolate and butter and let them melt and let cool slightly before decorating.