First time dengar & buat cucur ubi kayu ni..boleh tahan sedap juga rasanya..kalau dapat ubi yang empuk lagi sedap..tapi ubi kita ni macam kajut gitu..huhu..rangup bila digoreng memang ada rasa ala2 masalodeh..bahan2 tu tiada sukatan so kena adjust ikut selera sendiri ya.. Thank you puan punya recipe minta dipanjangkan disini pula..
Cucur Ubi Kayu
Sources:-From:ctfarah@myresipi.com
Bahan2 untuk (4-5 orang)
- 1/2 kg ubi kayu (dibuang kulit dan dipotong kecil)
- Jintan manis-(Ayu used 1/2 tsp)
- Jintan putih-(Ayu used 1/2 tsp)
- Udang kering-(Ayu kisar/tumbuk)-(Ayu used 3 tbsp)
- Cili kering (dipotong kecil)
- 1 bawang besar potong dadu kecil-(Ayu tambah)
- Daun kari (dipotong kecil)
- Garam
- Serbuk kunyit
Cara-cara
- Blend ubi kayu yg telah dipotong kecil tadi dengan sedikit air (agak2 dapat melumatkn ubi kayu sahaja)
- Lepas blend, toskan ubi kayu tadi supaya air yg ada dapat dikeluarkan
- Selepas ditos, bahan-bahan di atas dicampurkan ke dalam ubi kayu tadi, masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit untuk cucur nampak lebih cantik dengan warna kekuningan
- Digaulkan ubi kayu dan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan bolehlah dijemput2 untuk di goreng dalam minyak yg telah dipanaskan
- Rasanya saling tak tumpah seperti masalodeh@wadei yang sangat rangup dan sangat sedap. Selamat mencuba!
