Wednesday, November 16, 2016

Lokan Goreng Cili Padi

Sesekali kita suka beli cenkerang macam ni buat lauk..itu kalau dah boring masak ayam, daging atau ikan..lagi pun nak masaknya senang dan normally kita beli kat pasar or supermarket, fresh2 kita terus masak..tak simpan dalam fridge pun..kali ni masak lokan ni goreng dengan cili padi...actually sebelum ni pun pernah juga goreng dengan cili padi..tapi kali ni kita tambah daun sup & bawang tu..lagi sedaplah pada kita..cubalah kalau dah buntu nak masak apa tu kan..makan dengan nasi panas(oops kita kena kurangkan ler) pun dah boleh jalan terussss.....:)

Lokan Goreng Cili Padi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg lokan/lala/siput buluh dibersihkan & tos ketepikan
*4 biji bawang putih
*2 biji bawang merah 
*1 biji bawang besar
*1 inci halia
*5-10 biji cili padi ikut kepedasan sendiri
(*bahan dikisar)
4-5 biji cili padi diketuk
2 tangkai daun sup & bawang dipotong 1 inci panjang
garam & serbuk secukup rasa

Cara:-
Tumis bahan2 kisar* hingga naik bau & pecah minyak. Masukkan lokan yang telah dibersihkan, gaul rata. Perasa dengan garam & aji, kacau lagi. Tutup periuk/kuali dan biarkan ia masak hingga kulit lokan terbuka. Tambah rasa apa yang kurang. Masukkan cili padi ketuk,  hirisan daun bawang & sup, gaul rata. Siap

Friday, November 11, 2016

Nasi Lobak Merah, Udang Goreng Benggala, Kurma Sosej & Acar Padang

Menu yang dah lama dalam draft.. Nasi Lobak Merah ni ..my mum yang request suruh masak lagi nasi ni..so kita lawankan dengan Udang Goreng Benggala yang mana kita pernah juga masak tapi menggunakan Sotong..Then since anak kita yang lagi dua orang, Iqram & Marsya tak makan udang, terpaksalah masak lauk alternative Kurma Sosej..Tak complete kalau tak ada  acar..so buat Acar Padang ..basically repeat menu ..apa2pun alhamdullilah, combinasi yang sedapp..:)

It has been 2 weeks now ..that I have been diagnosed with diabetes..numbness at the feet dah berkurangan .. every morning my breakfast was oats, natural yogurt & water..(overnight oats)..
Honestly I have never touched oats (besides in cookies) as my breakfast sampailah dah kena penyakit ni, baru lah kita makan..I have to take a few pause before I can scoop the next spoon of oats..telling myself I HAVE TO EAT THIS to control the sugar in the blood..although the taste sumpah tak sedap!!..I only eat rice once a day aje..and the portion is one small bowl yang I think baby bowl lagi besar..and I cannot tambah nasi..!.
OMG, seksanya tak boleh makan banyak.. Bayangkan..you are the cook in the house..you cooked for the family..but you cant eat much like you used to..macam tak fair gitu eh..hehe..
Penat aku masak lepas tu dapat cium bau & makan sikit aje...huhu..(lamenting kat sini aje..hehe)..

Nasi Lobak Merah
Sources:-Aini Salim

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
*6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
*2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
3 biji buah pelaga-(3 cloves)
3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
garam-(salt)


Method:-
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
                                                              --------------------

 Udang Goreng Benggala
Sources: From annis_lisa@myresepi.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 3 suduB butter-(Ayu gunakan 4 suduB)
  • 400 gm udang (+ - je)-(Ayu gunakan 1kg )
  • sebiji bwg besar (hiris)-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)-(Ayu gunakan 1 sudu besar bawang putih kisar)
  • 1/2 inci halia (cincang)-(Ayu gunakan sedikit halia kisar)
  • 1/2 suduT biji sawi
  • 1/2 suduB serbuk jintan putih-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk ketumbar-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk lada hitam kasar-(Ayu gunakn 1 sudu besarl)
  • sedikit serbuk kunyit (pewarna je)
  • stok ikan (sye xde so gna 1/2 kiub ikan bilis je)-(Ayu gunakan 1 kiub ikan bilis)
  • 30 sen daun ketumbar (hiris halus)-(sedikit daun ketumbar)
  • garam n gula(perasa)

Cara-cara

  1. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg besar, putih n halia
  2. kemudian masukkan biji sawi
  3. masuk pula udang dan grg smpi separuh masak
  4. selepas itu, masukkan sume serbuk dan kiub ikan bilis.... gaul rata
  5. tambah air utk kuah nk byk mana dan bg yg suka boleh campurkan tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah. Didih bolehla diangkat.
  6. sye hidangkan dgn nasi karet... mmg ngam la. 
                                                      --------------------



Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

                            
                                                   --------------------------



Acar Padang
Source:-Bro Rozzan

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.




Thursday, November 10, 2016

Ikan Goreng Sambal Serai Lada Hidup

Kalau beli ikan kerisi..kat rumah ni suka goreng dan buat sambal berlada macam ni..,pasti laju & tak ada balance ..hehehe..yalah compare kalau masak ikan yang berkuah..yang goreng pasti champion...
Dalam gambar kita curah sambalnya atas ikan..tapi kalau tak nak curah pun boleh juga,waktu nak makan tu cubit isi ikan dan colek sambal tu masuk dalam nasi pun boleh..

Resipi kita combine here & there from the net..memang buat lebih sambalnya..kalau ikan dah habis, boleh dimakan dengan ayam goreng, udang or maybe ikan bilis pun jalan juga.. atau apa2 lah..

Ikan Goreng Sambal Serai Lada Hidup
Tried & Tested; Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan;
6 ekor ikan kerisi dilumur jus limau, garam & kunyit serbuk goreng ketepikan (Atau ikan2 yang sewaktu dengannya)
10 biji cili hijau*
6 biji cili merah*
3 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1-2 batang serai*-(diambil 10 cm dari bawah)
Bahan kisar kering*

3 biji bawang besar dipotong baji
1 tomato biji dihiris nipis
Sedikit air secukupnya
Garam & perasa

Cara:-
Goreng ikan angkat, tos & ketepikan.
Minyak goreng ikan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Mula2 kisar kering bawang besar, bawang putih & serai. Masukkan kedalam mangkuk.
Selepas itu kisar cili hijau & cili merah jangan hancur sangat, biar kasar sedikit. Ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang & serai hingga naik bau.
Masukkan cili hijau & merah. Biarkan hingga layu. Tambah air sedikit kalau kering.
Masukkan tomato hiris & bawang yang dipotong baji tadi. Perasakan dengan garam & perasa. Kacau rata. Bila semua dah sebati & sekata, matikan api. Susun ikan goreng diatas piring, tuang sambal atas ikan, atau asingkan..nak makan baru tuang atas ikan.



Wednesday, November 09, 2016

Ayam Masak Sambal Kacang

Lauk ayam sambal kacang ni kita masak during raya yang lalu..in fact raya tahun lepas pun kita masak menu ni...sedapp pada kami..itu yang tahun ni buat lagi...lauk ni adik kita suka makan...selalunya kita buat sambal kacang tok tok gitu aje..ah kali ni tambah ayam dalamnya..laju aje kita tengok dia makan..hehehe

Buat puan punya recipe terimakasih banyak2 ..akak mohon dipanjang2kan disini pula.. baru ni sempat nak masukkan dalam blog walhal ..dah setahun lebih masak dan kali ni masak lagi...

Ayam Masak Sambal Kacang
 Sources:-From Sizzling Suzai
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas 
1/2 kunyit
3 batang serai
2 senduk besar cili giling
12 biji cili padi-(Ayu tambah)


Bahan B
1 ekor ayam 
segengam asam jawa + 3 cawan air(Ayu guna 4 cawan)
4 gengam kacang tanah -(Ayu guna 300g)
minyak dan garam sesedap rasa 

 Ayu tambah 
1/2 cawan santan
11/2 tbsp gula

Kekacang tanah ni  perlu digoreng tanpa minyak sehingga 'masak'. pastu buang kulit-kulit kacang . kalau ada sikit-sikit yang dah tak mampu tu dimaafkan lah. then, tumbuk pakai lesung batu atau pengisar kering.(terpulang nak kasar atau hancur macam mana.) Ketepikan.
  
Ayam  perap dengan serbuk kunyit.  Goreng ketepikan. Tumis bahan2 A, hingga naik bau & garing. Masukkan air asam jawa serta ayam goreng tadi. Kacang tanah tu, akan meresap air. So agak2 jangan kering sangat kuahnya.Masukkan garam, gula & serbuk perasa serta santan. Biarkan reneh seketika.

Akhir sekali baru masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk dan gaul rata.

Tuesday, November 08, 2016

Kari Daging India

Kari Daging India..sedappp..memang ketara rasanya..dah buat pun entah yang keberapa kali..kalau tak daging kita guna ayam... kita buat guna ayam then cicah dengan roti kirai for my hari raya open house..Mr hubby's friend orang India commented sedap kari ni..hehe..so kalau orang India dah cakap sedap..memang pass lah lauk nikan..hehehe..
Recipe nampak kat dapur Mas..then tengok ke linknya..ada step by steps..terus save ke draft then cuba ..so basically dah banyak kali rrefer ke draft bila nak masak kari India ni..so this time memang harus dipostkan diblog supaya senang untuk refer in the future..Terimakasih buat Mas & Encik Khairul for the recipe...

Kari Daging India

Sources:-En Khairul Hakimin Muhammad FB Via Mas DapurMas
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya: 
2kg kambing (dipotong dadu-1inci). -(Ayu guna daging lembu)
12 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu besar serbuk kunyit 
3 biji bawang besar India. 
3 inci halia 
3 ulas bawang putih 
5 biji cili besar hijau 
5 tangkai daun kari 
5 biji tomato 
5 biji kentang 
2 batang kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 ulas buah pelaga 
3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba). 
1 -2 sudu besar cili kisar(Ayu tambah)
11/2 cawan fresh milk(Ayu tambah)
2 sudu besar pes asam jawa 
Garam secukup rasa 
5-7 cawan air.

 
Caranya : 
Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih (Ayu kisar) yang telah diracik bersama semua rempah kasar, cili kisar dan halus. 
Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis. Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata. Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air.
Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air. 
Masukkan dan gaul rata. Potong tomato dan cili. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit Masukkan tomato, cili dan daun kari. 
Gaul rata Dah mendidih tambahkan lagi sikit air. (Ayu tambah susu)
Ikut kepekatan yang disukai. Selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk. Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih! untuk lihat gambar cara2 membuatnya, boleh klik DISINI
rima kasih pada En Khairul Hakimin Muhammad FB. Mas share resepinya disini yerk. Bahan-bahannya ialah: 2kg kambing (dipotong dadu-1inci). 12 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar serbuk kunyit 3 biji bawang besar India. 3 inci halia 3 ulas bawang putih 5 biji cili besar hijau 5 tangkai daun kari 5 biji tomato 5 biji kentang 2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas buah pelaga 3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba). 2 sudu besar pes asam jawa Garam secukup rasa 5-7 cawan air. Caranya : Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah diracik bersama semua rempah kasar dan halus. Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis. Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata. Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air. Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air. Masukkan dan gaul rata. Potong tomato dan cili macam itu. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit Masukkan tomato, cili dan daun kari. Gaul rata Dah mendidih kau tambahkan lagi sikkt air. Ikut kepekatan yang kau suka. Ha selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk. Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih! untuk lihat gambar cara2 membuatnya, boleh klik DISINI

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Terima kasih pada En Khairul Hakimin Muhammad FB. Mas share resepinya disini yerk. Bahan-bahannya ialah: 2kg kambing (dipotong dadu-1inci). 12 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar serbuk kunyit 3 biji bawang besar India. 3 inci halia 3 ulas bawang putih 5 biji cili besar hijau 5 tangkai daun kari 5 biji tomato 5 biji kentang 2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas buah pelaga 3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba). 2 sudu besar pes asam jawa Garam secukup rasa 5-7 cawan air. Caranya : Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah diracik bersama semua rempah kasar dan halus. Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis. Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata. Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air. Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air. Masukkan dan gaul rata. Potong tomato dan cili macam itu. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit Masukkan tomato, cili dan daun kari. Gaul rata Dah mendidih kau tambahkan lagi sikkt air. Ikut kepekatan yang kau suka. Ha selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk. Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih! untuk lihat gambar cara2 membuatnya, boleh klik DISINI

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ