Thursday, January 19, 2012

Singgang Sotong Ala Tom Yam

Lauk yang dah lama tunggu queue number,..pernah masak disini tapi yang itu kita gunakan ikan pari..kita suka lauk ni sebab suka hirup kuahnya, , but not Iqram & Marsya..so selalunya lauk budak berdua ni kena masak yang lain..huhu..apa2 pun kalau masak sotong kena masak 1kg, sebab Hasif suka makan sotong, my dad pun suka..lagipun sotong kalau dah masak kan dia kecut ...


Terimakasih to CMG for the recipe ya..sedaplah ni sebab tu buat lagi tapi tukarkan bahan utamanya tu..

Singgang Sotong Ala Tom Yam
Adapted from : CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, kerat sederhana besar, cuci dan toskan-(Ayu gantikan dengan 1kg  sotong)
1 biji tomato, belah 6-(Ayu gunakan 2 biji)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 kiub tom yam "Maggi"
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)--(Ayu gunakan)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas-(Ayu tak letak ni)
1/2 inci halia-(Ayu tak letak ni)
15 biji cili padi
3/4 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan air secukupnya. Tambah asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna) dan kiub tom yam, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..

Sambal Goreng Daging

Recipe asal menggunakan ayam, tapi kita dah tukarkan dengan daging..masak ni pun dah lama,so memang confirmlah kita pun dah lupa rasanya..so kalau nak tahu kenalah cuba sendiri, tapi yang pasti..boleh tahan rasanya...buat Noreen, yang dah lama tak keudara, terimakasih ya kita minta izin panjangkan resipenya disini pula...
 
Sambal Goreng Daging
Sources:-From Chef Wan
Adapted source from:-Noreen@noreen homecooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
12 keping ayam-(Ayu gantikan dengan 500g daging, rebus dulu then gaul dengan kunyit & garam)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
3 tangkai daun kari
60ml air asam jawa
60ml air
3 biji ubi kentang - dipotong baji dan goreng
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
2 sudu besar cili kisar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1cm halia
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • gorengkan tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • tinggalkan 3 sudu besar minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar bersama dengan daun kari sehingga naik bau dan garing
  • setelah itu masukkan ayam goreng tadi, air, air asam jawa dan masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk
  • kemudian masukkan ubi kentang goreng dan buah tomato
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sebentar selama 20 min
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit

Lauk sayur sebagai lauk sampingan, dah lama rasanya tak masukkan recipe sayur kat dapur kita ni..so here it is....sekali2 ubah goreng kacang buncis sebegini rupa pun sedap juga ni..

Kacang Buncis Goreng Udang Kunyit
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 10 biji cili padi
  • 1 packet kacang buncis (potong serong2)
  • 5-6 ekor udang basah 
  • 1-2 batang  tauhu telur (ptg bulat2, goreng sampai kuning, ketepikan) 
  • 1 sudu kecil kunyit
  • garam+ perasa
  • 5 sudu besar air asam jawa

Cara-cara


  1. Goreng tauhu telur sampai nampak kuning2.Toskan dan asingkan.
  2. Tumis bwg merah, putih dan hirisan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan udang, kunyit serbuk dan air asam jawa.
  4. Masukkan kacang buncis , garam dan perasa. Akhir masukkan tauhu telur yang sudah digoreng tadi dan gaul rata,agak2 ya jangan sampai hancur.

Friday, January 13, 2012

Kek Marble Optima

Entry terakhir minggu ini..hehe..kek marble Optima, yang dah lama kita buat..bulan November yang lepas kalau tak silap..tengok bahan2 semua ada dan simple aje nak buat so decided on this..Baki tepung optima yang kita ada balance dari buat Biskut M&M masih ada banyak, so gunakanlah sebeblum expired..sesungguhnya pilihan yang terbaik dengan memilh recipe ni.. Kek nya lembut dan moist pada kita..Atas topping tu kita taburkan sedikit chocolate buttons. Kek ni kita buat menggunakan perisa oren, coklat & plain aje..then marblekan macam biasa ...Anak2 suka makan..kita pasti anak2 teman2 pun suka..sudi2kan lah ya..Terimaksih buat Kak fida for the recipe minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan akan datang...

ps:- recipe ni tidak menggunakan gula ya, sebab didalam tepung optima tu dah ada gula..
 
Kek Marble Optima
Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb serbuk koko - diayak (lebihkan jika suka)(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan  + 1 sudu besar cocoa powder + 1 sudu besar chocolate emulco)
  • 1 atau 2 lagi warna pilihan -(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan + 1 sudu kecil orange emulco +sedikit pewarna oren)
 

Cara-cara

  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
  4. Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
  6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
  7. Dengan resipi yang sama cuma bubuh perisa strwberry dlm adunan dan dihias dgn cream dn buah2an... :)
  8. Bahagian dalam yang dilapis krim dan buah koktel... 

Ayam Goreng Lemon Mamak Style


Lauk anak2 disamping side dish for the adults..Ayam goreng  Lemon Mamak Style ni, pun boleh tahan sedap juga.. Ayam goreng ni dapat terasa kemasamannya..itu pun kita dah kurangkan sukatan yogurt, tapi sedap kerak2nya pun sedap..alah kalau dah kata ayam goreng, tak kiralah kan digoreng style apa, pasti sedapp..
Recipe diambil dari dapur Kak wattie via myr..Banyak recipe ayam yang sedap2 didapur Kak Wattie ni tau..senang2 bolehlah explore ya..Terimakasih puan punya recipe dan Kak wattie, kerana mencetuskan idea goreng ayam ni , sebab kalau tak kerana Kak wattie, kita pun tak tahu wujudnya recipe seperti ini...so sudah pasti kena creditkan dengan the 2nd owner yang kasi idea tu..betulkan...kan...kan...hehehe


Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan-bahan (Seisi keluarga)
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)-(Ayu gunakan 2 sudu besar aje)
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)

Cara-cara

  1.  Blendkan bawang putih dan halia.
  2. Gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. Goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!