Thursday, May 03, 2012

Mee Rebus Pahang

Mee Rebus Pahang ni kita buat pun dah lama, cuma tulah tunggu giliran nak masuk blog aje..bila Azura kata mee rebusnya  tak gunakan keledek, dan inilah yang dipanggil ditempatnya kita pun teruja nak buat..bila scroll down bahan2nya tu..macam mee sup pun ada juga..Mungkin sebab dipanggil mee rebus ialah kerana meenya direbus dulu kot?..hehe..Entahlah ya..akak pun pening juga ni..

Apa2 pun mee ni sedap, tak kiralah kan apa namanya asal kenyang dan tak payah nak fikir apa nak masak bila kebuntuan idea..hehe..Kita tak adalah mee lidi yang dimaksudkan so just gunakan spaghetti ajelah..Buat Zura, terimakasih banyak2 akak minta izin postkan recipenya disini pula ya..kot2 mana tahu siapa2 yang nak mencuba..


Mee Rebus Pahang
Sources:-From Ayu@curlybabesastisfaction
Bahan :-
1 ulas Bawang Besar - cincang kasar
4 ulas Bawang Putih - cincang kasar
1 sudu kecil Lada Hitam - tumbuk halus-(Ayu gunakan lada hitam serbuk)
1 sudu kecil Lada Putih - tumbuk halus-(Ayu gunakan  lada putih serbuk)
Beberapa ketul Ayam - dipotong sedang-(Ayu gunakan isi dada ayam)
1 batang Karot - potong kecil
2 batang Sawi Pendek (Pak Choi) - potong kecil
1 ketul Kuib Pati Ayam
1 sudu kecil Tepung Jagung - bancuh dgn sedikit Air
1 mangkuk Air - ikut sukatan sendiri
1 biji Telur
Garam secukupnya
1 bungkus Mee Lidi - rebus sekejap, x perlu terlalu lembut.-(Ayu gunakan spaghetti)

Cara :-
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan lada hitam dan lada putih.Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan air dan tunggu mendidih.
Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung jagung.
Setelah pekat sedikit, masukkan karot dan sawi. Pecahkan telur dan kacau.
Tutup api.
*boleh terus dimasukkan mee lidi

Lemak Pegaga Kacang Hijau

Lauk ni my mum punya recipe..kita tak berapa pandai makan pegaga..lagi2 kalau dibuat ulam..
Those ulam raja, ulam kacang botor, kacang panjang mentah memang tak berapa retilah makan..melainkan dimasak..hehehe..selalunya kalau makan di Hajah Maimunah Restaurant, those are the ulam yang dihidangkan, ontop of all that cuma timun dan daun salad ajelah yang kita makan dengan sambal belacannya tu..bila dimasak sayur pengaga ni kita rasa erm boleh tahan juga sedap..ada kacang hijau rebus lagi dalam masakkan ni..my mum kata nilah lauk arwah maknya suka masak.(my atok- kalau kat Singapura panggil nenek- orang Johore dulu2 panggil nenek pun atok) ..Kalau nak differentiate 'Atok' perempuan or 'Atok' lelaki kena panggil 'Atok Tina'(betina for perempuan) dan kalau lelaki 'Atok Jantan'(for lelaki)..aduhai..begitulah kita panggil arwah2 atok2 kita dulu..

So here it is, kita masukkan jugalah masakan ni kedalam blog ni ya..bukan apa buat rujukan kita juga ni..mana tahu kalau nak masak lagi lauk ni  atau siapa2 yang nak mencuba bolehlahkan..

Lemak Pegaga Kacang Hijau
1 cekak sayur Pengaga- dihiris kasar
3 sudu besar kacang hijau -direbus hingga empuk
*1 biji bawang besar
*1 ulas bawang pituh
*10 biji cili padi-ikut kepedasan masing2
*2 sudu besar udang kering -direndam dulu
(Bahan bertanda* dikisar halus)
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan santan pekat
air secukupnya
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Rebus kacang hijau hingga empuk, bila dah masak, dalam periuk yang sama, masukkan air dan bahan2 kisar* serta kunyit serbuk dan santan. Kacau selalu sehingga  mendidih. Masukkan pengaga yang dihiris kasar tadi dan perasakan dengan garam & perasa secukupnya. Masak hingga sayur layu dan siap untuk dihidang.

Friday, April 27, 2012

Kuih Laman Sari

Kuih laman Sari ni dah lama juga kita buat...rasa2nya tahun lepas gitu..hehe..actually ada beberapa lagi kuih muih yang kita dah buat tapi masih belum diedit dan masih tunggu queue number.. kalau nak tahu rasa kuih ni ada sikit2 rasa macam kuih serimuka diatasnya tu dan koleh2 dibawahnya, boleh tahan sedap juga ni....only thing, kita adjust sukatan santan pekatnya tu dengan mencampurkan dengan  air, sebab kita suka kuih2 jenis gini ada sedikit lembut, ..part nak lembik atau lembut mana tu kena adjustlah sendiri ya, ikut consistency yang dirasa sesuai dengan selera masing2....dan juga sukatan gula tu macam biasa kita pun dah kurangkan oh terlupa kita buat 1/2 adunan dibawah ni dah sukatannya yang warna oren tu...Buat Bro Rozzan terimaksih for sharing this recipe dan kita minta izin nak panjang2kan recipenya disini pula ya..

Kuih Laman Sari
Sources:- From Ayu@curlybabesatisfaction
Updated 4/52012
 LAPISAN BAWAH
1¾ cawan tepung kacang hijau(212g)-(Ayu used 100g)
1½ cawan gula pasir(3/4 cup)-(Ayu used 1/2 cup-100g)
3½ cawan santan pekat dari 1 biji kelapa(13/4 cup -Ayu used 1 kotak santan (200ml) + 300ml air )
1 sudu teh air mawar-(Ayu used 1/2 sudu kecil)
3 biji telur (dikocok sedikit) -(Ayu used 3 biji telur)
secubit garam

* Gaul semua bahan di atas dan tapis.(Ayu masukkan semua dalam blender dan kisar baru ditapis) Kemudian masak di atas api kecil. Bila agak pekat, tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan dipanaskan dlm kukusan. Kukus selama ½ jam. Setelah itu, tuangkan lapisan atasnya.

LAPISAN ATAS
6 biji telur (dikocok sedikit)-(Ayu gunakan 3 biji)
2½ cawan santan pekat (dari 1½ biji kelapa)-(11/4 cup- Ayu used 1 kotak santan(200ml) + 200ml air  )
1½ cawan gula pasir (boleh kurang lagi sket kpd 1¼ jika anda penawar orgnya)(3/4 cup- Ayu used 1/2 cup -100g)
4 sudu besar tepung gandum (dilarutkan dlm santan tadi & tapis)-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
1 sudu besar air mawar ,-(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil)
1/2 sudu teh garam-(Ayu gunakan secubit garam)
beberapa titik pewarna kuning (Ayu tambah)

* Gaul semua bahan di atas dan tapis.(Ayu masukkan semua dalam blender dan kisar baru ditapis).Masak di atas api kecil sehingga pekat sedikit. Tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 40-45 minit.
Nota: Saya menggunakan loyang bulat berukuran 26cm.-(Ayu menggunakan loyang 8" since Ayu buat 1/2 adunan aje)


Note for Ayu:- 1 cawan santan = 185g+-
                   
                         1 cawan tepung kacang hijau = 122g
                     3/4  cawan tepung kacang hijau =  90g
                     1/4  cawan tepung kacang hijau =  32g

Fried Beef Kway Teow

Fried Beef kway teow ni kita goreng last Sunday..disebabkan kalau goreng mee asik kena 'sindir'... 'tak ada daging eh',..ha kita goreng kway teow ni letak daging banyak2..dari malam kita dah keluarkan daging dari freezer, jadi pagi senang dah lembut dan terus rebus...
Mula2 nampak kat dapur Ady .., memang dah kasi idealah...tup2 nampak pula hari tu  didapur Quinnie here ..kebetulan lah Q ya tak..ok recipe ni kita ambil dari sources kat bawah tu dan combine dengan recipe Hainanese Fried Noodles yang pernah kita goreng dulu..part marinate daging kita ikut dari Singapore Fried Beef Kway teow part seasoning untuk mee kita ikutl Hainanese mee..memang confirm tak pedas ler..so untuk kita just hiris cili padi dan taburkan kat atas ...Mr Hubby bertambah 2 kali kita tengok..yalah banyak daging sukalah dia..eh Hasif pun suka..samalah tu like father like son...

Fried Beef Kway Teow
Adapted from
Singapore Fried Beef Kway Teow
@Singapore Local Favourites and  & Adapted from Hainanese Fried Noodles
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients:- Bahan:-
1kg rice noodles- (1kg kway teow)
300g sliced beef-( Ayu boiled with some minced ginger)-(300g daging  Ayu rebus dengan sedikit halia kisar  hingga empuk)
some medium size prawns, shelled-(udang dibuang kulit secukupnya)
some chinese chives cut 2cm lengthwise-(daun kucai dipotong panjang secukupnya)
some bean sprout (taugeh secukupnya)
3 garlics-(4 biji bawang putih)
 thumb size ginger sliced-(halia sebesar ibu jari dihiris)
some prawn stock or water-(stok udang secukupnya atau air)
 1 tbsp oyster sauce-( 1 sudu ebsar sos tiram)
1 tbsp soy sauce-( 1 sudu besar kicap masin)
some cooking oil-( sedikit minyak masak)
a few drops of sesame oil-( beberapa titik minyak bijan)
salt if necessary-( garam kalau perlu)

Beef Seasoning-(Perapan untuk daging)
11/2 tbsp sweet soya sauce-(11/2 sudu besar kicap manis)
11/2 tbsp dark soya sauce-(11/2 sudu besar kicap masin)
11/2 tbsp oyster sauce-(11/2 sudu besar sos tiram)
2 tbsp corn flour-(2 sudu besar tepung jagung)
1 tbsp sesame oil-(1 sudu besar minyak bijan)
1 tsp white pepper powder-(1 sudu kecil serbuk lada putih)
(Mix and let marinate all the above and put aside.)-(Gaul & perap bahan2 diatas ketepikan)


Kway Teow Seasoning-(Bahan gaulan kway teow)
1 tbsp oyster sauce-(1 sudu ebsar sos tiram)
1 tbsp light soy sauce-(1 sudu besar kicap cair)
1 tbsp dark soy sauce-(1 sudu besar kicap masin)
1 tsp white pepper powder-(1 sudu kecil serbuk lada putih)
 4 garlics crushed-(4 biji bawang putih diketuk)
(Heat some oil, saute garlics till light brown, add in all the sauces, stir and add in kway teow mix well, put aside)-(Panaskan minyak tumis bawang putih ketuk, masukkan semua bahan2 sos, kacau, masukkan kway teow gaul rata, ketepikan)

Method:- Cara:-
Heat some oil & a few drops of sesame oil, add crushed garlics, stir till slight brown, add in marinated beef & sliced ginger.Cook beef till slight crisp or up to taste, then add in prawns, some prawn stock or water, oyster sauce and soy sauce. Let boil. Add in kway teow,mix well. add in chives and bean sprout, stir well. Turn off heat. Garnish with some fried shallots & sliced chillies. -(Panaskan minyak dan minyak bijan. Masukkan bawang putih ketuk dan goreng hingga sedikit garing, masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau dan goreng daging hingga agak garing atau ikut suka nak garing atau nak lembut macam mana. Masukkan udang dan sedikit stok udang atau air dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan kwayteow yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Masukkan taugeh dan daun kucai dan gaul hingga sekata. Matikan api siap dihidang. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.

Udang Wangi Daun Kunyit

Another lauk last minute bila dah petang baru nak masak..keluarkan bahan2 yang nak dimasak dari freezer ..udang ni salah satu bahan yang sekejap aje nak lembut bila dikeluarkan..so udanglah menu kita hari tu..scroll kat internet nak cari masakan udang yang simple untuk dimasak dan tak pedas, terjumpa recipe Udang Wangi Daun Kari ni terus set up my mind untuk mencuba, sebab mati2 ingat daun kari ada dalam fridge..tapi lepas potong bawang & cili..kita cari daun kari, rupanya dah hitam and my mum dah buang, the day before..huhu..terus jam block sekejap kepala otak..nak suruh si Hasif pergi beli just the daun kari kat NTUC, kesian pulak sebab dia baru balik sekolah, penat...so nak tak hendak..kita just gunakan daun kunyit ni aje..lain kali nak cuba jugalah dengan daun kari pulak..bolehlah kan..lauk simple2 aje ni..udang pun dibogelkan sebab the boys senang nak makan..takpayah nak kena kopekkan..

Udang Wangi Daun Kunyit
Adapted from Udang Wangi Daun Kari
Sources:-From purplerossa@myresipi
Bahan:-
  • 1/2 kilo udang
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari,daun saja-(Ayu gantikan dengan 1 helai daun kunyit dihiris halus)
  • 5-10 biji cili padi..(begantung pada tahap kebedesingan masing2)
  • 5 biji bawang kecil,hiris
  • 2 ulas bawang putih,dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar asam jawa ekstra,cairkan sikit dengan air
  • 1/2 sudu kecil gula

Cara-cara

  1. Cuci dan toskan udang.Gaulkan udang dengan garam&kunyit dan biarkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan deep frykan daun kari & udang anggaran seminit,atau hingga udang berubah warna. Keluarkan dari kuali,toskan minyak.
  3. Jika minyak tak cukup,tambah sedikit lagi dan tumis cili,bawang merah dan banwang putih hingga wangii
  4. Kembalikan udang& daun kari tadi kedalam kuali.Tambahkan serbuk kunyit,asam jawa,gula dan kcau rata.Ready untuk disantap..