Friday, November 11, 2011

Apam Labu

Kuih yang telah dibuat dibulan puasa, tapi belum sempat untuk dimasukkan entry hinggalah kehari ini...apam yang sangat sedap  pada kami sekeluarga..my mum orang yang puji melambung kuih ni!!..Bukan senang nak dapat pujian dari my mum ni ..sebab she ada sedikit particular on certain kuih..kalau sedap dia akan cakap sedap dan kalau tak sedap dia akan cakap 'dah jangan buat lagi!'..hehe..manisnya ok to us..actually masih terasa rasa kesedapan apam ni..Sungguh lembut lagi gebu, ...

Rasa2nya ramai yang dah mencuba..dan mostly kata sedap..yes I agree with them..Terimakasih Izah daut for derhaka ing the recipe & sungguh creative, kerana menukar kepada labu ya..Congrats untuk Izah juga sebab dengar khabar di angin lalu tengah mual2 ya..heheh..take care lah dear..Terimakasih juga pada puan2 sebelum ini yang telah mencetuskan idea apam keledek/labu ni..Minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..

APAM KELEDEK versi LABU
asal resepi: Madihaa@fotopages
nampak kat ratu apam: kak Ummi@homesweethome
digoda oleh: Ain@sweetthots
Perjalanan Apam ni sebelum Izahdaut tukarkan ke labu
Ayu terpikat kat dapur izahdaut@izah muffin lover
Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)-(Ayu gunakan 160g)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


Udang Goreng Lada Hitam

Udang goreng lada hitam ni lauk last minute actually..Ingatkan tak nak masak sebab rasa macam malas gitu..hehe then Mr Hubby, tanya dinner masak apa..so no choice terus jawap(macam drag sekejap nak fikir macam mana nak jawap, at the same dalam hati cakap..alah tak ada chance nak bermalas malasan...hehe)..ahh..ah..masak udang boleh...dia mengangguk ..(uish terus tersasul udang, sebab dalam fikiran udang cepat cair bila di thawkan..)tapi tak tahu lagi nak masak style apa..so flip majalah yang telah kita bookmarked kan recipe udang ni...boleh tahan sedap..ngam dengan my tekak lah..tapi hati2 sebab kita terlebih  bubuh lada hitam itu yang buat sedikit hangat dan pijar bila makan ..hehe..apa pun memang sedap lauk ni..rasa2nya lauk udang ni memang sesuai juga dimakan dengan any nasi briani atau nasi berperisa yang lain..

Udang Goreng Lada Hitam
Sources:-From Majalah Rasa Julai 2011
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
300g udang-digaul kunyit & garam-(Ayu gunakan 500g)
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*2 sudu besar lada hitam
(*ditumbuk)
1 biji bawang besar- dihiris bulat
5 biji cili padi merah- dihiris-(Ayu gunakan lebih lagi sikit & ketuk)
3cm halia dihiris nipis
kicap & sos tiram secukupnya
garam & perasa secukupnya
minyak masak untuk menumis

Cara:-
Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan kicap, sos tiram dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika terlampau pekat. Masukkan halia, cili padi dan bawang besar. Kacau rata sehingga sebati. Masukkan udang dan kacau hingga masak. Angkat dan sedai untuk dihidang.

Thursday, November 10, 2011

Ketam Masak Kari

Ketam masak kari yang dah lama kita masak..kalau u all perasan, the title & logo curlybabe tu adalah versi yang lama ...hehe..So sebelum kita terlupa baik kita masukkan gambar dan recipe for this ketam masak kari..This ketam masak kari actually kari yang tak berkuah banyak ..just sikit aje kuahnya so please adjust sukatan air tu ya...

Ketam Masak Kari
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:- 
3-4 ekor ketam dibersihkan

3 sudu besar rempah kari ikan*
2 sudu besar bawang besar kisar*
2 sudu besar cili kisar*
1 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil halia kisar*
(gaul rata untuk dijadikan pes)

1 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji lada hijau dibelah jangan putus(optional)
2 -3 batang daun kari
1 sudu kecil penumis ikan atau halba
2 sudu kecil asam jawa dicampurkan dengan  air
6 sudu besar santan pekat
air secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu dan masukkan penumis ikan dan daun kari.dan biarkan hingga naik bau. Masukkan pes* dan gaul rata.Masukkan santan dan air asam jawa, air dan kacau hingga sebati, dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam & serbuk perasa dan masukkan ketam yang telah dibersihkan tadi. Kacau rata tutup kuali dan biarkan ketam hingga masak, sekali2 gaul supaya tak hangus.Bila sudah msaak, bolehlah dihidang.

Friday, November 04, 2011

Chocolate Marvel Cake

Ok kan dah kata, walaupun tak boleh berblogging tapi tangan gatal nak whipped out something just to lepaskan tension with the kids..so I baked this Chocolate Marvel Cake cause die2 mesti nak  clearkan itu buttercream balance dari buat Orange Macan Roll hari tu...tulah buat banyak sangat itu yang terover stock buttercream kita tu..huhu..

Alhamdullilah within a day or two this cake habis dipasaran..sebab kita hidangkan to the boys tuition teachers..and kebetulan my Sis -in- law(the owner for the buttercream recipe tu) & her kids that came over dapat jugalah dia orang bawa balik..then tinggalkan sikit untuk Marsya..basically my compartment dah cleared of 'tipuware' besar of buttercream..hehe..
Decorate pun simple2 aje ..while Iqram memorising his Science facts kita cepat2 baked the cake..and since buttercream pun dah ada readymade lagilah cepat kerja makcik ..
This cake I would say  macam sponge cake..very lemmmbuttt..Nasib baik I reduced the sugar content sebab buttercreamnya aje dah cukup manis..bear in mind that I tak buat buttercream yang comes with this recipe ya.. so please adjust ikut selera...I used an 8" tray for this.. 

Dikesempatan ni kita ingin ucapkan
Selamat Menyambut Aidil Adha 
pada seluruh umat Islam, tak kira dimana anda berada.
 terutama pada teman2 blogging world dan teman2 yang mengenali kita..
Maaf Zahir Batin.

Chocolate Marvel Cake
Sources:-From Aunty Yochana
Ingredients:
Chocolate cake:-
4 egg white
4 egg yolks
160 gm. sugar-(Ayu used 90g, cause the buttercream that I used was already so sweet)
75 gm. cake flour
30 gm. corn flour
2 Tbsp. cocoa powder
1 tsp. baking powder
50g corn oil- (Ayu added this as reviewed in aunty's comments)

(Ayu didnt used this, so please adjust to taste)
Chocolate Butter cream:
125 gm. Butter
125 gm. margarine
80 gm. icing sugar
100 gm. melted cooking chocolate

Method:

(1) cake: Sift cake flour with cornflour, baking powder and cocoa powder.
(2) Whisk egg white until soft peak forms and then add in sugar gradually and whisk till sugar dissolved and mixture is thick and glossy.
(3) Drop in egg yolks, one at a time, making that it's evenly combined before the next addition.
(4) Fold in flour mixture (Add the corn oil after this) and pour mixture into an 8" round cake tin.
(5) Bake at 175C for about 45 mins. or till skewer inserted in the middle comes out clean.
(6) Leave cake to cool on a wire rack.
(7) For chocolate butter cream, beat butter, margarine and icing sugar till light. Then pour in melted chocolate and mix till evenly mixed.
(8) Apply chocolate cream onto chocolate cake and decorate as desired.

Lontong Semarang

Kalau siapa2 yang mencari menu apa yang nak masak pada Hari Raya Aidil Adha ni..bolehlah cuba lontong Semarang ni...actually kita masak ni a few weeks ago, sebab tekak rasa macam nak makan lontong, teringatkan pernah nampak lontong semarang ni kat dapur Kjee, terus kita print out the recipe..tapi bila buka fridge, banyak sayur mayurnya tak ada dalam stok, like the petola, terung & sayur nangka...so kenalah cari sayur2nya dulu baru best kan..next day kita cari sayur2 tu tapi sayur nangka pulak nak kena cari kat abang yang jual sayur kampung, ..lepas semua dah siap barulah project pun bermula..oops daun belinjau tak jumpa ler..paham2 aje lah...daun2 macam ni memang susah nak cari kat sini..or maybe ada kot tapi kita tak kenal..haha....
Mengikut bahan2 yang tertera..lontong ni menggunakan daging or tulang ayam..memang confirm ler lain dari lontong yang biasa kita masak tu..mesti sedap sebab ada daging or ayam kan..so in this case..kita gunakan ayam 1 ekor, boleh juga siapa yang nak makan nasi lawan kan juga kuah lontong nikan..menurut Kjee juga, kuahnya kalau lagi pedas lagi best..uish memang itu yang kita suka PEDAS....hehe..

Lepas masak, Hasif cakap nak makan, dia tanya ma masak apa..kita cakap lontong..ok acip nak..bila kita dah hidangkan..dia terscoop ketulan ayam dalam kuah lontongnya tu..Ma kata masak  lontong?..Kita jawap dari dapur..lontonglah tu ..habis kenapa ada ayam?..kita pun cakaplah itu lontong Semarang ler..Apa?..lontong sembarang?..(pekak badak pulak budak ni, kita jawap)..itu lontonglah juga tapi ada ayam dalamnya...Acip trylah dulu sedap lah..so dia pun try..aahlah ma sedap.. Then malamnya....kita hidangkan pula untuk Mr Hubby..dia pun tanya ni lontong apa?..kita jawap lagi Lontong SE-MA-RANG..eh I pernah pergi to Semarang tak jumpa pun lontong gini?..alah you pergi Semarang sebelah mana..kita jawap..hehe..

Apa2pun..kalau nak kelainan cubalah lontong Semarang ni..memang sedap pada tekak kita ni..actually kita masih makan dengan sambal tumis & serunding walaupun kuahnya ssudah bercilipadi tau..tapi terlupa pulak nak ambil gambar the complete set..Kita added tauhu & tempe juga for this..Terimakasih Kjee for sharing masakan orang jawa yang sedapp ni ya..Minta izin dipanjangkan disini pula for the rest to try juga..

Lontong Semarang

BAHAN2

Nasi impit
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau-(Ayu tak letak ni)
kobis   
nangka (dipotong kecik2 dan rebus)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam-(Ayu gunakan 1 ekor ayam) 
tauhu & tempe, digoreng dulu -(Ayu tambah)  
garam & perasa secukupnya

CARANYA:
Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.