Tuesday, February 01, 2011

Talam Beras @ Talam Tepung Beras

   
Entry kali ini, adalah my trial & error membuat Talam Beras aka Talam Tepung Beras..Recipe yang mula2 keluar quite sometimes ago, adalah menggunakan senduk according to my mum's agakration.Bila tanya dari mana dia dapatkan recipe ni, she pun dah lupa sebab dah lama. Then faham2 ajelah orang dulu2 guna sukatan main agak2 aje..Oleh kerana my mum gunakan senduk, sukatanya tak ramai yang dapat mencuba kerana tak semua ada senduk yang macam my mum gunakan...                                

So, Shafidah Shamen dengan baik hati telah meluangkan masa menconvertkan ke metric measurements diblognya dan kita pun ada c&p kat sini , as kita malaslah time tu..heheh.Then Jun pun ada mencuba , lepas tu tiba ke rumah Kak Ummi pula... Baru2 ni, CheMat pun ada mencuba, ini yang copy & paste dari rumah CMG recipe bila diconvert balik kebahasa Melayu...Thanks ya Che Mat, akak adjust balik mana2 yang patut..dan harap Che Mat tak marah akak gunakan your layout for the recipe tu ya...Kat bawah ni, I edit balik recipe yang lama, with my mum's help..Kalau recipe yang lama santan tu tak dibreak down santan pekat & santan cair, so takut kalau miss understand gunakan santan pekat nanti bawahnya keras pulak, so dibawah I dah adjust kan, tapi if you prefer keras sedikit please adjust ikut seleralah ya...

Disini juga saya ingin jelaskan yang saya pun bukannya pandai mana kalau compare dengan orang2 yang ada pengalaman dan belajar membuat kuih2 talam ni..cuma nak berkongsi apa yang dah saya buat dalam experiment membuat kuih Talam Beras ni aje..Still couldnt find the answer lepas saya buat percubaan TIGA kali dalam seminggu, Mr Hubby pun naik jelak dah makan Talam beras ni..hahaha..
of course ada yang kasi jiran ada yang dibawa keofis, dan  orang2 disekeliling rumah lah.. 

Updated 11/5/2012
BAHAN LAPIS BAWAH :-)
133 gram tepung beras
310ml santan pekat
285ml santan cair/air
Garam secukup rasa (jangan banyak sangat, kasi rasa lemak2 jee)

BAHAN LAPIS ATAS :-)
11/4 cawan air*
70 gram gula melaka, potong kecil*
3-4 sudu besar gula pasir*
2 helai daun pandan, disimpul*
(*dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis)

1 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2-3 biji telur gred B-(Ini terpulang pada selera masing2)
1 camca teh esen vanilla-(optional)-(Ayu tak letak)
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang bulat 9 inci atau 8' persegi dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak(tak sapu pun tak apa) pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu bahan untuk lapisan bawah.Kacau rata, masukkan dalam blender, tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau sedikit pekat. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit.
  3. Sementara itu, siap kan lapisan atas. Satukan semua bahan lapisan atas kacau dengan whisk masukkan dalam blender, lepas tu tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau pekat sedikit.
  4. Tuang lapisan atas perlahan2, pastikan lapisan bawah kering dari air kukusan dan keras sedikit. sebelum tuang. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit(Ayu kukus 1 jam lebih) dengan api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling.... Boleh hidangkan..Insyaallah kali ini permukaan atas tak berlubang..(11/5/2012)

Tapis, adunan lapisan bawah, then masak atas double boiler or dalam kukus kacau hingga adunan melekat sikit disudu, tutup penutup kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
Sementara itu, campurkan adunan.
Masak atas double boiler hingga adunan berkumpul sedikit disudu dan cepat2 tuang keatas lapisan bawah yang sudah hampir masak.
teruskan mengukus selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak.

 Talam yang pertama ni I buat menggunakan 3 biji telur.
(Kita bubuh sedikit chocolate emulco untuk kasi dia gelap sedikit sebab my gula melaka birat)
Campurkan tepung, santan dan gaul rata. then masukkan air gula melaka dan gaul lagi.
Masukkan garam.
Last I leraikan TELUR pakai garfu, 
Then masukkan kedalam adunan tepung dan kacau rata perlahan2.
OUTCOME - Lapisan berlubang2 walaupun telur dileraikan pelahan2.

Talam kedua, I gunakan 2 biji telur. 
(Yang ini kita tak bubuh chocolate emulco, pucat sebab gula melaka dia birat.)
Campur semua adunan sekali gus termasuk TELUR, even tak pukul/leraikan pun
just gaul rata.
OUTCOME - Lapisan tidak berlubang tapi rendah sedikit.

Talam ketiga, menggunakan 3 biji TELUR.
(Yang ini gunakan gula melaka original colour)
Ikut sama cara2 talam kedua, tak leraikan pun telurnya, just lebur aje dalam 
campuran tepung, santan dan air gula melaka.
OUTCOME - Lapisan tetap berlubang
VERDICT-
 (to my thinkinglah)
Penggunaan telur sikit sebanyak memainkan peranan dalam lapisan atas ni..
Meaning, bila I gunakan 2 BIJI TELUR, 
lapisan atasnya tak berlubang walaupun tak dipukul dulu.
Bila menggunakan 3 BIJI TELUR, 
dia berlubang walaupun tak dileraikan ataupun dimasukkan sekali dalam adunan.

So terpulanglah pada teman2 prefer yang mana..Rasa tetap sama, cuma rupa lain sikit..
Tapikan difikir balik macam mana pulak CMG punya cantik aje atas tu ya..
Ataupun disini, saya mohon siapa2 yang mahir tentang bagaimana nak atasi masaalah ini , lagi2 those yang memang professional dan memang ahli dalam menalam ni dipersilakan kasi pendapat dan buah fikiran. Boleh tak berkongsi tips2 kat sini..
Maklumlah, kita ni tak pandai tapi ada hati nak mencuba dan berkongsi apa yang terdaya.
Kalau ada class menalam ni memang kita nak belajarlah..

Updated 11/5/2012
Masukkan bahan2 lapisan atas dalam blender untuk ratakan dia adalah satu cara yang nak mengelakkan dari berlubang.
insyaallah dah tak berlubang lapisan atasnya tu..
so saya gunakan 3 biji telur ..
selamat mencuba..

Daging Goreng Jintan

Side dish..lauk repeat telecast..hehe..pernah buat dulu sedap itu sebab buat lagi..heheh ... buat ratah2 pun best ni..kunyah daging dengan bawang & cili padinya tu best..Budak 3 orang tu mana suka makan ikan, so gorengkan ni buh kuah kari..laju ler dia orang makan..hehe

Ingredients A:-
300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakan serbuk aje
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-Ayu gunakan 5-6 tangkai
1 tangkai cili merah dipotong -Ayu xletak
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu  minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya

Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.
Sources:-resepi.mesra.net

Kari Ikan Ala India

Lauk kari ni was the lauk berkuah lah kira...rasanya dah lama tak masak kari..tapi teringin makan kari yang tak menggunakan banyak santan..so decided on this, sebab plan memang nak buat kuahnya lebih untuk dimakan dengan roti prata instant for breakfast..dan kerana itu juga I masak kari ala India recipe dari CMG@myr ni...Mum cakap normally kari India dia memang kurang pakai santan or tak pakai langsung, that was why I added mangga muda dan tambah lagi asam kepingnya tu to give a little bit more masam for the kari..sedapp!!..Thanks CheMat, family akak makan  berulang2 kali, kari ni sampai habis kuahnya..heheh

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(Ayu gunakan 1 ekor ikan tenggiri)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+(Ayu tambah 1 sudu besar serbuk cili)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(Ayu gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-(Ayu gunakan 3 sudu besar santan)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 
Sources:-MatGebu@myresipi.com

Peria Telur Asin Berlada

Peria adalah one of  my favourite veggie..walaupun pahit, tapi sedap...besides the normal way of cooking/goreng peria which is normally I just used udang kering and telur, this time ada sikit kelainan sebab menggunakan telur asin..sebelum ni pun ada cuba peria goreng lada hitam, pun sedap juga..
Kali ni,  recipe dari Aeini AT HOme bila ternampak aje she posted this entry hari tu...terus kita serbu..hehe For those yang makan peria cubalah sedapp ni!!..Thank you Aeini kerana sudi berkongsi recipe, kita letakkan disini pula ya..

ps:- tips nak pilih peria yang kurang pahit pilih ketak2nya yang lebar..lupa pulak kita baca kat mana..tapi gitulah sikit lebih kurang..hehe

Bahan2nya
4 biji peria kecik (peria katak) - buang biji tengah dan hiris seperti dalam gambar.-(Ayu gunakan 1 biji peria besar-direndam dalam air garam selama beberapa minit, toskan)
1 biji telur masin
minyak masak
bahan yg ditumbuk / kisar
1 sudu teh udang kering - rendam dan buang airnya 2 - 3 kali
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi-(Ayu tambah lagi)
1 biji cili merah-(Ayu tak letak)

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing, ketepikan sedikit dan bahagian yang disebelah lagi pecahkan telur masin biarkan hingga telur mula mengeras dan bolehlah di gaulkan sebati.. masukkan sayur peria dan kacau rata hingga sayur masak.. hidangkan panas.. tak payah garam ek.. telur dah asin..
Sources:-From http://aenisugar.blogspot.com

Cucur Nasi Ikan Bilis & Tahniah Buat Yatie


Assalammualaikum, cucur nasi ikan bilis ni actually dah lama buat, in fact ni dah kali ke3 kita buat, disebabkan the first & 2nd time tu, bulatnya tak cantik, kita tak sanggup nak masukkan blog..hehe..Tapi untuk kali ni kira bulat2nya tu just passed... so here it is ..kali ni kita cekup2 pakai tangan dan bulat2kan & masukkan pelahan2 dalam minyak panas(oops bukan tangan kita tau adunan tu aje)..haha..the first 2 tu, I gunakan sudu so jadinya leper..(samalah macam my cucur/jemput2 yang lain, selalu leper aje)..Apa2 pun thank you untuk  Yatie@Sinar Kehidupanku , for this nice recipe yang garing diluar tapi lembut didalam..Kalau ada balance nasi yang tak habis tu jangan dibuang tau..boleh dibuat cucur nasilah pulak.

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)-(Ayu gunakan 1biji lada merah & 1 biji lada hijau)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
  6. Sources:-From http://yatiememories.blogspot.com

Kebetulan dah cuba, cucur nasi ni dari Yatie, sempat juga kita bawa balik sejambak bunga khas dari nya buat teman2 blogger sempena menyambut follower ke blog Yatie yang ke 1000!!!.(oops sekarang dah lebih dan melepasi angka tu!!!)
Walaupun Yatie cakap blognya baru berusia 1 tahun lebih, tapi dengan follower yang ramai menunjukkan blognya ramai peminat tu!!
Recipe2 dari blog Yatie pun hebat2 belaka..
Banyak juga recipe2 yang telah kita cuba dan mostly tak mengeciwakan!!..
So Tahniah lagi sekali buat blog 
Yatie ya..
Semuga more to come!!..