Assalam..while typing this post I realised bloggers masakkan sekarang macam tak berapa active gitu ya..well samalah macam kita juga..sekali timbul update macam tiada esok bagimu..sekali tak update..macam esok masih ada..terus senyap ajekan..tak apalah..kita just update ajelah ya..posting hari ni just wanted to clear off those pending pictures yang dah lama terperap dalam folder..kot2 mana tahu kita dah nak retire ke kan..so nak masukkan as much as possible kalau boleh... so bila dah lengkap recipe2 yang dikumpul tu barulah kita pergi hibernate dari dunia blogging ni...
Alah anyway..siapalah kita ..huhu..blogger pingitan..orang dah lama buat tapi kita baru terkedek2 nak cuba..maklum ler 'late develop cook'..hehe..
Sebelum kita merepek yang bukan2 baik kita terus ke recipe ya..Got this recipe from Kak Watie..pun dah lama juga..tak terkata2 dah!..Recipe yang mungkin juga ramai dah mencuba..tapi kita baru nak buat..this recipe was adapted from Kek kukus Velvet Hawflakes..diolah balik dan ditukar perasanya kechocolate..This recipe jugalah Kak Watie, buat ambil tempahan tau..
Sebenarnya kita dah 3 kali buat kek ni..sebab Marsya & my dad suka rasanya..the cake is moist lembut dan tak manis sangat..dan importantly dia tak muak..you can just gobbled a few at one go and just feel satisfied after that.. For those yang ingin mencuba, kek lapis kukus chocolate chips ni silakan lah ya..Buat Kak watie, kita minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya kak..Blog akak tak dapat kita masuk sebab dah diprivatisekan dan tak dapat kita nak linkkan..huhu
Kek Lapis Kukus Chocolate Chips
Adapted from Kek Kukus Velvet Hawflakes recipe Kak Fida@myr.com
Sources:-From Kak Watie@watiermalife
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(loyang 10x7)
- 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
- 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)-(1cawan rata sahaja akak gunakan)-(Ayu pun sama)
- 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
- 1 sk rata baking powder*
- 1 sb ovalette
- 150 ml susu cair
- 1/2 sk garam
- 100 ml minyak jagung/masak-(Inipun dah adjust akak kurangkan sikit)
- 1 sk esen vanilla
- chocolate paste(emulo) untuk lapisan coklat
- secukup chocolate chips untuk taburan
Cara-cara
- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,chocolate chips dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukup chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min(Ayu kukus selama 15-20 min) dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
- Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
- ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.(ini this case, just asingkan 2 mangkuk lah)
- Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.